Tuesday, June 28, 2011

(GAMBAR) MICHELLE YEOH DI HALAU DARI MYANMAR | BERITA TERKINI

DATUK MICHELLE YEOH DI HALAU DARI MYANMAR KERANA MEMBINTANGI FILEM "THE LADY" YANG MEMUATKAN KISAH AUNG SAN SU KYI

Aung San Su Kyi merupakan ikon demokrasi Myanmar dan pernah memenangi Anugerah Nobel Keamanan kerana sumbanyannya kepada perjuangan memartabatkan demokrasi di Myanmar yang di perintah oleh junta tentera.

Adapun Datuk Michelle Yeoh adalah pelakon Malaysia yang mencipta nama di Hollywood dan diberikan peranan sebagai wanita tersebut di dalam pembikinan filem terbaru "The Lady" yang diinspirasikan daripada perjuangan Su Kyi.

Namun malangnya ketika melakukan pembikinan filem tersebut di Myanmar, beliau telah di halau oleh junta tentera dan visanya di tarik balik. Malang bertimpa apabila krew-krew filem tersebut juga di larang untuk memasuki Myanmar dan akibatnya penggambaran filem tersebut terpaksa dihentikan dan kemungkinan terpaksa dilakukan di tempat lain. Kemungkinan besar di Thailand.

Itulah hakikat yang terpaksa di hadapi apabila kita melakukan sesuatu di negara orang yang boleh di anggap mengancam kedudukan pemimpin-pemimpin negara tersebut.

Aun San Su Kyi berumu 66 tahun sudah... tapi masih kelihatan muda.
Apa yang bakal terjadi? Sama-sama kita tunggu.

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda