Sunday, June 26, 2011

ENTRY SEO : SITELINK - AKHIRNYA BARU AKU SEDAR

Bismillahirrohmanirrohim..

Akhirnya setelah menunggu begitu lama, baru sedar akan kewujudan sitelink di dalam URL blog pendekar berkuda. Jika anda search Google pendekar berkuda, anda akan temui sesuatu seperti di bawah ini. Pendekar baru sahaja menyedarinya. Mungkin sebelum ini sudah ada... Cuma pendekar sahaja yang tidak menyedari akan kewujudannya. Haish...

SITELINK DI BLOG PENDEKAR BERKUDA
APAKAH ITU SITELINKS?

Sitelink adalah satu jenis kelebihan yang ada pada mana-mana URL atau domain yang menunjukkan betapa bergunanya populariti dan link yang terdapat pada sesebuah URL atau domain tersebut kepada Google. Site link diberikan kepada berapa banyak kali sesuatu halaman itu di buka. Kebiasaannya site link akan diberikan kepada blog yang mempunyai Page menu dan kerap di buka oleh pelayar internet. Kekerapan page itu di buka akan di kira dan di bandingkan sebelum page itu diberikan kelebihan untuk menjadi link kepada URL utama.

Namun terdapat juga entry-entry yang paling relevan dan paling selalu di buka oleh pelayar internet akan menjadikan entry tersebut sebagai site link kepada blog utama. Ini akan menunjukkan betapa bermanfaatnya blog tersebut kepada enjin carian. Tidak kira sama ada blog tersebut hanya blog blogspot mahupun yang sudah ada domain sendiri... Jika mereka mempunyai page, maka page tersebut akan menjadi site link kepada mereka nanti... contoh terbaik adalah blog cik epal, blog serius, blog yuyu zulaikha dan sebagainya... Semua blog-blog di atas adalah antara blog yang memiliki sitelink meskipun mereka cuma berada di dalam domain blogspot.com. bukankah itu bagus?

Anda juga sudah pasti mahukan sitelink bukan? Jadi apa tunggu lagi? Jika anda masih belum ada Page di blog anda,cepat-cepatlah buat. Supaya nanti anda juga boleh dapat sitelink ke blog anda. Percayalah...

Selamat menikmati keindahan dunia maya..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda