Thursday, June 9, 2011

Dan Bila Kamu Bersedih...DIA Tetap Ada Untuk Kamu...

BismillaahirrohmanirrRohim...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat anda, anda dan anda...

Banyak kejadian yang berlaku di dalam arena blogger sejak dua menjak ini. Kes seorang adik yang mengatakan bahawa dia telah kehilangan dara. Kes blogger copy paste entry blogger lain. Kes buruk-memburukkan sesama blogger, kes artis "middle finger" blogger dan kes anonymous yang menyerang blogger... semuanya adalah senarai beberapa kes yang meledak di arena blogger Malaysia sejak dua menjak ini.

Ini tidak termasuk dengan cabaran peribadi dari pendekar untuk seorang blogger ini... Yang mana telah di salah tafsir sebagai satu yang negatif... Kenapa tidak memandang dari satu sudut yang positif...anggap saja ia sebagai satu pertandingan yang sihat...

Adapun isu-isu yang telah pendekar senaraikan di atas adalah isu-isu yang tidak sihat yang membanjiri dunia blogger kita.. Kita boleh lihat tiadanya kesepaduan dan kebulatan suara di situ. Apa yang pendekar mahu kupas di sini adalah mengenai sikap dan mentaliti blogger Melayu.

Pendekar tertarik dengansatu artikel yang ada di blog Redzuan Ridz. Artikel yang di ambil dari Alter Terahsia Bangsa Melayu (sudah lama pendekar tidak mengikuti perkembangan blog Alter Terahsia ini..benar..mereka ada blog...) telah menaikkan semangat pendekar untuk berjuang dengan lebih gigih lagi di dalam dunia blogging untuk menyampaikan ilmu dan kebenaran kepada khalayak pembaca...

Adapun adalah menjadi satu kebiasaan, bila kita di atas..yang di bawah pasti akan dengki...tidak beri kita peluang untuk pergi lebih jauh... kenapa tidak mereka hulurkan sokongan kepada mana-mana orang yang ingin melangkah lebih jauh itu? Bukankah itu lebih baik bagi mereka??

Pendekar kagum dengan kesungguhan yang dilakukan oleh sesetengah blogger..biarpun mereka tidak popular dan famous-amos, tetapi mereka berjaya dengan cara mereka sendiri... InsyaALLAH, populariti itu akan datang seiring dengan kisah kejayaan kita....

Berbalik kepada tajuk... Ramai yang bersedih...benci akan kehidupan...tetapi mereka lupa sesuatu...saat itulah ALLAH sangat dekat dengan mereka...cumanya mereka tidak melihatnya...mereka tidak memandangnya...mereka tidak pula cuba untuk dekat dengannya... Jadi, mereka tidak akan pernah merasakan kehadirannya...

Umpama seorang kekasih yang bersedih... saat itu kekasihnya ada di sisinya... tetapi dia tidak melihatnya..tidak memandangnya...dan tidak cuba dekat dengan kekasihnya.... dibiarkan sahaja kekasihnya itu memandang dan melihatnya bersedih sendirian...

Jika gayung itu patah, masih bisa di baiki..tetapi jika hati itu patah..siapakah yang akan membaikinya?? Fikirkanlah dengan teliti...

Assalamualaikum dan salam perjuangan....

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda