Sunday, June 5, 2011

BLOGGER SEO VS BLOGGER POPULAR. INI CABARAN AKU UNTUK KAMU... @2dayblogger

Aku ada dengar satu rintihan dari seorang teman blogger... "Blog aku terbaik... Ranking Alexa aku terbaik... Trafik aku paling banyak...Tetapi kenapa aku tidak popular??"....

Aku tidak mahu menjawab itu...aku hanya ingin tanya... tidak pernahkah kamu bersyukur pada nikmatNYA? Hanya itu sahaja...ALLAH itu MAHA ADIL... Allah mengurniakan seseorang itu kelebihan dalam sesuatu aspek...tetapi kekurangan dalam aspek yang lain... kerana apa?? Kerana hanya ALLAH yang tahu akan hikmah di sebaliknya...

Biarlah kamu tidak popular...biarlah kamu tidak dikenali...biarlah kamu rasa diri kamu terpencil di sini... tetapi syukurilah nikmat dan kelebihan yang lain yang dianugerahkan kepada kamu... Rank Alexa yang baik, Blog yang penuh informasi... Trafik yang menggunung.... dan limpahan wang yang masuk ke kantung poket kamu... adakah itu masih belum cukup??

Blogger yang popular itu adalah dari kalangan mereka-mereka yang peramah...mereka-mereka yang sanggup menghabiskan masa untuk menyapa rakan-rakan blogger lain...mereka-mereka yang rajin melayan apa sahaja ulah dan soalan daripada blogger-blogger lain... dan kerana keramahan mereka itulah mereka di sukai oleh orang lain...

Blogger-blogger popular itu tidak pernah membayangkan bahawa mereka akan jadi seperti itu...mereka hanya mahu bersuka ria dengan blog mereka...Menambahkan kenalan mereka ...di samping menjana pendapatan sampingan dengan blog mereka...kerana itulah mereka popular... tiada blogger yang tidak mahu dikenali oleh khalayak ramai...melainkan mereka mahukannya... dan untuk itu...mereka harus ramah tamah....

Blogger-blogger popular itu sangat rajin mengomen entry blogger lain...sangat rajin berziarah ke blog blogger lain...sangat rajin bertegur sapa dengan blogger lain... kerana itulah juga mereka di sayangi oleh blogger lain... dan dipercayai oleh blogger lain... Sikap seperti itu mungkin saja tidak ada pada kamu... Maaf ya..aku bilang hanya mungkin saja...

Bezanya dengan blogger SEO sangat besar.... dan itulah antara bezanya... sesuatu yang mungkin kamu tidak lakukan lagi...kamu hanya mahukan orang respect kamu kerana trafik blog kamu yang banyak dan juga kerana kelebihan yang ada pada blog kamu... dan kamu harap mereka-mereka akan kagumi kamu... Ya..sudah pasti mereka akan kagumi kamu...tetapi jika kamu tidak memulakan langkah menghulurkan salam perkenalan...tidak mungkin mereka akan menyapa kamu...

Jika kamu ingin menjadi blogger popular dan sekaligus blogger SEO, kamu harus lebih ramah kepada blogger lain...tinggalkan komen kamu di blog mereka...ataupun tinggalkan jejak kamu di shoutbox mereka...dengan itu aku pasti mereka akan datang ke blog kamu dan mahu berkenalan dengan kamu... Dan aku pasti mereka juga ingin belajar sesuatu dari kamu...Bukankah itu lebih baik bagi kamu??? Dan bukankah itu juga dapat mengharukan mereka??

Aku Blogger SEO? Mungkin tidak untuk blog ini... blog ini untuk aku lakukan eksperimen semua yang pernah dan telah aku pelajari selama berblogging dengan aktif... Tetapi untuk blog yang masih dalam pembikinan...aku akan mulakan langkah baru untuk mencabar betapa handalnya kamu dalam dunia SEO... Ya..ini satu cabaran buat kamu dan diri aku sendiri... jika kamu bisa mendapat 100k UVs sebulan...kenapa aku tidak boleh?? Itulah cabaran aku nanti...jadi kita akan lihat...siapakah yang lebih handal dalam Seni Permainan SEO...3bulan...itulah saatnya penentuan..Kita lihat nanti ya...

Seni Permainan SEO adalah istilah yang aku cipta sendiri...begitu juga dengan istilah KUASA BLOGGER dan Seni Permainan Bahasa... Kerana aku sangat sukakan seni...Nama Pendekar Berkuda itu sendiri melambangkan seni... Jadi...Aku akan cuba untuk mengejar kamu 3 bulan dari sekarang... Sahutlah cabaran aku ini sebagai satu persaingan yang sesungguhnya yang benar-benar tepat dan sesuai bila WORDPRESS VS WORPRESS dan bukan WORDPRESS VS BLOGSPOT....

Bukan untuk blog ini...blog ini akan jadi blog peribadi pada aku... Semua seni aku itu akan harum mewangi hanya di sini... Kerana blog ini adalah blog yang akan aku gunakan dengan penuh semangat menyampaikan apa-apa yang tidak dapat aku sampaikan dengan mulut dan lidah...

Persaingan ini adalah persaingan yang sihat..untuk menggalakkan kamu dan aku belajar dan terus belajar bagaimana untuk meningkatkan taraf blog aku dan kamu...mungkin bisa menjadi yang teratas di Malaysia? Siapa tahu?? Aku juga mahu lihat..teknik siapakah yang lebih baik dalam seni permainan SEO ini? Kerana aku sangat tercabar bila kamu merendah-rendahkan aku... sedang tidak sedikit blogger blogspot yang belajar ilmu SEO sama aku dan berjaya walaupun cuma blogspot sahaja... Jika aku mahu listkan satu-satu... aku tidak tahu....kerana mereka datang secara silent readers.. Hanya beberapa orang sahaja yang aku tahu....Hakikat yang nyata...lebih sukar mengamalkan SEO dengan blogspot daripada wordpress... Itu sudah pasti...

Jadi...Sudikah kamu sahut cabaran aku ini wahai Faisal 2DayBlogger??

Salam perjuangan....

2 comments:

  1. Positif !!

    Blogspot pon bolehkan je PB. agi idup agi ngelaban. Blogspot masih tidak hilang di dunia :D

    Ada mcm bahasa seni jg x? haha

    I like all positif .. nice to know yeah

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda