Bila mana di laman blog dan facebook mula meledak dengan isu serangan Anonymous terhadap laman web kerajaan Malaysia. Maka bertebaranlah cerita mengenai kewujudan komuniti hackers terunggul di Malaysia. Komuniti hackers seperti RileksCrews yang memang diketahui kewujudannya sebelum ini akibat penangan isu fan page Oh Media FM di godam oleh hackers Indonesia, kini semakin unggul lagi apabila mula mendapat tempat di hati komuniti siber Malaysia.
Jika sebelum ini hackers sangat ditakuti oleh kebanyakan para pengguna internet. Kini tidak lagi apabila komuniti hackers ini mula mendapat tempat di kalangan blogger dan pengguna FB. Hackers ini bagaikan salah satu pasukan perang yang ada di dalam komuniti siber Malaysia. Ia bagaikan sebuah pasukan pelindung yang sepatutnya ada di dalam sebuah negara (dalam kes ini disebut negara maya).
Cuma seperti di dalam dunia luar...terdapat hacker yang baik dan juga hackers yang jahat... seperti mana wujudnya polis yang baik dan polis yang jahat... Tiada beza satu apa pun... Cuma keadaan persekitaran sahaja yang berbeza...
Jika seseorang hackers itu bersifat baik dan tidak menyalahgunakan kuasa yang ada padanya... maka dia layak untuk mendapat sanjungan dan pujian... Kerana tidak semua orang boleh menjadi hackers... tidak semua orang boleh menjadi salah seorang daripada komuniti hackers...
Kerajaan Malaysia juga seharusnya menggaji THE REAL HACKERS dan bukan menggaji mereka-mereka yang ada diploma dan ijazah sahaja... The REAL HACKER adalah orang yang sebenarnya berpengalaman penuh dalam dunia hacking dan security... Seperti quote yang di petik dari laman web yang di godam oleh hackers Dragon Force dan RileksCrew sebelum ini, "Nothing Is Secure"...maka kerajaan mesti sedaya upaya mengambil hacker yang sebenar sebagai kakitangan mereka... Kerana hanya hacker yang sebenar sahaja tahu bagaimana untuk melindungi komputer dan website daripada di godam....
Persoalannya di sini... wajarkah atau tidak kerajaan menghalang kebebasan dunia maya?? Kerana komuniti siber di Malaysia telah meningkat dengan mendadak...Komuniti siber masa kini bukan lagi komuniti 10 tahun lalu... Jika kerajaan tidak menapis laman blog hasutan dan membahayakan negara..kenapa kerajaan mahu menyekat laman web yang sangat berguna kepada para pencari ilmu itu??
Kenapa kerajaan tidak menyekat laman web lucah yang sekian banyak di Malaysia ini?? Sekat habis-habisan~!! Bukan menyekat laman web yang boleh memajukan dan membangunkan kecanggihan dunia maya~!!
Ada kata sini yang pendekar mahu beritahu kenapa kerajaan tidak menyekat laman web lucah ini habis-habisan...Antara alasannya adalah...
"Bila seseorang itu berumur 18 tahun ke atas, dia dah boleh tengok blue... hiburan orang dewasa...wakakakaka..."Apa punya molek sangat tu sampaikan laman web download sofware dan movie tu di sekat?? Takkan la semua nak kena bayar??Dah lah masuk tandas awam pun kena bayar.... ini kan pula nak tengok movie percuma...
"Kakitangan kerajaan banyak kaki blue...kalau kerajaan sekat... nanti produktiviti menurun dengan mendadak la kan..mana boleh macam tu..."
"Kakitangan CyberSecurity pun layan blue jugak apa.... kalau kena sekat...camna nak tengok blue dah?? Bhahahaha..."
"Tanpa laman web blue...kerajaan tidak akan maju..." - motto terbaru... DAMN~!
Pendekar hairan... kenapa Singapura, Thailand dan Indonesia tak buat langkah yang sama??
Arrgghhhh~!! Bengkak dah ni... dah la selalu download software kat tempat-tempat tu... Jahanam~!!







No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.