Akhbar Berita Harian hari ini ada menyiarkan berita mengenai bahasa SMS yang mula menjangkiti para pelajar IPTA dan IPTS sehinggakan ada yang menulis tesis menggunakan bahasa SMS! Perrrgghhh... pendekar sangat terkejut bila perkara seperti ini berlaku...adalah menjadi suatu ledakan wabak yang tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah institusi ilmu~!
Adalah menjadi satu masalah besar apabila para pelajar yang seharusnya menjadi pewaris bahasa yang sebenarnya tetapi menjadi penyumbang kepada kerosakan dan pencemaran bahasa Melayu itu sendiri... Bagaimanakah agaknya bahasa Melayu 10 tahun dari sekarang jika perkara ini tidak di bendung dengan sewajarnya?? Itu pendekar tidak mahu fikirkan... Kerana itu kita harus terus berjuang dan berjuang... Biar saja apa kata mereka..kita teruskan istiqamah dalam perjuangan kita~!! InsyaALLAH..kejayaan pasti milik kita..(^_^)
Mudah-mudahan si Gay yang satu ni tak akan buat tesis dia pakai bahasa SMS pula...kalau tak memang ngekss la kau Naz~!!
![]() |
| Bahasa itu ibarat bunga..selalu di jaga, cantik dan wangilah ia.. di biar layu..matilah ia... |
BAHASA SMS DAN PELAJAR IPTA / IPTS
Jika ada yang telah melakukan perkara seperti ini di dalam penulisan tesis mereka dan juga penulisan apa-apa juga...pendekar boleh katakan bahawa mereka sangatlah BEBAL~! Walau bagaimana bijak sekalipun mereka dalam pelajaran... tetapi jika benda mudah seperti ini pun mereka tidak mahu faham.. Maka, kebebalan itu adalah nyata bagi mereka!
Bijak dari satu segi tetapi sangat bebal dari segi yang lainnya... Bukankah itu sangat teruk?? Pendekar pasti kalangan yang membaca blog pendekar ini adalah mereka-mereka yang mencintai akan bahasa mereka sendiri... Yang sanggup membaca dari atas ke bawah tanpa meninggalkan walau satu ayat sekalipun... Dan pendekar sangat pasti betapa ramainya silent readers di sini... kerana pendekar memerhatikannya... hehehehe...
Bak kata pepatah "asam itu masam...sedang gula itu manis...jadi jangan kau bilang peria itu pedas~!" hehehehe.... Apa-apa sajalah...
Sehingga itu...salam hati dan salam perjuangan buat sekalian para penghuni maya~!!








No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.