Pernah tak pendekar bilang blogger blogspot tidak hebat? Sedang pendekar sendiri dan blog ini sendiri bermain di dalam platform blogspot. Patutkah dia memutar belit ayat pendekar dengan entry yang sengaja mahu membusukkan pendekar di dalam entry tersebut... Dia tidak sedar bahawa ada di kalangan blogger tersebut adalah anak murid pendekar sendiri. Dia tidak sedar bahawa blogger tersebut puas menyelongkar segala macam entry mengenai SEO yang pendekar ajar.
Cumanya bila dia sudah belajar asas-asas.. dia sudah pasti mahu tahu lebih lanjut bukan? Jadi dia akan cuba cari sendiri bagaimana untuk mendapatkan trafik yang lebih dengan entry di blogspot. Jadi tahniah daripada pendekar untuk dia atas inisiatif sendiri yang dia lakukan... TAHNIAH BRO~!!
Berbalik kepada tajuk, apakah pertarungan keyword SEO yang sebenar dan terunggul? Untuk itu, mari baca apa yang pendekar kongsikan ini. Mudah-mudahan anda akan mendapat ilmu daripadanya. Amin...
Pertarungan keyword SEO yang sebenar adalah dalam 1 atau dua perkataan sahaja. sebagai contoh... lihat pada keyword "seksi bogel" yang pendekar taip sendiri dari Google. dan kita lihat keputusannya.
![]() |
| Pencarian keyword "seksi bogel" |
Jika anda lihat kepada keputusan carian, anda akan dapati lebih 2 juta hasil carian di paparkan. Tetapi blog ini berada di halaman pertama dan pada kedudukan ke 6 dalam sebegitu banyak keputusan carian termasuk laman-laman blog lucah segala.
Itulah yang paling penting dalam pertarungan keyword SEO! Bagaimana satu entri boleh mendapat lebih banyak trafik dengan keyword yang pelbagai. Di situlah teknik dan kepakaran yang sebenar memainkan peranan.
Jika dengan wordpress. Anda tidak akan boleh melakukan teknik-teknik ini kerana anda amat bergantung dengan pluggin-pluggin yang telah tersedia terutamanya pluggin title tag yang boleh dikatakan sebagai black hat SEO. Mana ada pluggin macam tu di blogspot? Keh keh keh....
Untuk membuat perkara seperti itu, pengguna blogspot perlu membuat entry daripada keyword yang mereka gunakan. Isinya? Copy paste ajalah dari yang asal. Nanti kamu akan dapat keadaan seperti itu... Tak percaya? Percayalah. Caranya mudah... Nanti pendekar akan ajarkan bagaimana untuk melawan entry para blogger wordpress yang berbangga dengan pluggin Title tag mereka~!!!
Ini bukan permainan biasa. Seni Permainan SEO ini adalah khusus untuk para pengguna blogspot. Bukan untuk para pengguna Wordpress.. (Pendekar pun ada WP gak hape... baru je tak sampai sebulan.. keh keh keh...)
Jadi...teruskan ikuti gerak langkah Seni Permainan SEO Pendekar Berkuda yang seterusnya ya~!! Sama-sama kita kekalkan kekuatan blogspot untuk melawan wordpress~!! Keh keh keh...
Selamat berblog dengan gembira~!!








No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.