Nampaknya ramai sangat yang menyerang aku sekarang... rupa-rupanya banyak musuh aku dalam diam... mereka yang aku anggap kawan-kawan pun menyerang aku...boleh diungkap dengan kata musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan... memang jenis kawan-kawan yang baik...
Aku dah terperanjat bila aku baca dalam Shoutbox aku bila ada yang kata dia datang dari blog Qasehraihan... Memang aku dah sangka entry tentang itu... dan aku dah boleh tahu akan entrynya.. Namun apa yang aku dapat katakan di sini adalah bila entry tersebut lebih kepada memburukkan aku selain daripada kononnya untuk memberi pengajaran kepada orang... Adakah dengan memberikan pengajaran seperti ini dapat menginsafkan orang?? Itu aku tak tahu...
BLOGGER PENIPU - OLEH BEN ASHAARI
Hello bro... aku tak hutang satu sen apa dengan kau.... rupa-rupanya kau masih busuk hati dengan aku ya?? Masih berdendam dengan aku ya? Okay.. itu aku faham...Sengaja kau mahu sebar juga ya??
KALAU BTOL LA MEMANG SIAL LA PENDEKAR BERKUDA - NAZIRULHAZWANWS
Aku ingat dia seorang kawan yang baik... rupa-rupanya aku salah... begitu juga dengan Faizal Fredley, Ujang... dan mereka-mereka yang aku anggap kawan... rupa-rupanya masih banyak kedengkian dari kamu-kamu untuk aku ya.... Begitu sekali... dapat saja peluang... memang kamu grab habis-habisan ya?? Aku tak pernah jumpa kawan sebegini rupa... apa yang telah aku hutang kamu?? Bilang saja di sini...
DARKBATMAN - KAMU TANYA DIA
Dia salah seorang yang aku anggap kawan... aku cuba tolong bila ada masalah... aku cuba berikan apa yang aku boleh tolong tanpa meminta satu apa pun sebagai balasan... Cuma bila aku minta tolong... janganlah kamu masukkan klausa menganiaya orang dalam tu sekali...
QASEHRAIHAN
Hanya aku tahu kisah aku dan dia... kamu tak tahu satu apa dan kamu cuma tahu apa yang dia cerita... Aku hanya tahu jangan pernah percayakan perempuan yang mempermainkan perasaan kamu dan hati kamu...
GAYAHSPEARS
Siapa yang bilang aku dan dia pernah kapel?? Sila tanya tuan empunya diri... betulkah kami pernah kapel?? Aku tak pernah menidakkan benda yang aku buat.. Aku tak pernah nafikan kalau benda itu betul... tolong buktikan pada aku dengan sesungguhnya....
BELALANG HIJAU PERISIK - RM80
Aku ingin sekali mengucapkan terima kasih kerana juga menyumbang kepada kebusukan nama aku.... Sekurang-kurangnya dapat juga aku tahu yang sebenarnya... Hakikat bahawa segala persahabatan yang pernah terjalin mungkin hanya satu permainan sahaja...
KESIMPULAN.
Banyak yang aku boleh pelajari dalam peristiwa kali ini... Hakikat siapa kawan siapa lawan... siapa gunting yang bersembunyi di dalam lipatan kain.
Saat kamu perlukan pertolongan seseorang di kala keadaan mendesak. Kamu rasa siapa yang patut kamu minta tolong? sudah pasti mereka-mereka yang rapat dengan kamu kan?? Tapi aku cuma tersilap langkah... kerana tersilap memilih orang...dan ini akibat yang aku terpaksa terima...
Aku adalah blogger yangyang bernama... sebut sahaja nama aku ramai yang kenal.. hanya kerana satu hutang yang belum aku bayar... kamu busukkan nama aku sebusuk-busuknya... seperti tiada manfaat satu apa pun yang telah aku berikan pada kamu-kamu dan kamu???
Aku tahu tidak sedikit musuh aku... tidak sedikit yang tidak puas hati sama aku... tidak sedikit yang berdendam sama aku... tapi aku hairan... bila yang memburuk-burukkan aku itu lebih kepada mereka-mereka yang aku anggap rapat sama aku.... SUNGGUH AKU TAK PERCAYA~!!
Dan bila ada yang mengaku bahawa mereka adalah lebih baik dari aku dan mahu jadi hero Superman, maka aku biarkan saja mereka-mereka ini bertindak sepuas hati mereka..
Aku tidak lari.. ya... aku memang tidak akan lari... aku cuma pinta penangguhan... Cuma itu sahaja...
Saat ibu kamu sakit di hospital dan perlukan wang untuk rawatan...dan ketika itu kamu sudah tidak punya wang untuk membayarnya... apa kamu mahu bikin?? kepada siapa kamu mahu minta tolong?? Saat laptop kamu yang berharga rm5k mahu dijual kerana habis tempoh seminggu dengan harga rm800... mahukah kamu??
Saat terdesak seperti itulah yang pernah aku alami dulu ketika aku meminta pertolongannya... juga bila aku minta pertolongan dengan yang lain-lain... aku pinta dengan hati... aku tidak pinta dengan mulut....
Aku pernah jumpa dengan orang yang aku minta tolong itu...aku kenal dia dan dia kenal aku...hanya itu sahaja... atau kamu mahu yang selainnya?? Mahu atau tidak aku cerita?? Tidak usah....
Dan aku mahu minta tolong..jika kamu masih punya rasa hati...bakarkan saja entry seperti ini... tapi aku tahu..demi trafik yang menggila yang kamu dapat dari entry untuk nama aku... kamu pasti tidak akan mahu kehilangannya kan?? trafik mendadak dan juga komen yang menggila... apa lagi yang kamu mahu??
YA~!! seperti kata Kak Pah... KERANA AKU PENDEKAR BERKUDA!! Semua yang aku perbuat akan di ambil perhatian oleh orang.... baru aku ingat... terima kasih untuk mengingatkan aku....
Tapi ingatlah...siapa kawan dan siapa lawan..siapa gunting dalam lipatan... kerana aku akan kembali lagi... menghinakan kamu sehina-hinanya... kerana sekali aku berpencak... ke liang lahad pun kamu akan aku kejar... jadi hati-hatilah kepada pengkhianat semua~!!! Blogger yang bersifat talam dua muka~!!! Nantikan saja... Aku pasti akan kembali...
Sehingga itu...izinkan aku menyebut...mereka-mereka itu adalah mereka-mereka yang aku anggap kawan dan sahabat... tetapi aku tidak sangka mereka akan bertindak seperti ini... aku sangat sedih...lagi kecewa... di sebalik aku perlukan sokongan... mereka menghentam aku...
Dan ramai lagi blogger yang langsung tidak ada kaitan dengan isu ini... mereka berlagak bagaikan mereka yang kenal aku seumur hidup...walhal mereka tidak pernah jumpa sama aku... tidak pernah tahu aku bagaimana... bagaimana rupa aku... tapi mereka mahu juga menumpang trafik menggila ini atas nama aku....
YA~!! AKU TERLUPA BAHAWA AKU ADALAH SEORANG PENDEKAR BERKUDA~!!!
Jadi aku mahu tanya kamu... perlukah aku bayar wang itu kepada semua blogger ini satu-satu?? Atas kata-kata hina dan keji yang aku terima..siapa mahu bayar itu??? kamu mahu aku jumpa kamu satu satu dan lempang kamu satu-satu kah?? Kalau setakat Ben Ashaari pun aku tidak takut~!! Kamu tidak pernah merasa parang di kepala...kamu tidak pernah merasa saat berada di hujung nyawa... jadi jangan berlagak kamu sangat hebat~!!
Salam perjuangan...
Wednesday, June 1, 2011
AND THERE"RE THE REASONS... BOLEHKAH KAMU YANG BISING-BISING ITU DIAM??
Tag :
peribadi
Encripted by
Pendekar Berkuda
at
7:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
COPYRIGHT & HAKCIPTA
Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....
Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....
JazakALLAHu Khairun...
Pendekar Berkuda
Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....
JazakALLAHu Khairun...
Pendekar Berkuda







No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.