KUALA TERENGGANU – Seorang bapa hanya mampu melihat anak lelakinya dipaksa minum air menggunakan hos getah oleh seorang bomoh Siam sehingga pemuda itu pengsan dan meninggal dunia ketika berubat di sebuah rumah di Kampung Pulau Rusa, Merchang dekat sini kelmarin.
![]() |
| RUMAH YANG DI DIAMI OLEH BOMOH SIAM JAHANAM |
Semasa berada di rumah itu, mangsa disuruh melalui beberapa ritual perubatan selama empat jam. Antara ritual itu adalah upacara membaca mentera, bercakap-cakap dengan mangsa dan memberikan mangsa minum air kosong dalam jumlah yang banyak.
Sepanjang berubat mangsa diarahkan baring. Mangsa turut disuruh menggigit sebilah pisau. Dalam ritual itu mangsa pengsan dua kali kerana lemas minum air terlalu banyak.
Kemuncak ritual itu, mangsa dikatakan terpaksa dipegang beberapa ahli keluarganya sebelum mulutnya disumbat oleh bomoh itu dengan hos getah yang mengalirkan air.
KATA PENDEKAR : Yang bodohnya si bapa ni tak boleh pula fikir sendiri kesan akibat minum air tanpa henti. Hape la bangang sangat?? Siap ahli keluarga dia yang pergi tolong bomoh siam jahanam tu pegang anak sendiri! Bangang apa namanya tu kan??
Memang bangang betullah si bapa tu... Kalau ya pun nak tunjukkan kasih sayang sempena Hari Bapa, tak kan lah tak mampu fikir akibat perbuatan tu?? Setan!








walaupun terdesak utk pulihkan pesakit . akidah kena jaga .Bomoh siam ni Islamic Compliance tak ??? Sendiri tau kan....
ReplyDelete