Monday, June 6, 2011

AKU INGIN LIHAT KAMU BERFIKIR DI LUAR KOTAK...

Aku ini lagi dalam mood bengkak lagi geram... Seseorang ini bikin aku sangat panas... Mahu saja aku maki keji dia...Jahanam celaka itu....

Tapi abaikan saja yang itu..aku mahu ajak kamu untuk berfikir dengan lebih kritis...Aku tunjuk kamu bagaimanakah seni permainan bahasa yang aku olahkan.... Bagaimanakah susunan ayat itu agaknya....

Ada cikgu bahasa masuk blog aku dan kasi komen-komen yang konon menampakkan dia seorang cikgu bahasa yang hebat! Okay... aku ingin bertanya pada dia... sebelum kamu komen cara penulisan dan gaya tatabahasa aku... adakah kamu sendiri mengamalkan penggunaan bahasa dengan sesungguhnya?? Tidak usah mahu mengelat! Dari komen sahaja aku sudah nampak berpuluh-puluh kesalahan ejaan, tatabahasa, tanda baca dan susunan ayat! Apakah wajar untuk aku respek tarafnya sebagai seorang guru bahasa?? TIDAK AKAN~!!!

Apa motif?? Tiada apa... huhuhu...
Dia bilang, aku tidak boleh pakai perkataan "mereka-mereka"... Jadi berikan aku hujah dari pakar bahasa untuk menidakkannya~!! Bukan kamu atau siapa-siapapun yang jika mengarang saja, markahnya hanya cukup-cukup makan~!! Tetapi mahu ajar aku seni bahasa.. aku tidak bermain dengan bahasa Melayu formaliti seperti yang di ajar di sekolah... aku bermain dengan seni kesusasteraan bahasa Melayu!

MEREKA-MEREKA

Mereka yang kononnya (aku kata konon sahaja kerana aku tidak pasti..) cikgu bahasa melayu itu bilang pada aku, "mereka" itu sendiri sudah menunjukkan banyak tetapi sudah pasti tidak menunjukkan semua...Aku tidak pernah nafikannya penggunaan perkataan "mereka" itu dalam konteks seni kata yang sebenarnya...

Lihat ayat ini...

"Mereka sedang berjogging di taman tasik..." - ayat formal untuk satu kelompok sahaja yang melakukan satu perkara yang sama...

"Mereka-mereka sedang berjogging di taman..." - inilah seni kata permainan bahasa... Untuk merujuk dua atau lebih kelompok yang berlainan tetapi melakukan satu perkara yang sama dan pada masa yang sama..tetapi mungkin dengan cara yang berbeza...

Jika kamu sebut semua kelompok yang berlainan itu hanya dengan satu perkataan "mereka" sahaja...Kamu mungkin akan mendapat ayat seperti di bawah ini...

"Mereka sedang berjogging di taman tasik...mereka itu pun sedang berjogging di taman tasik...mereka itu pun sedang berjogging di taman tasik..."

Kerana kamu tidak dapat membezakan mereka... Jadi, di mana kamu akan dapatkan satu perbezaan yang nyata untuk membezakan kelompok-kelompok yang berlainan itu? Kelompok-kelompok itu sudah pastinya bukanlah "mereka semua"... Kerana jika digunakan perkataan "mereka semua" seperti ayat di bawah ini :

"mereka semua sedang berjogging di taman tasik.."

Itu akan menunjukkan bahawa orang-orang yang kamu tunjuk atau nampak ketika itu sedang berjogging! Bhahahahahaha...

Ada sahaja yang bilang aku angkuh tahap dewa bila aku ajak dia berbahas tentang ini... Ya~! Terpaksa aku nafi...Aku tidak angkuh...tetapi jika aku rasa aku berada di pihak yang benar, apapun halnya akan tetap akan aku pertahankan sehingga di bawa satu hujah yang bisa mematahkan hujah aku!

Aku hanya pelik dan hairan... kenapa cikgu-cikgu bahasa ini sendiri tidak menulis dengan bahasa penuh? Kenapa mesti ada yang menggunakan bahasa SMS dan juga singkatan-singkatan yang mengelirukan untuk menulis di blog? Kenapa bukan mereka yang memperjuangkan bahasa Melayu itu sendiri? Tetapi aku yang menggunakan bahasa penuh ini..yang cuba untuk memperjuangkan penggunaannya kembali....yang ramai bilang sangat dekat dengan jiwa mereka pula yang dijadikan sasaran untuk di cari apa salah aku...

Sebagai contoh :

"xda sebarang penangguhan.." - bagi aku yang formal dan dalam penggunaan kata dan istilah bahasa... aku boleh tafsirkan ayat ini sebagai "pangkahda sebarang penangguhan"... Bhahahahaha...hebat~! Ayat baru tu. Nanti kamu juga bisa guna perkataan baru itu...

Jadi, kenapa mereka ini benci sama aku?? Kamu bisa saja tanya sama mereka (aku guna kerana hanya satu kelompok sahaja)... Ataupun kamu mungkin boleh jawab sendiri wahai para pembaca yang budiman... Kerana jika aku yang menjawabnya... mereka pasti akan bilang aku ini angkuh dan angkuh lagi... Jadi lebih baik untuk aku diamkan diri sahaja bukan??

Terima kasih kerana membaca...(^_^)

Salam Perjuangan...

Psst~! Aku lupa...tolong jangan komen sesuatu yang tidak berkaitan...itu sahaja... atau nanti aku terpaksa delete dan setting moderation mode untuk ruangan komen ini...

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda