Aku tidak mahu sebut siapa-siapa. Siapa yang makan cabe, dia yang harus merasakan kepedasannya! Nah, itu yang aku mahu kamu baca. Kerana aku sudah pernah bilang..sudah pernah ada yang aku tentang... betapa aku sangat benci pada penyalin karya yang melampau-lampau!
Aku ini, yang juga seorang pengkarya juga tidak mampu untuk menghasilkan karya puisi sehingga berpuluh-puluh satu hari yang mana lebih hebat... Apatah lagi jika karya puisi itu punya bait kata yang di ambil dari seberang... Masa sih orang Kelantan bisa menghasilkan karya puisi rentak Indonesia?? Sedang dia hanya anak sekolahan cuma?? Sungguh hebat jika emang benar dia yang menghasilkannya!
Juga bisakah kamu menghasilkan satu entry yang hebat dengan ulasan dan fakta...kemudian selang dua jam selepas itu kamu hasilkan lagi satu entry panjang berjela-jela... dan entry panjang kamu itu bisa mengalahkan si badan besar yang mempunyai lebih dua ratus entry sebulan itu?? Sungguh aku aku sendiri tidak bisa! Dan apatah lagi kamu sebagai anak sekolahan cuma! Aduh... sayang sekali aku tertipu lagi!
Untuk kali ini saja! Aku berikan kamu nasihat dan peringatan ini.... Aku mahu kamu hentikannya sekarang juga! Menyalin karya orang tanpa berikan walau sedikit kredit pada tuannya! Kerana aku sangat bencikannya!
Jangan kerana silap ini, kamu sendiri terhukum oleh manusia. Aku mahu kamu sedar, betapa sukar mahu membikin sebuah karya..dan bukan menyalin penuh karya orang dan kemudian kamu klaim sebagai karyamu sendiri! Itu aku sangat benci!
Jika untuk SEO, itu mungkin bisa di maafkan lagi...tetapi tidak mungkin untuk karya orang! Jika kamu masih tidak mahu minta maaf dan berterus-terang saja akan perkara sebenar. Aku akan hentam kamu sehingga kamu terduduk terdiam kaku membisu lalu hancur luluh di saput angin nan lalu... Biar sejuta orang di belakang kamu...Akan tetap aku tentang! Kerana aku paling pantang pada mereka yang mencuri karya orang!
Aku terlepas pandang...saat kamu menulis dengan bahasa biasa, ada beza besar antara entry salinan kamu dan entry biasa kamu..gaya penulisan kamu...aku dapat beza...sungguh aku tertipu oleh indahnya bahasa karya yang telah kamu kutip dan kamu klaim sebagai karyamu sendiri!
Susah benarkah berlaku jujur? Kenapa perlu kamu curi karya orang?? Apa kamu fikir mereka-mereka itu robot ciptaan?? Yang kerjanya hanya membikin karya untuk kamu salin dan cop sebagai karya kamu?? Alangkah hebat!
Aku sangat benci blogger seperti ini...apatah lagi bila aku sudah terpaut pada karya-karya itu...Tapi sayang.. karya-karya itu hanya karya curian cuma! Sungguh aku kasihan pada dia..tetapi aku lebih kasihan pada mereka-mereka yang di curi karyanya oleh dia!
Lagi..aku ingin tanya kamu... "dampak" itu apa maknanya?? Jika orang Kelantan bisa beri aku ertinya, aku tabik spring pada kamu! "Dampak" itu bukanlah bermaksud "nampak" !!! Sudah terang siang..lagi kamu pasang lampu menyuluhi jalan! Alangkah bebal!
Aduh....tidak sangka aku tertipu lagi! Sialan sungguh!
Tuesday, June 7, 2011
AKU BILANG SAMA KAMU AKU BENCI COPY PASTE MELAMPAU-LAMPAU~!!
Encripted by
Pendekar Berkuda
at
5:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
COPYRIGHT & HAKCIPTA
Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....
Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....
JazakALLAHu Khairun...
Pendekar Berkuda
Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....
JazakALLAHu Khairun...
Pendekar Berkuda







No comments:
Post a Comment
Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.