Wednesday, June 8, 2011

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN MUET 2011

Tarikh Pengumuman Keputusan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bagi Pertengahan 2011 akan dikeluarkan pada Isnin ini, 13 Jun, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

“Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut.

Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 27 Jun 2011.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM www.mpm.edu.my.
Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Pertengahan 2011, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Akhir 2011 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online.

Tarikh tutup pendaftaran pada 21 Julai 2011.

Sumber ni cilok dari anak murid sendiri.. Lagenda Budak Nakal .. Cepat sikit.. Malas nak bukak website asal... hehehe..

No comments:

Post a Comment

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda