TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN | BIASISWA YAYASAN PAHANG 2011

PERMOHONAN TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN | BIASISWA YAYASAN PAHANG 2011.

Kerajaan Negeri Pahang sejak lama dulu telah banyak membantu para pelajar dari negeri Pahang untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi-Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan  luar negara dengan memberikan bantuan kewangan bersifat pinjaman yang boleh ditukarkan kepada biasiswa sekiranya penuntut mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pengajian.

Untuk kesekian kalinya, kerajaan negeri Pahang melalui Yayasan Pahang telah menganjurkan Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pendidikan tinggi awam dan swasta. Permohonan boleh dilakukan dengan memuat turun borang di sini, LINK.

Maklumat Biasiswa Yayasan Pahang

Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Pahang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak  tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di  Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta . Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang  tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan.

Maklumat Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan November atau pada bila-bila masa yang bersesuaian.

Geran Bantuan Pelajar Ke IPT

Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 1999. Skim ini dikhaskan kepada pelajar – pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang dikenalpasti oleh YP dan diiktiraf oleh Kerajaan. Pelajar akan diberi bantuan RM500 sebagai persediaan awal ke IPT sebagai penghargaan kerajaan negeri kerana menambah jumlah anak Pahang di menara gading.


Maklumat lanjut, layari : http://www.yp.org.my/

Carian Lain :

  • yayasan pahang rm500 (40)
  • borang yayasan pahang rm500 (15)
  • www yp org my (12)
  • yayasan pahang biasiswa (9)
  • Pinjaman Pelajaran Yayasan Pahang (6)
  • yayasan pahang bantuan pendidikan (5)
  • bantuan pendidikan yayasan pahang (5)
  • bantuan pendidikan pahang (4)
  • www yayasan pahang (3)
  • borang pinjaman pendidikan yayasan pahang 2014 (2)

Comments

  1. Anonymous says

    lambat gila la pinjaman yayasan pahang nie..aku mintak bulan 3..skrg dah pertengahan bulan 6 pon xgak masuk2..mcm xefficen jer kejanyer..lambat sgt la…dah final exam pon xmasuk.. mcm ptos harapan je aku rasa..hm..

  2. Anonymous says

    klu nk sambung master xde biasiswa ke? nk wait posting lambat lg..baik sambung belajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing