Sungguh~! Itulah senyuman paling indah pernah aku lihat selama ini. Senyuman itu. Bersama ulas bibir mungil itu. Membuatkan aku terpesona akan keindahannya. Aku, menahan teksi untuknya. Dan ketika dia ingin melangkah ke dalam teksi, aku menyapanya.*******
"Awak..." sapa ku.
Dia menoleh sambil menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulutku.
"Boleh ke kita jumpa lagi nanti?" Kata ku tanpa berselindung.
"Maksud awak?" Balasnya.
"Saya harap kita boleh jumpa lagi selepas ini..." jawabku sambil tersenyum.
"Kalau ada jodoh, kita pasti akan jumpa lagi.." balasnya sambil menutup pintu teksi tersebut.
Teksi itu bergerak meluncur laju ke arah jalan besar. Aku hanya memerhati kelibat teksi tersebut menghilang jauh di dalam kesibukan jalan raya ibu kota.
Hampir aku terlupa. Aku perlu mecari tempat penginapan sebelum itu. Namun berbekalkan wang yang sedikit di dalam kantung poket, adalah mustahil untuk aku menyewa hotel di bandaraya besar ini.
Lantas aku turutkan langkah kaki ku ke mana arah. Aku ikutkan sahaja langkah kaki ku ini. Tanpa aku sedar. Aku telahpun sampai ke sebuah pusat membeli belah di ibu kota. Aku tercengang melihat kesibukan manusia berjalan-berlari-berduyun-duyun keluar masuk dari pusat membeli belah tersebut bagaikan semut dan anai-anai.
Menelaah jam di tangan menunjukkan jam 4.50 petang, aku mula berkeliaran tak tentu tujuan di dalam mall tersebut. Melihat kiri dan kanan sambil membawa beg sandang yang hanya berisi dua helai pakaian dan sehelai T-shirt.
Kemudian aku terpandang sebuah kedai di situ yang mengiklankan,
"PEMBANTU KEDAI DIPERLUKAN. GAJI LUMAYAN. TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN. ELAUN. EPF DAN BANYAK LAGI."Aku singgah ke dalam kedai tersebut. Kedai yang menjual pakaian-pakaian berjenama. Bertanya aku kepada kakitangan di kedai itu.
"Cik, bos ada tak??"
"Ada apa bang? Boleh saya bantu?"
"Bos ada tak? Nak tanya pasal iklan kerja kat luar tu."
"Bos ada kat dalam. Tunggu kejap ya, saya nak panggil."
Ku lihat gadis tersebut melangkah ke arah dalam pejabat. Tidak lama kemudian, dia pun keluar sambil diikuti oleh seseorang di belakangnya.
Aku pasti bahawa orang tersebut adalah pengurus di kedai itu.
"Awak nak kerja ke?"
Aku mengangguk sambil mengiyakan.
"Nama awak?"
"Zulhakimie Bin Hakim. Orang panggil saya Kimie.." jawabku.
"Nama saya Roslan, Pengurus di kedai ni.." balasnya.
*********
Kini, sudah lebih 3 bulan aku bekerja di kedai tersebut. Asrama ku tidaklah jauh dari situ dan aku hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai ke kedai itu.
Hari ini seperti biasa aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja ku. Dalam kotak fikirku sudah ada beberapa perancangan yang perlu aku lakukan untuk hari ini.
Atas kepercayaan bos kepada ku, aku diberikan kunci pendua untuk kedai. Kerana aku selalu datang awal dan oleh itu Encik Roslan telah memberikan kunci pendua kedai kepada ku supaya aku boleh membuka kedai dengan lebih awal.
Ketika aku sibuk melayan pelanggan, aku di sapa oleh seseorang.....
BERSAMBUNG LAGI..... Ngeh ngeh ngeh...
**************************************************************************
INI ADALAH SAMBUNGAN KEPADA CERPEN PAUTAN AKU ANAK DERHAKA.
Untuk membaca entry-entry sebelumnya, klik link di bawah ini.
siri1 : http://www.gnesop.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri2 : http://shiorila.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri3 : http://secretwhisper.net/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka
siri4 : http://mfr.jentayu.com/2010/05/04-cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri5 : http://quqasihqumyself.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri6 : http://kachangdewa.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri7 : http://www.padinno.com/2010/06/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html
siri8: http://www.ciktom.com/2010/10/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-8.html
siri9 : http://segalaceritera.com/atik/2010/10/02/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-9/
siri10: http://www.suarabawahtanah.com/2010/10/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-10.html
siri11: http://rainbowcloudy.blogspot.com/2011/02/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-11.html
siri12: http://www.pendekarberkuda.org/2011/02/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-12.html
siri13: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka-siri-13.html
Maaf pendekar pinta daripada sekalian pembaca dan pengikut cerpen ini. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kehilangan Laptop, kekangan masa dan beberapa masalah peribadi. Baru hari ini dapat pendekar siapkan dan publish sambungan seterusnya cerpen pautan ini.
Siapakah yang bakal menyambung cerita ini nanti? Pendekar masih mencari.
Terima kasih sudi baca... (^_^)
Salam hati...




rajin nyer buat cerpen
ReplyDeleteWah dah ada penyambung yer.
ReplyDeleteTerima kasih pendekar atas sambungan tersebut.
Sapa pula seterusnya? Suspen. Huhuhu
wah hahaha x abis lagi pendekar sambung...pasnih sape pulak derektornya?
ReplyDeletehuhuhu
adui , siapa plak yang menegurnya tu? makin menarik nih..
ReplyDeletebest n suspen...tunggu smbgn yg makin suspen..
ReplyDelete