Tuesday, March 22, 2011

MIERA LIYANA SEKSI | GAMBAR MIERA LEYANA KASMIN SEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekalian. Pendekar bukan mahukan anda memenuhi mata dan nafsu anda dengan melihat gambar seksi Miera Liyana Kasmin yang semakin banyak keluar di dalam blog-blog sekarang ini, especially di dalam blog-blog hebat dan otai-otai.

Apa yang pendekar nak kupas di sini adalah kewajaran untuk melindungi aib seseorang seboleh-bolehnya. Para muslimin yang menyebarkan keburukan dan keaiban manusia lain tidaklah lebih elok daripada sang pelaku dari segi perangai dan sikap. Malah boleh dikatakan mereka itu memiliki hati yang lebih busuk daripada sang pelakunya. Wallahua'lam.

Adapun pendekar tidak mungkin akan pernah meletakkan gambar seperti itu di blog ini. Mungkin sebelum ini pendekar ada meletakkannya dalam satu entry semasa mula-mula berjinak-jinak di dalam dunia blogging ini, tetapi kini pendekar sedar dan tidak mungkin sekali-kali akan meletakkan gambar-gambar seperti itu lagi di dalam blog pendekar. Meski gambar-gambar seperti itu boleh mendatangkan trafik yang tidak sedikit ke blog ini. Tetapi percayalah, entri pendekar ini juga akan naik di dalam enjin carian.

GAMBAR SEKSI YANG ANDA CARI..
Seperti yang pernah pendekar paparkan dalam entry, Entry yang membunuh tetapi isi yang penuh ilmiah sebelum ini, pendekar mahukan anda menjalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin. Bukanlah menjadi blogger yang penuh dengan cerita-cerita panas lagi tak ada ilmu langsung. Biar anda blogger otai sekalipun. Sesiapa yang meletakkan gambar-gambar artis yang sebegitu di dalam entrinya tiadalah pendekar akan respek pada dirinya. Doa pendekar, semoga dia akan berubah kepada yang lebih baik. Amin.

Artis-artis sundal murahan memang begitulah sifatnya. Merekalah perosak moral dan adab kita. Merekalah dalang penyebaran budaya hedonisma yang semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya remaja. Merekalah dalang keruntuhan moral dan akhlak para remaja. Tiada salah ingin berhibur asal saja mengetahui had batasan yang sebaiknya.

Maaf jika ada yang terlancang kata terlanjur budi bahasa. Kerana pendekar sangat sedih melihat anda sekalian yang suka benar lagaknya dalam membuka dan menyebarkan aib orang lain. Adakah anda itu sudah terlalu maksum dan terlebih baik daripada mereka yang anda aibkan lagi maruahnya itu?

Ini hanyalah pandangan peribadi. Jika anda terima, kebaikanlah untuk anda tetapi jika tidak, lupakan saja apa yang pendekar perkatakan ini.

Sehingga itu, salam hati dan salam perjuangan dari Pendekar Berkuda.

Psst : Hidup kamu hanya memijak bumi Tuhan, jadi janganlah angkuh dan bongkak ya sekalian~!!!



19 comments:

  1. kenapa tulus tak kenal ek... hehe

    ReplyDelete
  2. err..aku cepat2 bukak tadi..haha..

    hurm..apa nak jadi la..dah la muda lagi..jawpan dia bagi pun memang boleh tahan mengancam..macam tak ada ilmu je cara cakap..

    ReplyDelete
  3. entah diorang ni.. sorang buat semua nk buat.. adoiiii

    ReplyDelete
  4. terbaik...,
    berguna jugak otak kau ni..hahahahah

    ReplyDelete
  5. gud....naseb baek saya tak entry pasal minah tue..

    ReplyDelete
  6. cek entry jap, ad cite pasal artis x?
    huhu...

    ReplyDelete
  7. ku mengenalimu mmg begini..
    dah agak dah cmni entrynya...hehe

    ReplyDelete
  8. dah tengok pic dier.. manmang agak seksi.... nice entry pendekar yang berunsur nasihat nie

    ReplyDelete
  9. haha..nasib baik sy x penah amik peduli psl cerita artis..penah gak letak gamba artis dlm blog tp yg bertudung (fasha dn memey pun yg bertudung)..

    bila fikir balik betul jugak apa yg PB ckp nih..buat apa nak letak gambar x elok dlm blog kan..

    ReplyDelete
  10. NAK TENGOK GAMBAR SEBENAR.. ADA KAT BLOG SAYA.. DATANGLAH.. :p

    ReplyDelete
  11. mmg seksi gambo dia pun...tapi suka cara pendekar memberikan nasihat...dalam lembut ada sinisnya..

    ReplyDelete
  12. salam PB ^^

    hm..scc tak terpikir pown nak buat entri pasal artis2 ni..
    sbb bg scc,dorg pun same jek mcm kita..
    tp seksi dan hot lebih..
    suke wat kontroversi..

    hm..law artis yg alim2 mcm waheeda and sekutunya,ringan sikit tgn nk citer sal kebaikan dorg ^^

    ReplyDelete
  13. itula, ramai juga blogger yang buat entri pasal ni dan tampal gambar artis tersebut...itu seperti menyebarkan aib orang..
    sepatutnya just buat ulasan sudah cukup..tak perlula letak gambar dia...
    kita manusia memang tak lepas dari kesilapan tapi jangan buka atau sebar aib orang..tak gitu? wallahualam..

    ReplyDelete
  14. akak tak kenal dia..mungkin sebab ramai tak kenal yang dia buat macam ni..nak bagi orang kenal..

    blogger2 pun jangan la ambik kesempatan diatas kelemahan diri dia..

    ReplyDelete
  15. masa depan, tiada siapa tahu..

    silap2 dia jadi lebih baik dari kita sendiri kan?

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda