Monday, March 21, 2011

MEMPERLAHANKAN RENTAK KUDA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pendekar ucapkan kepada para pembaca setia blog pendekar berkuda. Sememangnya pendekar hanya mampu menangis di dalam ruang hati paling dalam akibat keterbatasan waktu dan masa. Juga keadaan yang tidak mengizinkan pendekar untuk melajukan pacuan rentak kuda.

Pendekar sangat sedih lagi hiba sejak kehilangan kuda yang lepas. Siapakah yang tidak bersedih hati apabila kuda kesayangannya hilang tanpa dapat di temui lagi?? Sungguh kepada siapakah ingin pendekar sandarkan sedikit kesedihan ini. Hanya ALLAH yang tahu betapa peritnya hati menahan beban ini. Ya ALLAH, kau hilangkanlah kesedihanku... Amin..



Sementelahan ini, jika pendekar tidak dapat berjalan-jalan ke blog anda, dari hujung jari kaki ke hujung jari tangan pendekar pohonkan maaf... Pada bicara yang tiada pekerti.. pada khilaf yang tercipta oleh diri. Maafkanlah pendekar kerana pendekar cuma insan biasa. 

Sehingga itu, terima kasih pendekar ucapkan kepada anda yang masih sudi lai bersama-sama pendekar. Jika ada yang kurang, pendekar pohonkan maaf yang seungguhnya daripada anda...

Salam perjuangan dan salam hati dari Pendekar Berkuda...

Buat bidadari... jika sesungguhnya kamu percaya pada cinta... tolonglah jangan sakiti aku... 


11 comments:

  1. awat ni pendekar? jgn mcm ni. chill sket hari2 isnin permulaan minggu ni :)

    ReplyDelete
  2. entry cam putus cinta jer pendekar??

    ReplyDelete
  3. pendekar harus menangis..kerana ia melembutkan hati

    ReplyDelete
  4. sakiti kamu kah???
    tidak kan???
    hepi-hepian sahaja??hehe..

    sabar ye,wak..huhu
    saya simpati..
    hanya itu yang mampu..

    ReplyDelete
  5. PB, nape kamu nie?? mslh cinta ea? sbr2..jgn sedih2 ok..setiap kedukaan pasti ada hikmah disebaliknya..Allah berikn Hujan kpd kita kerana Dia mahu memberikan Pelangi yang paling indah buat kita =)

    ReplyDelete
  6. kenapa? kenapa? kesian.. :( sabar...

    ReplyDelete
  7. mungkin kah hati bidadari juga sedang sakit?.... bersedih barangkali..

    smg berlalunya masa, berlalu juga kesedihan. amin...

    ReplyDelete
  8. cinta pada manusia

    mengapa perit nya dalam?

    ReplyDelete
  9. assalam ayooohhh tuan hamba bangkit jgn diikutkan kata hati

    diharap tuan hamba tabah menghadapi semuanya

    ReplyDelete
  10. jika sakit hati..perlu berundur dulu..menyepi diri buat sementara...menyejukkan hati...

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda