Wednesday, March 16, 2011

FULL LOAN SATU KESALAHAN??

Status Jual Beli Kereta Full Loan ataupun pinjaman penuh yang dicanang-canangkan oleh para jurujual kereta dan penjual kereta di negara ini adalah SATU KESALAHAN!! Itu adalah mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh FOMCA di akhbar kompak Kosmo hari ini.
PETALING JAYA - Skim tawaran membeli kenderaan tanpa deposit yang didakwa antara punca ramai penjawat awam diisytiharkan muflis sebenarnya bertentangan dengan Akta Jual Beli 1967.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, apa yang berlaku sekarang ramai wakil penjual kereta memanipulasikan perkara itu demi mengejar komisen.

"Wakil penjual kereta akan memanipulasi pembayaran deposit sebanyak 10 peratus tersebut dengan mengatakan mereka boleh mendapatkan pembiayaan seratus peratus.
"Akhirnya, pembeli terperangkap dengan amaun yang jauh lebih tinggi dan akhirnya tidak mampu untuk menjelaskan ansuran bulanan,'' katanya pada sidang akhbar sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di sini semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai ramai penjawat awam diisytiharkan muflis gara-gara tidak mampu membayar pinjaman pakej pembelian kenderaan tanpa deposit.
Menurutnya, pengguna turut cuai kerana terlalu mempercayai wakil penjual kereta berbanding mendapatkan maklumat dari agensi profesional.

"Tidak ramai pembeli diberitahu bahawa syarat bayaran pendahuluan 10 peratus itu sebenarnya dibuat bagi tujuan memastikan kemampuan seseorang untuk membeli kenderaan," katanya.
Pendekar juga pernah terlibat dengan industri jualan kenderaan ini sebagai jurujual tahun lepas. Dan memang perkara ini wujud. Ada sesetengah pembeli inginkan full loan kerana malas untuk membayar deposit tanpa mereka sedar beban yang akan dipikul oleh mereka akibat kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi.

Bayangkan jika kadar faedah adalah 4.25% untuk kenderaan baru. Apabila pembeli membeli secara full loan sebuah kereta Myvi SE berharga RM 55,490, maka kadar faedahnya adalah tinggi berbanding mereka yang membayar deposit atas kereta tersebut. Ini kerana jumlah pinjaman adalah lebih tinggi daripada yang membayar deposit.

Dan perlu diingat bahawa kadar faedah bank ke atas pinjaman adalah berasaskan baki pinjaman pada tahun tersebut. Apabila pembayaran tersekat-sekat, makan kadar faedah semestinya semakin meningkat. Boleh jadi sekali ganda dari harga kereta tersebut. Tak percaya? Percayalah ya. Kerana pendekar adalah Ex-Sales Executives untuk PERODUA, dan SUZUKI. Pendekar tahu bagaimana permainan ini berlaku. Meskipun pendekar tidak pernah cuba untuk mengamalkannya.

Jadi ingatan untuk anda yang ingin membeli kereta, elakkan daripada membeli secara full loan okay? seelok-eloknya bayarlah deposit untuk keselamatan anda sendiri. Lagipun mengikut petikan di atas, 

BELI KERETA TANPA DEPOSIT ADALAH SATU KESALAHAN.

14 comments:

  1. biasanya...budak muda yg guna full loan ni , lbh2 lg anak2 muda yg br bekerja.nak dpt kereta cepat katakan!

    ReplyDelete
  2. full loan??hoho..nt byr bln mahal..


    eh suka kete iklan nuff awak skang..volskwagen..hehe..

    ReplyDelete
  3. org skg mengejar keperluan yg salah, contoh terbaik mcm kereta. baru kerja, dapat gaji bulan pertama, dah bawa kluar kereta baru...spatutnya beli la rumah sbg aset dulu

    ReplyDelete
  4. Pendek kata kalau full loan mmg kena pulun benor kita :(
    New Entry "Spender sidai hilang !"

    ReplyDelete
  5. tu lah masa ambil tak fikir panjang lagi..

    buat hutang senang, bayar tu yang susahnya tambahan pula masa yang lama, mungkin sampai 9 tahun

    kalau perlu sangat, ambillah kete yang termampu saja dulu

    ReplyDelete
  6. wah nice entri nie... tips sebelum beli kereta...

    ReplyDelete
  7. ye betul tu PB
    ramai yang amik full loan sebab perasaan malas dan nak cepat dapat kereta idaman baru
    kalau tak cukup duit
    tunggu lama sikit pun tak pa
    asalkan tak dibebani oleh hutang
    Cara Test Kualiti Keyboard Komputer Korang"
    Momoy dan Mee Maggie"

    ReplyDelete
  8. serius pendekar memang agak nak mmpus bila
    buat pnjam full loan,memang sdp coz tak yah bayar dfosit,,tapi bulan2 sakit coz interest yg tinggi ni..
    *tapi serius baru tau beli kereta tnpa dpsit ni stu kesalahn..thnk^^

    ReplyDelete
  9. fuhh...sib baik byr deposit dulu :)

    ReplyDelete
  10. "Skim tawaran membeli kenderaan tanpa deposit yang didakwa antara punca ramai penjawat awam diisytiharkan muflis sebenarnya bertentangan dengan Akta Jual Beli 1967."

    Pada aku bukan sebab tanpa deposit ramai penjawat awam muflis...tapi bulan kedua , ketiga dah tak mampu bayar...
    Letak ler 10% deposit duit sendiri , kalau bulan kedua , ketiga dah tak mampu bayar...ape cerrrrrrr..........

    ReplyDelete
  11. "Skim tawaran membeli kenderaan tanpa deposit yang didakwa antara punca ramai penjawat awam diisytiharkan muflis sebenarnya bertentangan dengan Akta Jual Beli 1967."

    Pada aku bukan sebab tanpa deposit ramai penjawat awam muflis...tapi bulan kedua , ketiga dah tak mampu bayar...
    Letak ler 10% deposit duit sendiri , kalau bulan kedua , ketiga dah tak mampu bayar...ape cerrrrrrr..........

    ReplyDelete
  12. para pembeli kereta jangan terlalu ghairah, pastikan kemampuan kewangan sendiri dahulu, full loan atau 10% muka sama saja, yg penting bayaran bulanan nya hingga berapa tahun, mampu atau tidak, kalau ok terus aje.....tepok dada intai poket cukup tak duit tuuuu......

    ReplyDelete
  13. persatuan jurujual kereta semalaysia (myCSA)telah didaftarkan. tujuan memberi info kpd pembeli agar dapat merujok status jurujual bertauliah dan boleh memberi servis yg profestional agar penipuan dapat di elakan.

    ReplyDelete
  14. persatuan jurujual kereta semalaysia (myCSA)telah di daftarkan. pembeli boleh menyemak status dan kelayakan jurujual sebelum berurusan jual beli agar penipuan dapat di elakan. jurujual yg berdaftar dgn myCSA akan dilatih lebih profesional dan beretika selaras dgn perkembangan industri kereta di malaysia.

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda