Tuesday, March 8, 2011

BOUNCE RATE TINGGI ? JOM SHARE.

Terima kasih kepada Blogger Inspirasi 2010 - Denaihati.Com yang telah memberikan kredit untuk pendekar dalam entri terbarunya bertajuk Bounce Rate tinggi kerana salah link.
Sangat terharu sebenarnya bila pandangan pendekar mendapat perhatian daripada blogger yang menjadi inspirasi bagi blog ini semasa mula-mula merangkak di dalam dunia blog.

 Entri ini untuk menerangkan apakah sebenarnya cara untuk kita menghalang blog daripada mendapat bounce rate yang tinggi. Sebelum itu, kenali dulu apakah itu bounce rate daripada entri-entri di bawah ini.


Jika anda sudah habis membacanya, marilah kita sama-sama berkongsi cara untuk mengurangkan kadar bounce rate di dalam blog. Apa yang bakal pendekar kongsikan ini mungkin sedikit rumit bagi anda yang baru mula bermain dengan coding. Tetapi jika anda sudah tahu. Marilah kita teruskan.

DEFAULT SETTING UNTUK LINK PADA ENTRY


Tidak kira sama ada anda memakai platform blogspot mahupun wordpress, default setting bagi link yang anda letakkan di dalam blog adalah "OPEN IN SAME PAGE". Ini adalah fakta. Jika anda tidak percaya. Cuba sendiri klik pada link yang anda letak pada blog anda.


Bagaimana mahu mengubah coding itu supaya ia terbuka "OPEN IN NEW TAB" ataupun "OPEN IN NEW WINDOW" akan pendekar tunjukkan kepada anda. Kaedah ini bukan sahaja membantu untuk mengurangkan bounce rate blog anda, malah boleh membantu untuk meningkatkan kapasiti pageview/minute blog anda jika link yang anda letakkan itu di klik.

Di bawah ini adalah coding default untuk link di blog anda.
A href="http://URL BLOG ANDA"> NAMA BLOG ANDA a
Petunjuk :  
A = < + a + >
a = < + /a + >

Contoh. JIKA ANDA KLIK LINK YANG INI --> PENDEKAR BERKUDA OPEN IN SAME PAGE

Anda akan dapati bahawa ia akan terbuka di page yang sama. Maknanya masa untuk pembaca membaca blog anda sangatlah singkat. Maka bounce rate anda akan tinggi kerana pembaca hanya menghabiskan masa yang relatif singkat di blog anda.

TETAPI JIKA ANDA KLIK PADA LINK INI--> PENDEKAR BERKUDA OPEN IN NEW TAB
maka akan muncul tab baru yang membolehkan bounce rate anda terus kurang dan kurang sehinggalah pembaca menekan butang X di atas browser. Hehehe...

APAKAH CODE NYA?

Code untuk OPEN IN NEW TAB adalah dengan menambahkan target="blank" di hujung selepas URL LINK tersebut. Caranya? Lihat seperti di bawah.
A href="http://URL BLOG ANDA" target="blank"> NAMA BLOG ANDA a
Petunjuk :  
A = < + a + >
a = < + /a + >


Dan anda akan dapat hasilnya setiap kali orang klik pada link tersebut, ia akan terus ke new tab. Dengan cara ini, masa yang dihabiskan oleh pembaca di blog anda akan lebih banyak. Dan ini akan mengurangkan bounce rate anda tanpa mereka sedar. Bukankah ini bagus untuk anda? Terutamanya bila anda adalah blogger SEO dan juga blogger yang suka menaip entri-entri yang ringkas.

1. SELAMATKAN BUMI KITA. SOKONG KEMPEN INI
2. PRINT BUKU DAN KARYA ANDA DI SINI

Sehingga itu, semoga maklumat yang pendekar berikan ini akan membantu anda. Perkongsian ilmu adalah lebih bagus untuk kita bukan?

Salam perjuangan dan salam hati sekalian..

15 comments:

  1. cam blurr je baca..satu apa LM x phm..sedihnyer.org berblog awak pun nak..tp benda2 ni siyes LM x phm

    ReplyDelete
  2. yana ada ajar aku..tp aku mls nk buat..hehe..,

    penting gak kn

    ReplyDelete
  3. huhuhu.. lady x pernah bermian dengan code2 ni.. :(
    kepala jadi pusing..

    ReplyDelete
  4. Nice info! I learn something new today~ ha3. =D

    ReplyDelete
  5. pdekar..apa maksud open in new tab dan same page tu??bila wan klik kat link yg pendekar kasi tu..sama je open kat page nie...hope pndekar leh beri jawapan yg ringkas dan padat..

    pendekar..sila reply komen ini di komen entri wan k..harap boleh berkongsi...

    yg menjalankan tugas..
    wan hazel
    c.e.o blogspot

    hahahhaa,,,papai

    ReplyDelete
  6. ellen tak faham plak..ciannya..hehe

    ReplyDelete
  7. ok phm2..thx ye..akan cuba dipraktikkan.. =)

    ReplyDelete
  8. kite nak study dulu..faham kan...

    ReplyDelete
  9. so selepas dibaca dan membaca..mcmana nak setting link blog jadi new tab bukan jadi same page??? guruku ajarkan kami

    ReplyDelete
  10. Kesemua link akan buka new tab. Tidak sangka ia antara tricks yang membantu merendahkan bounce rate

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda