Wednesday, February 23, 2011

YA~! PENDEKAR BERKUDA BERHATI KUNTUM~! ADA BANTAHAN?

Salam anugerah seindah langit di remang senja.. Pendekar ungkap segala indahnya jagatraya.. Untuk menjawab persoalan para blogger yang ingin mengetahui kenapa pendekar ini lihatnya garang di luar tetapi dalamnya penuh kuntuman bunga bukan? Ahaks... Mari kita bersama-sama menghayatinya...


Wahai temanku sekalian.. Adapun pendekar memang begini orangnya.. Pendekar adalah insan yang berjiwa seni.. Atas nama seni jugalah pendekar pergunakan nama Pendekar Berkuda... Seni Persilatan yang ingin diperjuangkan... Atas nama seni jugalah Pendekar mengasaskan Seni Permainan SEO...yang kini selalu anda dengan pendekar sebut... Dan atas nama seni jugalah pendekar mengadakan Seni Permainan Bahasa... Supaya kita sama-sama memperjuangkan akan indahnya bahasa yang tercipta lewat agungnya tamadun kita. Dan juga kerana Seni Permainan Bahasa jugalah pendekar persembahkan kepada anda sekalian... PENCAK PUISI PENDEKAR BERKUDA....


Bukankah segala di atas itu seni? Adakah anda masih bingung? Masih buntu dan keliru akan jiwa seorang pendekar? Tiada pendekar yang mahu tewas kerana tidak menghayati Seni Persilatan yang di perturunkan kepadanya... Juga tiada sesiapapun yang mahu tewas jika tidak pandai memahami Seni Permainan mereka sendiri bukan?.


Atas segalanya, pendekar adalah Putera Puisi.... Dan atas segalanya pendekar adalah insan yang mahu menghamburkan akan indahnya Seni Permainan Bahasa yang kita miliki. Saat anda baca coretan kata ini. Adakah di dalam hati anda penuh semangat berapi? Tiada bukan? Hanya yang ada semangat untuk bangkit... Meningkat dengan lemah lembut... meluap dengan penuh hemah... Kerana apabila telah sampai masanya...Ia akan meledak dengan sendirinya... 

SEPERTI INI~!!!!!!

Bukankah anda telah merasakannya sendiri? dari selembut-lembut ulas bahasa yang pendekar paparkan di atasnya... Anda terus terpempan dan tergamam akan hakikatnya. Percayalah... Inilah indahnya seni kita. Yang tiada dapat akan kita temui di tempat yang lain. Hanya mereka-mereka yang berjiwa seni dan perjuangan sahaja yang dapat merasainya. Anda tak percaya? Percayalah... Kerana anda sendiri telah merasakannya~!!

Dan semoga dengan entry ini akan menjawab persoalan anda yang masih bingung kenapakah Pendekar ini terlihat garang di luar dan kuntum di dalam... Hanya pendekar yang merasainya... Andalah yang menghayatinya... (^_^)

Salam hati dan salam perjuangan dari Pendekar Berkuda... (^_^) 



27 comments:

  1. sy suka lelaki berhati kuntum :p

    sy takde bantahan hehehe

    ReplyDelete
  2. Aduhhh pasti ramaiyg cair pas baca entri ni nanti,sila siapkan borang byk2 pendekar.

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha...


    tak tahan aku gelak wei...


    PB gila..

    ReplyDelete
  4. muahahaha kuntum pulak dah ...
    pendekar berkuda bawah sekuntum bunga lah pasni campak kelaut pedang

    ReplyDelete
  5. @CIK CIRA

    bergantung kepada apa takrifan kita pada makna jiwang itu...

    ReplyDelete
  6. @Ujang9897

    aku cabar ang~! boleh buat ke?? kalau boleh~! Aku bagi lagi sekali~~!

    nak tak?? hahaha...

    ReplyDelete
  7. @Bulan

    giwang itu bukan jiwang... macam siput pon ada... haha..

    bulan..bulan... adesh~!

    ReplyDelete
  8. @Sharifah nor

    Ye kak Pah~! PB pun manusia biasa... tapi jangan ingat setiap pahlawan dan pendekar itu tidak berdarah seni... anda silap jika begitu...

    hehehe...

    ReplyDelete
  9. yeah!!pndekar jiwang..ad kebun bunga dlm hati tuu..nk melawat!!hehe

    ReplyDelete
  10. bagus lah pendekar... tak semua org boleh jadi garang di luar, dlm hati ada kuntum ~

    ReplyDelete
  11. waaaa.
    ini dikatakan dalam hati ada taman yer

    ReplyDelete
  12. pada hemat saya..hati yang bertaman bunga itu makin jelas kerna anda sebenarnya sedang jatuh cinta..

    sila jelaskan..adakah anda sedang dilamun cinta dengan seseorang wahai pendekar~???

    tahniah saya ucapkan kepada gadis tersebut~!hehe

    ReplyDelete
  13. Garang di luar takpe wahai pendekar,dalam tuh msti bkuntum2 bunga tengah tumbuhh mekar..kuikui :P

    ReplyDelete
  14. Amboi. Kalerfool sungguh taman neh! Dah tak nampak sgt kuda kuda liar. keke :P

    Sorry lah bro lama tak mai sini. Busy dgn belajar dah. Still belajar macam mana nak manage time utk belajar dan belog dalam satu hari. Ada sebarang tips, bro? ;)

    ReplyDelete
  15. kalau kamu bunga...biarlah saya jadi batangnya..ya..batangnya^^

    ReplyDelete
  16. bukan dlm hati ada taman,tapi dlm kebun ada jagung ni..ehheee

    ReplyDelete
  17. tanda² org tgh bahagia...lalalala~ =P

    ReplyDelete
  18. Akak suka quot Pendekar ni

    "Garang di luar dan kuntum di dalam"

    Ada taman rupanya...

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda