Saturday, February 12, 2011

TUTORIAL BLOG : MACAM MANA NAK BUAT LINK | BANNER KE BLOG

Assalamualaikum sekalian. Pendekar harap anda sekalian sehat sahaja. Kali ini pendekar nak jawab pertanyaan seorang rakan blogger kita yang mahukan pendekar mengajarnya membuat link daripada gambar atau banner ke blog yang mahu di tuju. Tutorial ini amat mudah sebenarnya untuk dilakukan. Dan tanpa membuang masa, mari kita mulakan. Hehehe...

Pertama sekali, link melalui TEXT, apa yang anda perlu lakukan adalah, taip nama blogger tersebut. Contohnya, Qasehraihan. HIGHLIGHT kan nama dan kemudian klik LINK BUTTON seperti di dalam gambar di bawah.


Okay. Selesai. Mudah bukan?

Yang keduanya BANNER LINK sama ada di dalam entry mahupun di dalam SIDEBAR. Macam mana nak buat? Kalau anda masih belum tahu, mari pendekar ajar. Terdapat 2 CARA yang boleh anda lakukan. Yang pertama adalah seperti di bawah.

CARA YANG PERTAMA

Upload GAMBAR | BANNER yang anda mahukan dan masukkan ke dalam entry.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE BLOG TUANNYA
Klik pada gambar yang anda masukkan dan kemudian klik pada LINK di atas. Tindakan tesebut akan menyebabkan LINK gambar tersebut terbatal. Kemudian klik LINK di atas itu sekali lagi dan anda akan dapati POPUP keluar seperti di dalam gambar di bawah.
Klik untuk melihat dengan JELAS...
Dah masukkan LINK ?? Klik OK dan SELESAI lah satu lagi tutorial anda.

CARA YANG KEDUA - GAMBAR DARI URL / BLOG LAIN

Soalan anda : Macam mana pula dengan gambar dari URL / BLOG LAIN ? Adakah ianya sama juga kaedahnya? 

Jawapan Pendekar : YA~! Sama sahaja kaedahnya. Anda tidak perlu pening kepala nak fikirkannya. Mudah bukan? Hehehehehe....

Dan berakhirlah tutorial kita kali ini. Semoga anda berpuas hati dan mendapat pengetahuan di sini. Pendekar akan kongsikan lagi teknik yang lain kepada anda di lain hari ya. Selamat bergembira~! (^_^)

KLIK LIKE BANYAK-BANYAK KALAU ANDA SUKA.. Miyahahahahaha~! (^_^)

24 comments:

  1. hohoho...PB, da lama den pening pasal link kat gambar.asyik nak buat manual je, tak ter try lak nak klik kat LINK tu. hehehe...isu panas pasal curi trafik guna iframe.tak join skali?hehe

    ReplyDelete
  2. o macam tu...thanks utk info ni bro..ehehe
    baru tau sbb slalu buat cara manual ja...

    Entri Terkini : Budak 13 tahun cipta laman jaringan sosial mirip Facebook

    ReplyDelete
  3. info terang lagi bersuluh siap bergambar, caya bro!

    Terkini : Hotel Paling Pelik Di Dunia

    ReplyDelete
  4. uiksss...awak guna nama kita kat atas tu!!haha..

    btw..info yg sgt bagus..
    gtu ke caranya..hehe..mksih banyak..

    semoga pendekar dimurahkn rezeki atas segala pengetahuan yg dikongsi..aminn

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan..
    Terjah dari rumah 33..
    Thanks for sharing..
    Tengah cari camne nak wat menda ni..

    ReplyDelete
  6. yana dah lama cari tutorial ni.. terima kasih sebab share.. :))

    ReplyDelete
  7. pendekar yg bistari..ajar kan akak nak buat yg subscribe melalui email tu..yg feedburner tu lah..akak ada buat..tapi tak dpt yg mcm pendekar tu..dpt yg mcm lain pulak..tlg yaa..kot boleh diubah...nah..upah seposen!!!

    ReplyDelete
  8. kendatipun, lama x dgr. hihi!

    boleh tak tunaikan hjt saye:
    tlg ajar camne nak buat n3 mcm tuan ni (scroll ke bawah). n3 'sticky post' pon saye x tau camne nak buat. Sekian. TQ in advance my hero. hehe!! :-)

    ReplyDelete
  9. salam pendekar...lama tak mnyinggah..sihat ka?

    ReplyDelete
  10. tq untukinfo yang bermenafaat nih!! Pendekar..

    ReplyDelete
  11. hai PB..seharian tak npk PB,moga sht2 saja...tq utk toturial tu ye?sgt berguna buat saya blogger br ni..hik3

    ReplyDelete
  12. thanks so muchhhh PB ! :)
    utk tutorial nie..
    sy ni budak baru belajar sebelah pagar..so tak tau sgt mcm mane nak ltk link..
    tp skrg da tau. trime kasehh :)

    ReplyDelete
  13. salam. timakasih dh berjaya buat. cuma kalau flash banner macamana ya. maaf. baru belajar. :-)
    tq

    ReplyDelete
  14. terima kasih... dh tau nak buat..
    xtau nak buat link sblm ni... thnks ya..

    ReplyDelete
  15. assalamualaiku...

    saya nk tanye ni..mcm mana yg dikatekan permalink?

    ReplyDelete
  16. ee... sy buat tp x jd pon, nape link kte x pegi page br, dye pegi ke bawah page utama blog.. nyampahnye.....tension wat mende ni..

    ReplyDelete
  17. singgah n follow d sini.. will u follow me back? =)
    btw.. hepi dpt baca tuto ni.. sebab mmg tercari2 pun.. tQ! suka sgtt.. =)

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda