Wednesday, February 16, 2011

TIPS SEO : KEJUTAN ENTRY SEO. PERRGGGHHH~!

Assalamualaikum sekalian. Bertemu lagi kita... hehe... Kali ini pendekar nak sajikan sebuah kejutan dari Seni Permainan SEO yang pernah pendekar war-warkan kepada anda. Sangat TERUJA~!! Miyahahahaha...

Apa yang bakal pendekar paparkan ini adalah hasil permainan yang pendekar sendiri ciptakan. Bukan mudah untuk menggunakannya jika kita tidak teliti dalam permainan ini. Pendekar sangat sukakan permainan SEO kerana trafik yang terhasil daripadanya memang tidak dapat di duga. Bayangkanlah pendekar langsung tidak update entry tetapi trafik yang terhasil boleh mencecah sehingga riban-riban. Bukankah itu satu kejutan yang maha indah?? Miyahahaha~!

Berbalik kepada asal, apa yang pendekar nak sajikan kali ini hanyalah sedikit kekangan waktu dan keadaan yang memaksa pendekar untuk mengehadkan kepantasan kuda. Tetapi tidak pendekar sangka bahawa entry persediaan sebelum ini telah menampakkan hasil yang sungguh menakjubkan. Tidak percaya? Percayalah. Anda sendiri yang telah melihatnya.

Ketika ini tanpa blogwalking, pendekar telah mengikat trafik blog kepada 3-4 ratus sehari. Sungguh bagus kan? Majoriti trafik tersebut adalah dari entry SEO dan enjin carian. Hanya kebanyakan Online User yang anda lihat di sidebar tepi blog pendekar itu adalah dari entry SEO juga dari pemberian trafik oleh blogger otai. Melalui perkongsian bijak yang pendekar lakukan. Anda pasti mahu tahu apakah entry SEO pendekar yang sedang mencanak itu? Mari kita tengok gambar di bawah. Hehe...


Hehehe...menarik bukan?tanpa perlu memeningkan kepala dengan trafik yang tak berpunca. Baik kita tingkatkan trafik dengan SENI PERMAINAN SEO. Trafik dari stranger itu lebih bagus. Dan lebih berkualiti daripada trafik dari blogger sendiri. Mungkin bagi anda, trafik dari blogger adalah kenikmatan tanpa batasan. Tetapi bagi pendekar. Sikap seperti itulah yang menjerumuskan blog anda kepada kejatuhan. Hilang mood untuk berblog. Anda harus memandang ke depan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Atau jika anda mahu, contohi blogger-blogger popular untuk menjadi seperti mereka. 

Atau anda harus menjadi blogger yang blognya lebih popular daripada dirinya seperti BeautifulNara.Com , OhTidak.Com , Paultan.Org , dan banyak lagi. Bukankah itu satu contoh yang baik? Para pembaca blog mereka adalah dari kalangan stranger dan bukan dari kalangan blogger~!


Tidak semua orang menyukai kita. Especially, jika kita mendedahkan diri kita melalui blog kepada umum. Orang ramai akan muak..muak...dan..muak lagi...bukan mudah ya... kalau kita tiada pakej yang diperlukan. Abaikan sahaja. Kelak bila kita tersilap langkah, kesan emosi akibat dari penangan tersebut akan menggoyahkan prinsip dan asas kita. Percayalah kepada perkataan pendekar. Umpama Che Mat Gebu. Adakah blog beliau lebih dikenali daripada tuan blognya sendiri? Sudah pasti tidak bukan? Hehe... 

Jadi, untuk apa anda mempromosikan diri anda sendiri? Apa yang paling penting adalah blog anda~! Contents atau isi blog anda itulah yang paling penting~! Selain daripada itu, sila campak dalam gaung~!

Untuk kesekian kali, terima kasih buat bro Aie Darkbatman di atas jasa baik beliau. Thanks Bro~!


Sehingga itu. Salam Perjuangan dari pendekar. 


Semoga anda semakin bertambah ceria. Amin...



16 comments:

  1. merajuk dengan kau..SEO aku yg power biodata safee sali jer..=(

    ReplyDelete
  2. KENAPA YUYU TAK PERNAH TAHU PASAL seo???

    KUNO NYE t_t

    ReplyDelete
  3. menarik. nak try belajar bermain SEO lah :)

    ReplyDelete
  4. bestnya...nak cuba lain kali :)

    Entri Terkini : HACHI : A DOG'S STORY

    ReplyDelete
  5. Seronoknya tengok org bermain keyword SEO.. Kenapa Jai masih pening2..ha3

    ReplyDelete
  6. tahniah pendekar..

    mujur gak jz ada produk yang memang dicari setiap hari.. pendekar tak nak cuba promosi tonik buah pinggang bioherbs ke? kalau terjual melalui pendekar, jz kasi komisen.. macam belalang.. hehe..

    kalau berminat, gtau jz ye.. :) jz jarang buat tawaran ni tau.. pendekar orang ke2 selepas belalang.. selalu nak jual kena jadi agen n kluar modal tp utk belalang n pendekar.. f.o.c..

    ReplyDelete
  7. tahniah bro...dasyat la...huhuhu

    ReplyDelete
  8. bro pendekar tak nak kongsi sikit tips seo ke? heh

    ReplyDelete
  9. mcmane nk guna SEO tu ek..kat mane nk jumpe?ehe..sory, sy budak bt tau.. :)

    ReplyDelete
  10. Aah kan, SEO dtg dri strangger ni best...dieorg always cri..

    ReplyDelete
  11. ooohh..macam tu ya...saya x pernah tahu pulak ttg SEO ni...terima kasih sebab bagi ilmu baru.

    ReplyDelete
  12. sangat menarik, terima kasih

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda