Untuk kemenangan Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil Dun Tenang, Pendekar ucapkan tahniah. Namun tiada lebih penting daripada menyelamatkan pelajar-pelajar dan rakyat kita di MESIR~!
Isu pergolakan di Mesir telah menampakkan saat-saat yang lebih genting dan lebih mencabar buat rakyat-rakyat kita di sana khususnya bagi golongan pelajar. Sedang kerajaan Indonesia telah menghantar pesawat mereka ke Mesir untuk membawa pulang para pelajar mereka dari sana. Tetapi para pemimpin kita masih lagi bersikap tunggu dan lihat. Apa sudah tiada otakkah mereka ini? Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?
Kos membawa para pelajar kita itu tidak lah lebih tinggi daripada nilai NYAWA dan MARUAH mereka! Mereka ke sana dengan tujuan yang baik. Dengan tujuan yang mana kerajaan sendiri yang menghantar mereka ke sana! Jadi di sini, kerajaan SERATUS PERATUS bertanggungjawab ke atas keselamatan para pelajar kita di sana! Jika ada pemimpin yang mengatakan sebaliknya, baling saja mereka dengan kasut~! Atau lempang saja mereka~!
Para pelajar di sana mesti diutamakan keselamatannya. Kerana perkara tersebut di luar kawalan mereka. Makanya sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat kebanyakan. Mahu atau tidak. Suka atau tidak. Kerajaan mesti SEDAYA UPAYA untuk membawa pulang pelajar kita dari Mesir sehingga keadaan dijamin telah selamat dan tenang seperti mana kemenangan mereka di dalam pilihanraya kecil DUN Tenang yang telang membazirkan tidak sedikit wang rakyat demi menjamin konon demokrasi yang diperjuangkan.
Jangan kerana mahu senang berjoget-jogetan di dalam kelab dan hotel demi meraikan kemenangan kecil itu, anda mempertaruhkan nyawa para pelajar Malaysia di sana. Dosa anda kelak, tidak akan terampun sampai bila-bila. Pemimpin yang sebenarnya adalah mereka yang benar-benar berjuang untuk rakyat. Bukan yang memijak kepala rakyat demi keuntungan mereka~!
Kepada para blogger, sokonglah kempen membawa pulang para pelajar kita dari sana~! Hebahkan di seluruh alam blogger kita. Janganlah asyik dengan kisah cinta seronok kalian saja~! Memang bangsat kalau apa yang telah diberikan secara percuma kepada kalian, kalian tidak pergunakan dengan sebaiknya. Apalah yang kurang jika kalian cuma memberikan satu entry untuk menyokongnya?? Apa yang kurang~! Bilang pada pendekar~!
Jangan asyik syok sendiri saja~! Ayuh~! Jika benar kalian pewaris bangsa, HEBAHKAN KE SELURUH JAGAT RAYA~! BIAR MEREKA TAHU KITA PUNYA KUASA~!
Salam PERJUANGAN UNTUK ANDA dari PENDEKAR BERKUDA~!
Israel Menyokong Pemimpin Rejim Mesir! Mau Bukti Apa Lagi~??
Bermula Seminar Buat Duit Dengan Blog #SBDdB13
5 hours ago








huh,PB mmg brsmgt
ReplyDeletemmbuatkan daku turut brsmgt
yeah,slmtkan mrka!!
Sokong pendekar...dah buat entri dan link di blog saya....
ReplyDeleteKita risau dengan keadaan ini...tapi 'mereka'....?
Selamat hendaknya warga kita di sana..
ReplyDeleteI pray everything is over soon. Ameen~
smoga slmat semuanya kt sana..
ReplyDeletep/s: seperti ada rancangan jaat serupa blaku kt bosnia dulu.. msih ingat?
bagus bro semangat..gua pun rasa risau orang Malaysia kat sana..
ReplyDeletestujudgn pendekar. pelik benar dengan kerajaan ni, kalau ada bab pembangkang ni ada isu panas cpat je kan bertindak semua. tp rakayat n pelajar malaysia kat sana amcam acuh x acuh je.mm
ReplyDeleteSEGMEN TRICK : CARA MENINGKATKAN KELAJUAN INTERNET ( LOADING PAGE) SEBANYAK 20%
Subhanallah..
ReplyDeleteSemalam JR telah buat satu entry khas mengenai pelajar Malaysia di Mesir ni.
ReplyDeleteJR rasa kerajaan kita bukan jenis kerajaan yang sensetif dengan suara rakyat. Kita hanya berkokok lepas semua bulu kena cabut, buat apa...dah terlambat!!
Kerajaan memang tak sensitif dengan suara rakyat. Kalau kerajaan sensitif tak kan mereka naikkan harga petrol selepas rakyat membantu memenangkan calon parti kerajaan di Tenang??
@JR Shoppe
ReplyDeleteitulah JR... sangat bengkak hati dengan kerenah pemimpin atasan ni...
kalau boleh bagi pelempang, memang dah bawak orang pergi lempang mereka ramai-ramai...
risau bila mengenang nasib rkyat Malayusia yg ada kat sana ..
ReplyDeleteSmge mereka sume slamat .. amin .
pelik jugak dengan kerajaan msia ni. bile melibatkan yahudi takut kemain lagi.
ReplyDelete