Friday, February 4, 2011

SIAPA BLOGGER TAK PERCAYA KEPADA BLOGWALKING TU ?? BAWA KE SINI~!


Assalamualaikum dan selamat pagi buat sekalian penghuni bumi maya dan jagat raya~!
Hehe.. Anda sekalian sihat? Pasti ada yang menantikan entry pendekar bukan? Dan pasti ada juga yang ingin meminta pendapat dan pandangan pendekar tentang sesuatu isu. Terlebih dahulu, pendekar nak ucapkan selamat pagi kepada Kak Pah , yang masih setia memegang ekor kuda. Terima kasih kak pah~! Semoga kak pah sentiasa sihat. Amin. 

Kali ini pendekar nak bincangkan sedikit mengenai isu BLOGGER DAH MALAS BERBLOGWALKING? yang dibangkitkan oleh Tuan Penasihat (TP). Siapakah TP ini? Anda kenal-kenal lah dengan beliau ya. Mari sini pendekar mahu berkongsi sedikit perasaan dan pengetahuan bersama anda sekalian berkaitan isu ini ya.

Hmm...dari mana hendak pendekar mulakan ya. Any idea~? Cheewwaaahh... speaking terjojol la kaw ni  pendekar... Miyahahaha~! 

Okay-okay...abaikan ayat segala sengal di atas. Mari kita huraikan isu ini. Blogwalking itu apa? Pasti dah ramai yang tahu bukan? Namun blogwalking yang sebenarnya bukanlah hanya bermaksud dengan meninggalkan jejak di kotak jerit sahaja. Tetapi merangkumi lebih daripada itu. Nak tahu kenapa? Istilah blogwalking itu sendiri adalah manifestasi daripada keinginan blogger untuk berkenal-kenalan sesama mereka di samping pada masa yang sama mencari ilmu ataupun berita dari satu blog ke satu blog, dari satu site ke satu site.

Umpama kita berjalan berhari raya (*ambil contoh CNY ni ya*) dari satu rumah ke satu rumah. Dan kita jemput pula tuan rumah datang ke blog kita. Jika mereka sudi, kita pasti akan rasa dihargai bukan? Jika mereka tidak datang kembali, itu bukan bermakna mereka tidak mahu ataupun sombong. Terdapat banyak sebab-musabab yang mungkin menyebabkan mereka tidak dapat membalas kembali kunjungan anda. Betul tidak? Bersangka baik itu bukankah lebih baik kan sekalian?

Blogwalking itu kini adalah traffic + ilmu + ukhwah. Jika kita berblogwalking dengan jujur dan ikhlas. Tiada sebabnya si tuan rumah tidak sudi untuk berkunjung kembali ke blog kita. Tidak begitu teman? Tanyalah kepada sesiapapun yang masih bergantung kepada blogwalking untuk menjana trafik harian mereka. Adakah mereka ini sebegitu sombong sehingga tidak membalas jejak kunjungan para blogger lain? Sudah pasti ramai yang akan hentak keyboard menafikannya..Tak percaya? Hehehe...seperti biasa...PERCAYALAH...lalalala~!
sumber : KENAPA BLOGWALKING ITU BEST??
Untuk memeriahkan kotak shoutbox anda kembali, andalah yang seharusnya bertindak terlebih dahulu. Bagaimana caranya? Pergilah berblogwalking di mana-mana. Jeritkan sahaja di SHOUTBOX mereka.. Jeritkan di merata-rata~! Kerana jika anda menunggu orang lain untuk melakukannya. Anda tidak akan tahu bilakah masanya mereka itu lapang. InsyaALLAH, jika anda istiqamah dengan perbuatan anda, tiada sebabnya kotak jerit anda tidak semeriah dulu. 

Untuk yang sudah jarang berblogwalking? Kebanyakannya adalah blogger-blogger tegar yang pengikutnya sudah ribu-riban. Mereka mungkin punya sebab tersendiri. Antaranya? Mari sini baca senarai di bawah ya.. hehe..

  1. Mood blogging dah tak ada. Entry di update pun macam melepas batuk di tangga.
  2. Follower dah banyak sangat. Sampaikan edit satu entry pun berduyun-duyun orang datang baca. Ambil saja Ben Ashaari sebagai contoh yang paling tepat. Mahupun blogger popular yang lain. Pendekar terkecuali. ekekeke...*nyorok belakang almari*..
  3. Kekangan masa. Hanya balas jejak pada yang menarik perhatian sahaja. Sebagai contoh, di tag, dipromote, dikritik, dijemput oleh tuan rumah dan sebagainya.
  4. Blogwalking mereka lebih kepada singgah di ruang komen tanpa meninggalkan jejak di shoutbox. Jadi, anda akan dapat lihat komen mereka di dalam entry tetapi tidak di shoutbox.
  5. Merasa mereka sudah popular. So, tanpa blogwalking pun mereka rasa trafik mereka takkan jatuh banyak sangat. Cukup dengan update entry sahaja dah memadai. Kebiasaannya blogger-blogger ini adalah blogger yang berpengaruh sebagai contoh, aizul marcello ataupun hanis zalikha.
  6. Masalah-masalah yang lain yang tidak dapat disenaraikan di sini. Sila tanya tuan punya badan. Hehe...
  7. Mungkin saja AUTO BW penyebab semangat mereka untuk berblogwalking sudah kurang. Siapa tahu kan?
  8. Mereka lebih menumpukan kepada Entry SEO, jadi lebih banyak masa untuk diluangkan kepada perkara lain seperti pekerjaan mereka.
Berblogwalking adalah cara untuk mempromosikan blog anda. Especially jika blog anda bukanlah seperti blog Ben Ashaari itu. Jika beliau menganjurkan segmen, banyak sahaja yang akan join. Dan secara automatik mempromosikan blognya kepada orang lain. hehe..serampang dua mata gitu...

Dan bagi pendekar pula, bukanlah niat pendekar tidak mahu berblogwalking. Tetapi pendekar punya masalah sendiri dan hanya rakan-rakan blogger yang terdekat sahaja yang tahu apakah masalah pendekar itu. InsyaALLAH, bila dah selesai masalah ini, pendekar akan kembali semula memeriahkan dunia blogwalking, blogrunning, blogensoting, blogjumping, blogswimming, blograngkaking, blogjogging dan bermacam-macam blog-ing lagilah...hehehehe~.

Untuk itu, pendekar sarankan jika anda masih belum stabil lagi dari segi trafik, sila berblogwalking dan mempromosikan blog anda ya sekalian. Kerana blog yang baik tanpa promosi ibarat makanan yang enak yang di jual di belakang bangunan kedai. Tiada siapa pun yang tahu kewujudannya jika tuan punya sendiri tidak mempromosikan kewujudan nya~!

Sehingga itu... pendekar akhiri pertanyaan itu di sini. Semoga Tuan Penasihat (TP) berpuas hati dengan penerangan pendekar ya...(^_^)...

Dan kepada blogger yang dah malas berblogwalking itu. Anda ada pendapat lain tak? Jom kongsi bersama-sama...(^_^)

26 comments:

  1. belalang bukan saje x BW sejak kebelakangan nih...malahan entry pun dah kurang update...hehehe...

    lepak forum ngan korang pun sudah jarang2.nanti2 mood dah ok belalang buat balik la semua hal yg belalang pernah buat dulu tu...

    ReplyDelete
  2. betul3x....tp kdg2 penyakit M mengatasi segalanya...termasuk diri sendiri...tp setiap kunjungan pasti akan di balas...:)

    ReplyDelete
  3. setuju.. blogwalking mmg perlu kowt. grrr..

    ReplyDelete
  4. kalau ikut cara saya, memang saya jarang sesangat sangat nya tinggalkan jejak kat shoutmix. saya lebih suka baca entry and then comment kalau perlu..

    dari situ saya dapat kenal lebih dgn kengkawan alam maya ni kan..

    ReplyDelete
  5. huhu...nak bw skang pun dah kureng..kekangan internet dan masa..

    sekadar luangkan masa nak update entri xnak bagi blog sunyi..

    ReplyDelete
  6. saya lebih menghargai BW yang meninggalkan komen

    ReplyDelete
  7. Salam...
    Kalau tak blogwalking, macam mana orang nak datang ke blog kita kan?
    Apa2 pun blogwalking mmg penting...

    ReplyDelete
  8. awak slalu BW tak??hik

    pdekatan sy..
    sy wajib jenguk org yg komen entri sy dn balas yg masuk shout sy..selebihnya jika ada kelapangan waktu dn kelajuan b.band yg maha hebat br sy jenguk yg lain..lalalalala~!

    selamat tengah hari mr prince

    ReplyDelete
  9. terima kasih PB :)
    miza pun masih memperkenalkan blog miza :)

    ReplyDelete
  10. blogwalking dan bermain teknik SEO perlu ada kalau nak trafik berpanjangan

    ReplyDelete
  11. berjalan untuk kesihatan walaupun hanya di blog..huhu

    ReplyDelete
  12. kalau fiq plak mmg suka blogwalking..
    dpt tmbh kwn2...
    hehehehe :)

    ReplyDelete
  13. owhh mmg bw itu sangat penting ^^

    recent post : |sape HAQ???|

    ReplyDelete
  14. aku kategori bz...apa bahasa melayu tadi ek..kekenyangan masa..hehe..

    BW yg best aku setuju leh cuci mata..hahaha..


    ko cuci la mata tgk heliza kt blog aku ok..lalala

    ReplyDelete
  15. busy kot nk BW.. kalau hari kerja.. malam jer la nk BW pon

    ReplyDelete
  16. betul2..jiran tak kenal kalau kita tak menjenguk.
    pagi musykil satu hal...ada message di shoutbox tapi tak de tunjuk qty di counter online. ada yg buat autoBW ke.

    ReplyDelete
  17. btol bagai di kata tu tuan pendekar.. mana yang sepatutnya di buat kita kena buat..mana yang tak yah buat jangan buat.. segala yang baik kita ikut segala yg buruk jadikan sempadan.. usaha doa tawakal..kalau dok diam mana nak dapat sesuatu yg kita idamkan..

    terbaek utk pendekar..

    ReplyDelete
  18. Salam Pendekar..tahniah sebab dah pakai domain..Pendekar la idola saya..saya nak jugak pakai domain..tapi bukan sekarang la sebab blog masih hijau bak dedaun..aiceh~ berpuisi plak..haha..btol cakap pendekar..blogwalking tu penting..tapi macam blog pendekar tak payah pun takpe..blog pendekar dah femes lorrr.. :)

    ReplyDelete
  19. ye lah pendekar...nak pegang tuannya takut menimbulkan fitnah pulak..jadi pegang ekor kudanya saja lah...apa2pun...kak pah rasa dah meningkat maju dlm berblog ni...sebab itulah kak pah masih setia dgn blogwalking...

    ReplyDelete
  20. jz kebetulan dah jarang BW kebelakangan ni.. bz sket.. lama tak jenguk pendekar.. dah berdomain pun. tahniah!

    g.a jz dah tutup.. nanti jz update berita lanjut. ilham nurry sedang sibuk menerima tempahan pelanggan.. maklumlah.. banyak kenduri kawin musim cuti ni.. :)

    ReplyDelete
  21. bukan malas tp kekangan masa..wuwuwuuwu..

    ReplyDelete
  22. fuuhhhhhh! dashat!
    pertama kali baca entri pendekar ni, kecut jugak TP. rasa macam TP pulak yang kena marah dengan pendekar.
    tapi setelah diulang beberapa kali, naik syok pulak.
    TP nak mengucapkan terima kasih pada pendekar kerana sudi berkongsi isu ini bersama TP dan telah memberi jawapannya sekali.
    tujuan utama TP bukanlah menyalahkan sesiapa, sebaliknya ia lebih menumpukan kepada diri kita sendiri.
    sekali lagi, terima kasih banyak2.

    ReplyDelete
  23. ahaa..gotcha! :)

    Backlink dari sini rupenye.. :) tq PB

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda