Sunday, February 20, 2011

SELIMUT MALAM


Selimut malam...
Menung aku di hampar langit...
Pada kerlipan bintang yang cemerlang...
Pada cahaya bulan yang terang benderang...


Selimut malam...
Tersingkap lewat indahnya alam...
Ciptaan Illah tanda sayang...
Buat insan yang berdendang...


Selimut malam...
Indah tidak terkata...
Lembut tiada tergambar...
Bagaikan sebuah ceritera cinta...
Yang tersingkap lewat indahnya suasana...


Dan aku..
Memohon indahnya hamparan selimut malam...
Buat memayungi indah hatinya...
Yang tercipta untuk insan yang memuja...
Akan indahnya bidadari yang tercipta...


Ya Tuhan...
Anugerahkanlah selimut malam buatnya...
Moga dia akan sentiasa bahagia...
Di bawah lembutnya belaian.... 
Selimut malam.....


Terimalah wahai kekasih...
Di hatiku hanya menyebut satu nama...
Meski dirimu jauh di sana...
Cinta ini tercipta lewat indahnya budi bahasa...
Pada malam ini....


Demikianlah...
Ku ungkapkan sebuah madah...
Lewat selimut malam yang memagar indah..
Lena sang puteri jauh di sana....


Terima kasih...
Moga dirimu akan mengerti...
Rasa hati di sini...


Prince of Knight

15 comments:

  1. ko cipta sendiri ke?
    leh wat lagu tuh;)

    ReplyDelete
  2. indahnya puisi ini~!!
    tersangat indah~!!

    tahniah buat insan dambaan pendekar tu~!!saya yakin dia pasti mengerti..

    ReplyDelete
  3. sangat2 puitis!
    saya suka..
    nite pendekar

    ReplyDelete
  4. berjiwa seni jugak rupenye.mmmmm..

    *saye pon baru hilang purse. syukur dah jumpe & kad2 penting selamat. semoga p'dekar dapat rezeki yg > besar lepas ni. Insya Allah..

    ReplyDelete
  5. salam

    selimut malam berwarna hijau..

    p/s: boleh tak emailkan ur adress ke pelangipagi2000@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. kau buat sendiri ker..gila tacing..

    ReplyDelete
  7. tuan pendekar..
    tajuk en3 ni wt rsa nk smbung tido laa.. tp best simple en3 ni ^^

    latest en3: ~ glob ajaib ~

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda