Tuesday, February 15, 2011

MACAM MANA NAK BUAT EMAIL SUBSCRIPTION PADA BLOG ?

Assalamualaikum sekalian. Pendekar minta maaf sebab tak update entry. Dan pendekar pasti ada yang kecewa. Maaf ya. Pendekar dah menghampakan anda. Sangat sedih sebenarnya... tapi... demi tidak mahu menghampakan anda, pendekar taip juga entry kali ini. Ini pun atas permintaan Kak Pah dan pendekar tak sanggup nak menghampakan permintaan mereka yang meminta tolong.

Untuk itu, terimalah TUTORIAL MACAM MANA NAK BUAT EMAIL SUBSCRIPTION PADA BLOG. Pendekar harap, tutorial ini akan membantu bukan sahaja Kak Pah tetapi anda sekalian. Dan tanpa membuang masa, mari kita mulakan. (^_^)

MACAM MANA NAK BUAT EMAIL SUBSCRIPTION PADA BLOG?

Pertama sekali, anda harus mendaftar dengan FeedBurner. Bagaimana mahu mendaftar? Klik saja pada link tersebut dan anda akan diberikan langkah-langkah untuk mendaftar.

Dah selesai daftar? Okay, sila ikuti langkah-langkah di bawah dan perhatikan dengan teliti ya. Kalau salah langkah, nanti akan ada error. jadi, sila baca dengan teliti langkah-langkah di bawah.

1. Pada website FeedBurner, Klik Myfeed seperti dalam gambar di bawah.

KLIK GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS.


2. Kemudian, akan melihat gambar seperti di bawah, ikuti langkah seterusnya.

KLIK GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN JELAS.


3. Ikuti pada petunjuk seperti di atas dan anda akan dapati gambar seperti di bawah.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS.

4. Selepas klik pada petunjuk di atas, anda akan lihat seperti dalam gambar di bawah.


5.Ikuti langkah di atas. Copy code seperti dalam gambar dan buka akaun blogger anda. Pergi ke DESIGN, kemudian Page Element dan ikuti langkah di bawah.


6. Selepas klik seperti dalam gambar di atas, akan muncul widget seperti di bawah.


7. Paste-kan code anda tadi seperti dalam gambar di atas. Dan klik SAVE. Kemudian, lihat blog anda. Akan keluar seperti di bawah.


8. Tadaaaa~!! Anda dah pun berjaya. Tahniah dan Syabas kepada diri anda sendiri. Mudah bukan?

Pendekar harap semoga tutorial ini akan membantu anda. Untuk kesekian kali. Maaf kepada anda sekalian jika pendekar agak jarang mengupdate entry. Maaf ya. Pendekar doakan anda semua berbahagia dan gembira. Doakan pendekar juga ya.

Terima kasihlah kepada Blog Bebas kerana sudi memberi pendekar gunakan laptop beliau.. (^_^)
Terima kasih kerana masih lagi sudi untuk menyokong pendekar berkelana di alam maya.

Sehingga itu, terima kasih dan salam perjuangan dari pendekar buat anda sekalian. (^_^)..

(*aku rindu dia...semoga dia tahu itu...*)

Jika anda suka, KONGSIKANLAH bersama rakan sekalian... (^_^)

11 comments:

  1. thank la bro,nak buat gak la.heheee

    ReplyDelete
  2. sharing is caring~!!

    tp dlm byk2, suka part bawah tu..
    (*aku rindu dia..semoga dia tahu itu~!!!)

    siapakah insan dambaan itu~!!!tahniah diucapkan kpdnya~!!...hehe

    ReplyDelete
  3. @Woofer - buatlah... Hehe...

    @jamiel - sama2...

    @qasehraihan - hehehe... Mudah2an...

    ReplyDelete
  4. aku mmg suka tutorial bergambar ni

    salam maulidurrasul,

    Terkini : Utusan Rasmi Dari Devilzc0de

    ReplyDelete
  5. terima kasih byk2..pendekar..akak akan cuba buat skrg jugak...Lepas ni..bolehlah akak cadangkan pd kwn2 bloggers yg nak buat benda ni...supaya pegi jer kat blog pendekar...ok...

    ReplyDelete
  6. cantekk!!!

    nak buat gak la nanti... ^_^

    ReplyDelete
  7. wah nice tutorial bro.. keep it up

    ReplyDelete
  8. bro..dtg sni,dah buat dah benda ni..ehheeee thank,info menarik ni..yahoooo

    ReplyDelete
  9. mmg bagus buat emel subscription ini.. di negara luar, mmg dorang ramai subcrib blog2 yg bagus utk ketinggalan entry yg terbaik

    ReplyDelete
  10. Subscription memang bagus untuk online marketing..

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda