Monday, February 7, 2011

KUASA BLOGGER - SESUNGGUHNYA BLOGGER ITU BERKUASA JIKA..

Assalamualaikum dan salam 1Dunia...

Kali ini mari kita berbicara mengenai KUASA BLOGGER. Apa yang perlu anda tahu tentang kuasa blogger. Jika anda seorang blogger, anda MESTI dan WAJIB untuk tahu mengenai perkara ini. Kenapa? Mari kita dalaminya dengan penuh semangat. Nyiahahahaa~!

Kuasa blogger, apa yang perlu kita tahu??
1. Blogger berkuasa untuk merubah sesuatu peristiwa. Sama ada menjadi benar ataupun tidak. Boleh sahaja blogger menyebarkan sesuatu yang palsu. Boleh juga blogger menyebarkan sesuatu yang benar. Semuanya bergantung kepada para blogger itu sendiri. 
2. Blogger bisa untuk menjatuhkan seseorang pemimpin. Seperti yang pernah terjadi di mana-mana. Contoh yang terbaik adalah apa yang terjadi kepada mantan PM kita. Jika anda tahu siapa. Juga boleh menjahamkan sesuatu perniagaan seperti yang dilakukan oleh Aidid Muaddib terhadap komuniti MLM negara especially peniaga gelang magnet yang terkenal itu. Huhuhu... Tabik SPRING sekijap.. Miyahahaha~! 
3. Blogger juga boleh merubah pendirian dan keputusan kerajaan seperti yang berlaku baru-baru ini di mana kerajaan telah mengambil tindakan untuk melakukan tugas menyelamat rakyat dan pelajar kita di Mesir. Jika bukan kerana blogger, isu ini sudah pasti akan dilengah-lengahkan. Syabas untuk anda wahai blogger~! 
4. Kuasa blogger boleh menyebabkan kerajaan bisa menarik sesuatu keputusan. Sebagai contohnya, jika kita gunakan kuasa blogger untuk meminta kerajaan menarik kembali kenaikan harga minyak, sudah pasti kita bisa~! Anda harus percaya itu~! Kerana kuasa yang ada pada para blogger sangat besar. Sehingga negara ini boleh ditentukan mahu jadi bagaimana jika kita mahu~! Tak percaya? Percayalah. *ambil sahaja contoh kenaikan harga minyak jika kita mahu*
5. Blogger juga boleh menyebabkan seseorang individu yang terlihat baik itu menjadi seburuk-buruk individu. Contoh yang terbaik adalah kes Fasha Sandha yang terbaru. Sehinggakan beliau terus terduduk, terdiam, terpaku akibat asakan tidak bertali arus oleh komuniti blogger yang gemarkan cerita-cerita panas lagi sensasi. 
6. Kuasa blogger juga boleh menyebabkan sesuatu organisasi itu lumpuh dan terus menjunam teruk asal sahaja kita punya kesepaduan suara. Kerana apa? Kerana suara kita akan di dengari di seluruh pelusuk dunia amnya dan negara khususnya~! 
7. Kuasa blogger jika diaplikasikan, akan menyebabkan sebarang tindakan pihak pemerintah terpaksa berfikir dengan sewajarnya terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika kita mahukan kerajaan menarik semula keputusan yang dilakukan sebelum ini dengan hujah-hujah yang bernas dan berfakta, maka sudah pasti tiada yang berani untuk mencabar hujah-hujah kita. Anda mesti percayakannya~! 
8. KEBERANIAN itu perlu untuk menjadikan komuniti blogger ini berkuasa. Bukan kuasa yang kita mahu sebagai sebuah pihak yang membuta tuli menghentam sesuatu isu tanpa kaji selidik, tetapi kuasa yang boleh kita gunakan untuk membawa kebaikan kepada seluruh masyarakat. Kerana itulah tanggungjawab sebenar sebagai blogger. Tanggungjawab kepada masyarakat. 
9. Komuniti blogger jika bersatu boleh mengecutkan mereka-mereka yang berbuat pemalsuan dan penipuan di dalam arena komuniti kita seperti yang pernah kita lakukan ketika isu BLOGWALKING PALSU sebelum ini.  
10. Kuasa blogger juga boleh membantu menyedarkan mereka-mereka yang masih tidur akan kuasa yang ada pada mereka. Dan kita telah buktikannya~! Telah berkali-kali kita buktikannya~! Jadi banggalah anda akan diri anda sendiri~! BANGGALAH~! Tiada yang akan marah~! Yeahahahahaha~! 
11. Kuasa blogger juga membantu memberikan penerangan yang sebaiknya kepada pihak khalayak pembaca yang pastinya akan disebar pula ke mana-mana~! Dan pasti akan lebih ramai lagi yang tersedar akan perkara yang mereka tidak tahu. PERCAYALAH~!
Di atas itu adalah senarai kuasa-kuasa blogger yang patut anda tahu. Jangan ingat blogger itu bersifat murahan cuma. Blogger itu sangat bernilai kerana tidak semua orang boleh menjadi blogger. Tidak semua orang boleh menulis dengan baik dan berlandaskan fakta~! Anda boleh sahaja punya blog. Tetapi anda masih belum layak digelar blogger sejati selagi penulisan anda adalah penulisan kanak-kanak riang-ria ribena~! Tahniah kepada mereka-mereka yang mempunyai penulisan yang baik sebagai blogger~! Merekalah KUASA BLOGGER YANG SEBENAR~!

Tetapi ingat, jangan sesekali menjadi blogger satu pihak~! Itu bukanlah blogger sejati. Tetapi jadilah blogger yang bersifat BERKECUALI. Di mana PRINSIP KEBENARAN adalah tunjang kita yang sejati~! Itulah blogger yang sebenar-benarnya BLOGGER SEJATI~!

Blogger sejati bukanlah blogger kerajaan, blogger UMNO, blogger PAS, blogger PKR, blogger POLITIK mahupun blogger yang menyokong sesuatu entiti secara mutlak. Blogger SEJATI adalah blogger yang berdiri di atas segalanya, tidak bersifat memihak dan BERDIRI TEGUH DI BAWAH TUNJANG KEBENARAN HAKIKI~! Itulah blogger yang SEJATI~! TABIK~!

Untuk itu, percayalah kepada KUASA BLOGGER yang anda miliki di atas kemudahan yang diberikan kepada anda. Kerana menjadi blogger adalah suatu keistimewaan yang tidak dapat dimiliki oleh orang lain~! Tak percaya? Percayalah dengan sesungguhnya pendekar tidak berdusta~!!

Sehingga itu, PERJUANGAN TETAPLAH MENJADI TUNJANG KITA~!

Salam perjuangan dari PENDEKAR BERKUDA~!

Allahu AKBAR. JazakALLAHu khairun~!

Kongsikan ini bersama rakan-rakan blogger kita sekalian...mereka juga harus dibangkitkan~!

24 comments:

  1. WAHHHHHHHHH
    mmg berkuasa ka blogger ni?
    hehe...best entry ko..
    =D

    ReplyDelete
  2. banyak lagi kuasa tu kalu kita selidik betul2...ye kan pendekar??

    ReplyDelete
  3. bukan kuasa jdi ukuran...
    pene itu setajam pedang...
    usah kuasa yg diimpikan
    hati yang baik takkan hilang

    blogger berkuasa jadi tajuk
    pB..buat karangan
    su datang bukan merajuk
    hati budi jadi kenangan

    Hati yang murnijadi ukuran
    Biar digelar Blogger jalanan
    blogger sekadar untuk hiburan
    itulah su manje amat idamkan

    Pendekar mati di dalam gelanggang
    matisebagai orang bermaruah
    sekarang bukan zaman bertegang
    rapatkan silaturahhim tingkatkan ukhwah...

    ~~~su manje~~

    ReplyDelete
  4. Pendekar, aku suka entri ko ni.. Four thumbs up!

    ReplyDelete
  5. aku blogger ribena kot..hahaha.., masih belajar lagi nie

    tapi kuasa blogger aku utk ngorat heliza..hihi

    ReplyDelete
  6. wahhh! berkuasa btoi blogger neyh kan! dasattt.

    nice entry. ^^,

    ReplyDelete
  7. Pendekar, teruskan perjuangan! Blogger perlu ikhlas dan jujur barulah komuniti lebih bermakna (specially merujuk kat #9).

    Tapi etika cepat dilumpuhkan bila masing-masing terkejar traffik dan BE saja sampai menggunakan taktik tipu :P

    Latest entry : Semakin ramai blogger gemar 'curi' trafik blog lain

    ReplyDelete
  8. Memang sesungguhnya kuasa blogger itu besar dan memberi impak kepada persekitaran atas sesuatu keadaan yang berlaku.

    ReplyDelete
  9. nak kata riang ria ribena...tua sgt dah kot...nak kata syok sendiri..pun dah tua..nak kata apa lagi??? sekadar boleh k-poh2 jer..

    ReplyDelete
  10. yeaahh! gua ade poweeerr.. power rot.. haha, hemoh hemoh

    ReplyDelete
  11. btul2..eyka suke entri ni..sokong!! heheXD

    ReplyDelete
  12. blogger juga dikenali sebagai pumbuli kini..huhu.LM pembuli top3 katanya..

    ReplyDelete
  13. salam..

    ada benarnya apa yang di tulis oleh pendekar.

    malah jangan lupa, ada blogger boleh jadi wakil rakyat. tulisannya bukan di baca oleh blogger, malah di kutip dan di papar kedalam surat khabar dan majalah. :)

    alma2paradise

    ReplyDelete
  14. Tiba2 rasa bersemangat gila bila baca entry ini. Betul..jadi blogger yg berpendirian tetap. Hidup blogger..

    Terbaru di SuaraSendiri
    Utama : Opps..baru ku tahu

    ReplyDelete
  15. tkut pulak rasanya nak jadi blogger ni..tkut jdi blogger syok sndri...heeee

    ReplyDelete
  16. wuahhh!!!nice info bro...idup kuasa blogger ngeee~

    ReplyDelete
  17. pernah terjadi x sume tu ye...hehee

    ReplyDelete
  18. masih blajar utk jd blogger itu

    ReplyDelete
  19. Huhuhu...entry yang menarik..sesungguhnya blogger memang berkuasa mengubah dunia sebab blogger lbih rapat dengan pembaca!

    apa2pun Mr.Hac a.k.a Mr.Rious memang dah terachon nak pakai domain sendiri...
    thanks la kepada PB sebab tolong rachon nohhh..:)

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum wbt.
    wahhhh...mcm tsunami entri pendekar berkuda kali ini. bersemangay sungguh. namun wajar ingat, tidak kiralah siapa, blogger, wartawan, penulis puisi, penulis lirik, penulis cerpen dll yadll yang sekawanan dengannya wajar ingat bahawa kita akan pergi menemui Illahi tapi apa yang kita tulis akan abadi& dibaca setiap hari. tulis yang baik-baik supaya ia tidak merosakkan alam kita disebelah sana.

    ingatkan aku juga.

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda