KHALID AL-WALID – PANGLIMA BERKUDA dan PEDANG ALLAH

Assalamualaikum sekalian. Bertemu lagi kita kan? Dan kali ini sempena hari Jumaat yang mulia ini, Pendekar nak berkongsi sedikit mengenai Siapakah Khalid Al-Walid ? Jika anda berjaya menjawab dengan tepat. Berbanggalah dengan diri anda. Tetapi jika tidak, MALULAH akan diri anda.

Apa yang pendekar nak kongsikan di sini adalah sedikit sejarah mengenai beliau yang belum anda tahu mahupun mungin juga pendekar masih belum tahu lagi. Mari kita baca.

Khalid Al-Walid merupakan sepupu Saidina Umar Al-Khatab.Sewaktu kecil lagi,mereka sering beradu tenaga melalui permainan gusti dan setiap kali perlawanan diadakan,Khalid sentiasa menjadi juara.Kehebatannya terserlah apabila dia berjaya mematahkan tangan Saidina Umar dalam satu perlawanan gusti, maka tidak hairanlah kalau Khalid dan Umar sangat disegani dan ditakuti oleh penduduk Makkah.

Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam.

     Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.

Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat hingga nyaris kalah.Bendera Islam yg pada mulanya dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid.Bendera Islam kemidiannya diambil alih oleh Jaafar bin Abu Thalib, beliau turut syahid.Maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada’. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walid pun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

 Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk menghapuskan golongan ,yg murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :“Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ”Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik”

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Nabi Palsu Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid Al-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : “Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing”

Mungkin saja petikan ini dialog di antara Khalid Al-Walid bersama Panglima Romawi bernama George ataupun mungkin saja bukan. Tetapi apa yang paling penting adalah isi dialog di bawah ini.

George bertanya lagi : “Apa yang kamu dakwahkan kepada umat manusia”

Khalid b Al-Walid menjelaskan :”Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam”

George seterusnya berkata : “Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?”

Khalid b Al-Walid menjawab : “Ya, itulah yang lebih utama”

George  berkata : “Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?”

Khalid b Al-Walid menjawab : “Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu

Saidina Khalid Al-Walid Saifullah bercita-cita untuk mati Syahid seperti kebanyakan pahlawan-pahlawan Islam yang lain. Namun hajatnya tidak pernah tertunai. Di mana-mana buku sejarah pahlawan Islam, pasti akan tertulis mengenai keluhan beliau ini. Namun jawapan sahabatnya amatlah menginsafkannya.

“Kau tidak boleh syahid,Khalid. Kau telah dilantik sebagai Pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”

Dan kata-kata Rasulullah itu PASTI. Rasulullah pernah bersabda :

“Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik”

Dan semestinya Pedang ALLAH tidak boleh patah di Medan Perang. Sesungguhnya Kegagahan, Keberanian, Keperkasaan, Kebijaksanaan beliaulah yang menjamin kemenangan berpihak kepada tentera ISLAM. Tiada perang yang tidak dimenanginya. Syahid yang di cari, tetapi kedudukan yang TINGGI menjadi miliknya di akhirat kelak. Tubuhnya telah penuh dengan parut akibat peperangan semasa kewafatan beliau. Al-Fatihah.

KATA-KATA KHALID AL WALID SEBELUM WAFAT

AKU TELAH BERPERANG LEBIH DARI SERATUS KALI DAN TIADA DI BADANKU WALAU PUN SEINCI KECUALI PADANYA PARUT DARI PUKULAN PEDANG, TUSUKAN PANAH DAN TIKAMAN TOMBAK, DAN INI LAH AKU, MATI DIATAS KATILKU. TIDAK AKAN TIDAK TIDUR LENA ORANG-ORANG YANG PENGECUT! “ 

Kata-kata di atas tertulis dan terpampang di dalam gambar di bawah ini. Di makan Khalid Al-Walid , Pedang Allah dan Panglima Perang Paling Berjaya Dalam Sejarah. Yang tidak pernah menempuh kekalahan di Medan Perang. Wallahua’lam.

Kata-kata Khalid Al-Walid sebelum wafat.
Makam Saidina Khalid Al-Walid di Syria
Pedang yang pernah digunakan oleh Saidina Khalid RA.

Pss~! : Ramai blogger yang sangat suka syok sendiri. Suka jadi famous amos, suka jadi popular, suka di puja puji, suka di pandang tinggi tapi bila bab budi dan jasa, KAU HARUS KU LEMPANG SAHAJA~! Mau??

Jadilah blogger yang tak pernah menjadikan POPULARITI sebagai satu CITA-CITA. Semuanya akan datang sendiri jika kita IKHLAS PADA DIRI…Tak percaya?? Percayalah~!

Sehingga itu… Salam Perjuangan dari Pendekar Berkuda…

Terima kasih kerana membaca~! (^_^)

sumber info : google
sumber gambar : google
sumber tak rasmi : google
sumber inspirasi isi : SINI

 

Carian Lain :

  • gambar pejuang islam berkuda (27)
  • tentera berkuda islam (20)
  • gambar pahlawan islam (15)
  • pejuang islam berkuda (14)
  • khalid al walid (13)
  • gambar pahlawan berkuda (12)
  • Pahlawan pedang allah (11)
  • kata kata pahlawan islam (9)
  • tentera berkuda (8)
  • gambar tentera islam berkuda (8)

Comments

  1. says

    bila membaca entri ni..tak dapat apa2 yg ingin saya katakan..terfikir semula..andai entri yg merapu byk pula aku merepek..bukanla diri tak mengenal Pahlawan Islam ni..Malah sewaktu sekolah dulu..sentiasa di ceritakan tentang pahlawan Islam yg berani ni..terima kasih pendekar berkuda..ia mengingat kan saya..bertapa jauh ye saya dr cerita2 agama skang ni..

  2. says

    wuahhh!!!suke sgt dengan en3 pndekar ni…perghhh!!camtu rupanya pedang saidina Khalid R.A…thanks pendekar…info yg berguna~

    *sal kontest krole tu..rasanya aritu krole da inform pendekar~?

  3. Anonymous says

    mntk share n downoad ap yg ptt..gmbr2 sngt mnarik…mntk dowload ye…tq..
    smoga Allah merahmatimu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge