Saturday, February 5, 2011

JANGANLAH SYOK SENDIRI.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia dan 1Dunia buat sekalian blogger dan para pembaca sekalian walau di mana jua anda berada..(^_^)

Pertama-tamanya pendekar nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana masih sudi lagi untuk menyinggah dan membaca entry di blog pendekar ini...Terima kasih ya sekalian..(^_^)..

Janganlah pelik jika pendekar bilang bahawa blog pendekar ini lebih mesra SEO..ehehe..nak tahu kenapa? kerana kebanyakan trafik blog ini datangnya dari entry permainan SEO selain daripada pengunjung setia yang sentiasa menggodek blog ini. Hehehe... Terima Kasih~! (^_^)...

Okay..okay...berlabik...opppss...berbalik kepada tajuk asal... Apa yang pendekar utarakan di sini adalah demi kebaikan anda dan juga pendekar sendiri. Kerana pendekar tidak pernah terfikir nak buat entry tanpa mempedulikan kebaikan yang akan diterima oleh khalayak pembaca. Kalau pendekar nak buat entry syok sendiri memang mudah sahaja. Pedulikan apa orang akan bilang tentang pendekar... Yang penting hati mau puas kan? Miyahahahaha~! Tolol~!

Jangan jadi blogger yang syok sendiri yang bila entrynya dikritik mulalah kata orang itu begitu begini. Itu salah~! Tetapi jadilah blogger yang tahu menilai kewajaran kritikan itu terlebih dahulu. Umpama kes yang baru sahaja berlaku kepada pendekar ni. Pendekar tak kisah kalau dia kritik cara pendekar komen. Tapi pendekar sangat kisah bila dia terang-terang cabar pendekar dalam entrynya. Terang-terang mention nama pendekar. Apa tujuannya berbuat sedemikian? Hanya dia yang tahu. Kerana pendekar sungguh tidak tahu niatnya. Sumpah~!

Kalau dia berbuat begitu hanya semata-mata mahukan trafik yang melimpah, silakanlah. Tapi janganlah nak burukkan nama blogger tersebut jika tidak melakukan kesalahan kepada bloggger lain melainkan memang benar-benar dia bersalah. Itu sifat orang yang suka cari publisiti murahan namanya. Dia bilang pendekar blogger hebat. So, jika dia kritik blogger hebat sebegitu rupa, apa tujuannya ya? Mesti ada sesuatu bukan?

Pendekar tidak kisah untuk dikritik. Tetapi biarlah kritikan itu yang kena pada tempatnya. Janganlah dicanang kepada seluruh dunia jika apa yang anda nak kritik itu hanya seorang individu cuma~! Itu sama sahaja tujuan nak mengaibkan. Dan pendekar benci sekali jika ada blogger bersikap seperti itu~!

Yang kedua. Anda bikin blog untuk syok sendiri atau nak orang lain baca? "Ini blog aku bukan blog bapak kau! Jadi peduli apa kau aku nak tulis apa pun~? " adalah perkataan segelintir blogger yang syok sendiri. Hei~! Kalau anda taknak kena kritik, taknak orang baca dan komen, sila pergi buat blog PRIVATE la der~! Toksah nak suruh incek Google indeks blog kau~! Jangan jadi hipokrit okay~!

Tiada blogger yang buat blog hanya nak sendiri baca melainkan mereka nak orang lain datang blog, baca-baca dan komen-komen. Siapa yang setuju angkat keciak~! Siapa yang tak setuju..toilet kat belakang...sila teriak-teriak di dalamnya okay?? huhuhuhu~!

Jadi sekalian. Blogger yang bagaimanakah anda? Tepuk tangan, sila komen sini~? Hehehe...

Sehingga itu...salam hati dan salam perjuangan...(^_^)...

19 comments:

  1. belum tengok pendekar main Polo lg... kita tgk kehebatan kuda si pendekar nih....hahaha!!!...=P

    ReplyDelete
  2. saya blogger tak tegar..eh.. tetiba...=P

    ReplyDelete
  3. Salam Sahabat, mmg pernah jumpa ayat "Ini blog aku bukan blog bapak kau! Jadi peduli apa kau aku nak tulis apa pun~? " mmg kasor giler ayatnya org nak buka blog pun naik mual :(
    New Entry "Nasi lemak buah keranji"

    ReplyDelete
  4. rilex bro.. lu jangan sangka buruk plak dkt dya.. just explain pun dh cukup.. org akn baca dan menilainye.. okey?

    salam perjuangan :)

    ReplyDelete
  5. relaks, dua2 hebat dalam berblogging.
    bagi aku biarlah kita yang follower ribu riban ni jadi contoh pada blogger2 baru kan.

    means, bila kita salah, kita minta maaf, bila kita tak salah, kita perlu jugak mintak maaf. :)

    toleransi tu sangat pentingd alam apa jua perkara kan?

    :) maafkan aku kalau bersalah.

    ReplyDelete
  6. apa apa pun... budi bahasa budaya kita (kot).

    cantik ar ayat ni " Kalau anda taknak kena kritik, taknak orang baca dan komen, sila pergi buat blog PRIVATE la der~

    Hehe..tak semua org suka dikritik dan tak semua org suka mengkritik.. tol x?

    eh! apa ak merepek ni..hoho

    p/s: orang berbudi kita berbahasa, orang kurang ajar. kita kena lagi la berbudi sebab nak kasi ajar sikit macam mana nak berbudi..kan/ kan? hehehehe

    ReplyDelete
  7. miyahahahaha~!ambik kaw lg sbijik..dush~!

    tp dh jd mcm xbestla..
    saling bermaafan boleh???

    peace no war (^_^)
    -gud nite-

    ReplyDelete
  8. orang berbudi kita berbahasa
    orang melayu sopan berkata
    su manje singgah tanpa bicara
    hanya komen penganti setia

    Pendekar mustar memang kelakar
    pendek dan baik orangnya
    antara blogger usah bercakar
    semua blogger tau apa niatnya

    komen pedas, komen berbisa
    tebal telinga kering hatinya
    kalau pendekar nak lawan juga
    samalah ia macam............


    Tujuan blogging cari sahabat
    dialam mayagunakan blog
    su manjeingin ramaikan sahabat
    itulah tujuan su manje berblog..

    pendekar dulu guna kudrat
    pendekar yang nie guna hati
    usahlah pendekar bertegang urat
    untuk kesejahteraan aman harmoni..

    su manje ini orang baru
    amat baru dalam di alam maya
    itulah cadangan dari su
    ikutkan rasa nanti binasa


    maaf dari su manje~~~~

    ReplyDelete
  9. incik pendekar nih, semakin hari semakin garang~ owhhh~

    ReplyDelete
  10. wahhh, idea yang mantap.. saya suka idea ni. thanx sharing..

    ReplyDelete
  11. klau private tuu, sndiri bca sndiri komen, hukk...

    latest en3: ~ special rabbit ~

    ReplyDelete
  12. mana yang baik jadi tauladan,yang buruk jadi sempadan..sentiasa ke sini cari cari idea..thanks

    ReplyDelete
  13. laaaa, ape la salahnye syok sendiri.miahahahaha

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda