Saturday, February 19, 2011

BLOG MESRA SEO : BAGAIMANA NAK MENDAPATKANNYA?

aAssalamualaikum sekalian, semoga anda sekalian sehat semuanya. Amin. Kali ini pendekar akan ajar anda yang ingin mendapatkan blog mesra SEO. Bagaimana dan dengan cara apa kita boleh mendapatkan blog yang mesra SEO ini? Mari kita belajar. Ingat ya. Ini cara pendekar. Mungkin tidak akan sama dengan cara orang lain. Jadi, terpulang kepada anda untuk memilih.


Apa Itu SEO ? Okay.. SEO ini bermaksud SEARCH ENGINE OPTIMIZATION. Klik link SINI untuk mendapatkan penerangan yang lebih meluas. Pendekar sudah penat melayan tuntutan blogger yang asyik minta di suap sahaja terus menerus sedangkan ilmu itu di hujung jari. Ilmu itu harus di cari~! Jika masih tak faham barulah tanya. Okay? Jika orang lain boleh buat. Adakah anda tidak boleh? Apa guna anda ada laptop dan talian internet jika anda tidak pandai memanfaatkannya?? Lebih baik anda jualkan saja kepada mereka yang lebih tahu menghargai.

Berkaitan dengan tajuk di atas, pendekar berikan kepada anda beberapa langkah yang paling best untuk mendapatkan blog mesra SEO. Kaedahnya adalah seperti di bawah.
  • Template Blog - template blog haruslah menepati kehendak enjin carian. Lebih kurang blog tersebut memiliki OUTBOND LINK, lebih mudah blog tersebut diakses oleh Google. Apa itu Outbond Link? Outbond link bermaksud aliran link keluar dari blog. Sebagai contoh, jika anda letakkan Feedjit di blog anda. Secara automatik, robot SEO akan mengindeks juga website asalnya. Jadi, robot tersebut akan mengambil masa yang lama untuk mengindeks blog anda sehingga habis.
  • Berat Blog - Blog yang ringan adalah lebih mesra SEO kerana robot SEO mengambil masa yang sebentar sahaja untuk mengindeks blog anda. Semakin berat blog anda. Semakin tidak mesra SEO blog anda. Sebagai contoh, berat blog dikira dengan kadar kiloBytes / kB yang mana jika anda mahukan blog anda lebih mesra SEO, pastikan blog anda mempunyai sekurang-kurangnya bawah daripada 100kB. Contoh blog yang paling ringan yang pendekar tahu adalah blog FaizalFredley.Com yang mana berat blognya cuma 25kB sahaja.
  • Coding HTML - Lebih banyak coding yang anda gunakan, lebih berat blog anda dan lebih sukar untuk robot SEO menghabiskan masa untuk mengindeks blog anda. Blog yang paling kurang coding html akan menang dalam pertandingan blog mesra SEO. Percayalah.
  • Keyword - Selepas faktor-faktor di atas dipenuhi, barulah anda boleh bermain dengan keyword. Anda perlu fikirkan keyword yang bagaimanakah yang akan ditaip oleh pengguna ataupun pencari di enjin carian. Anggapkan diri anda sendiri adalah pencari maklumat. Apakah yang anda akan cari? Contoh sesuai adalah seperti dalam gambar di bawah.

  • Isi Pada Rangkap Pertama - Ini perkara yang paling penting yang selalu anda lupa. Padahal perkara inilah yang paling penting dalam permainan SEO anda untuk mendapatkan trafik dari enjin carian. Apabila blog anda di indeks dan keyword tersebut mengena, maka secara automatik blog anda akan berada di carta teratas SERP (Search Engine Ranking Page) Google.
  • Tag / Kategori - Ini yang kedua paling penting selepas paragraf di atas. Tag / Label memainkan peranan penting sekiranya entry anda tidak mengandungi paragraf seperti yang pendekar sebutkan di atas.
  • Meta Tag - Cara tambahan untuk membolehkan blog anda diindeks dengan lebih kerap oleh robot SEO. Kebanyakan blogger-blogger SEO amat mahir dalam permainan meta tag. Bagaimana hendak membikin meta tag akan pendekar terangkan di entry yang akan datang.
Okay... yang di atas adalah beberapa cara yang paling penting untuk membolehkan blog anda mendapat keutamaan dalam enjin carian Google. Iaitu bagaimana untuk mendapatkan blog mesra SEO. Jika anda berminat dengan permainan SEO, anda harus dan wajib untuk memahami etika permainan SEO ini. Biarlah tidak popular asalkan anda bisa mengalahkan blogger-blogger famous dalam pengejaran trafik SEO.

Contoh yang paling dekat adalah blogger ezy4u.org. Follower blog beliau cuma 89 sahaja. Tetapi selalu berada di atas ranking SERP.Pendekar tabik spring kepada beliau.

Tetapi, apa-apapun, meski banyak mana trafik SEO itu tiadalah lebih penting daripada beramah-mesra dengan pengunjung-pengunjung blog kita. Tidak begitu teman-teman??

Jika anda TAK SUKA, JANGAN TEKAN LIKE~!

40 comments:

  1. info yang bagus ni bro...bila baca entri ni lebih2 lagi faham pasal BLOG MESRA SEO ni...terima kasih byk2 ya :)

    Entri Terkini : Tanpa Kekasihku

    ReplyDelete
  2. entri menarik! wee! mahu timbang berat blog. ingatkan manusia je ade berat. kehkeh!

    Entri Terkini : Antara Fatwa Lain Perlu Dikuatkuasa Secara Serius Oleh JAKIM

    ReplyDelete
  3. Thnaks info SEO yang hampir mendalam buat semua blogger untuk di kongsikan ..keep it up...

    ReplyDelete
  4. Salam PB, saya sokong.. sehebat mana pun SEO blog kita kalau tak ramah tak manknanya. Kadang org tahu rumah kita, tapi kalau tuan rumah tak mesra alam tak best juga :)
    Jom Singgah "Ke Blog akuanakpahang :) "

    ReplyDelete
  5. salam...SEO untuk sessebuah blog ini sgtlah penting.Lebih2 lagi jika kita ingin dapatkan trafik dari search engine..Teknik SEO ini adalah berganda2 lebih bagus berbanding blogwalking..korang jgk leh refer kat blog sy mengenai seo ini .. http://2dayblogger.com

    ReplyDelete
  6. wahh info yang menarik.. baru faham kepentingan seo..;)

    ReplyDelete
  7. thanks pendekar 4 sharing this info..

    ReplyDelete
  8. uikss ada bert2nya pulak..
    mesti blog sy ni lagi bert dr berat sy..hahaha

    bgs pdekar ni..xkedekut ilmu..well done~!!

    ReplyDelete
  9. Trm kasih di ats info yg dberi.

    ReplyDelete
  10. perkongsian menarik..hehe..cayalah pendekar berkuda!!..

    ReplyDelete
  11. tenkiu bro.. akhirnya baru gua fham SEo nih ape.. :)

    ReplyDelete
  12. macam mana blog FF boleh sebegitu ringan?


    musykil+jeles=nak jugak..

    ReplyDelete
  13. Pendekar berkuda..
    Terima kasih info yang baik untuk akak kongsi.

    ReplyDelete
  14. meta tag, keyword posting mmg wajib ada kat blog sebab itu antara salah satu elemen untuk memancing spider bot dari ejen carian datang ke blog kita

    Terkini : Ikan Berkepala Buaya

    ReplyDelete
  15. syabas pendekar..teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  16. @Faisal

    orang dah pakai WP mana boleh nak compare dengan orang yang masih pakai blogger... huhu... tapi... banyak faktor bila dikira, WP pun takkan ke mana nya...

    ReplyDelete
  17. @qasehraihan

    berat la jugak daripada tak berat... rasanya manusia lebih berat dari blog kot...

    ReplyDelete
  18. @APi

    Ntah.. Aku sendiri pun pelik... huhu...

    ReplyDelete
  19. @Sharifah nor

    Masih mencuba... terimakasih sebab sudi sokong Pendekar kak pah~! huhu...

    ReplyDelete
  20. @suffer8zine

    yang pertama sekali aku nak buat adalah ringankanblog.. hoho...

    ReplyDelete
  21. Pendekar aku ada soklan..

    Adakah Pagerank blog mempengaruhi entri kita untuk keluar kat SERP?

    Contohnya, katakanlah keyword 'facebook' masuk rising search google insights.. Jadi aku dengan pendekar buat entri dengan keyword 'facebook'..

    Katakanlah pendekar punya pagerank blog ialah 3 manakala aku punya kosong..

    Jadi adakah pendekar punya entri akan masuk kat page depan serp sedangkan keyword yang aku gunakan lagi tepat jumlah dia?

    ReplyDelete
  22. @- Kid -

    Google ni agak pelik sikit... tiada orang tahu bagaimana sebenarnya google menyusun tentang blog-blog yang layak berada dalam SERP.

    Satu yang paling penting, misal kata blog anda PR0 dan blog pendekar PR3 tetapi jika ranking alexa anda lebih tinggi daripada pendekar. Atas sebab di atas, maka blog anda akan lebih mempunyai kebarangkalian untuk berada dalam SERP di ranking teratas. Jika anda lihat dalam gambar di atas, Pagerank blog pendekar masih lagi telur ayam semasa pendekar screenshot gambar tersebut....

    Permainan SEO sangat membantu anda jika anda mempunyai alexa rank yang lebih baik... Tak percaya?? Percayalah...

    ReplyDelete
  23. bab seo ni tahu sedikit je aku ni..selalu gak bace..tp nak praktikkan tu susah skit..nice entri bro..lps ni bole tgk mne yg perlu d perbaiki lg...

    ReplyDelete
  24. @Pendekar Berkuda

    Oh jadi situlah kepentingan ranking alexa ek.. Barulah aku tahu kenapa entri yang aku khaskan untuk keluar kat page depan SERP tewas.. Lagi-lagi kalau aku guna keyword yang ramai guna..

    Nak try guna keyword yang ramai guna sebab aku dah boring guna keyword yang kurang pesaing.. Trafik tu ada tapi ckit je

    ReplyDelete
  25. @- Kid -

    memang betul... kena pastikan trafik tu dulu...

    sebelum trafik stabil, jangan main keyword yang sama dengan orang lain... main keyword yang jarang orang keluarkan.... bagi google letak kat first page dulu... bila dah selalu masuk first page... maka entry yang lain pun akan jadi keutamaan google...

    ReplyDelete
  26. ooooooooooooo (sambil tenganga..) sebab baru faham sedikit sebanyk, dok dengar blogger bercerita tentang nya.. tapi tak berapa paham.. betul la tu ilmu sekarang leh dapat hanya di hujung jari.. tinggal tekan tak tekan je..

    salam singgah jalan jalan sini.. :)

    ReplyDelete
  27. tak paham sepatah haram pasal seo ni yg tahu sal keyword tu je hehe..tapi setiap hari de je kata kekunci yg org cari ..tu ke seo haha

    ReplyDelete
  28. selalu tak reti nak teka org nk cri ape...:)
    keyword tk menjadi..keh2

    ReplyDelete
  29. terbaik..tapidlm coding luq byk suna script!

    ReplyDelete
  30. salam, terbaik ilmu yang diberikan, memang sebelum tidak tahu pun,,,, thank

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda