Wednesday, February 2, 2011

APA ITU BLOGGER? TANGGUNGJAWAB BLOGGER, ADAKAH ANDA TAHU?

Assalamualaikum sekalian. Bertemu lagi kita di sini. Ramai juga yang menantikan entry baru daripada pendekar ya. Hmm... Maaflah jika pendekar mengecewakan anda dua tiga hari ini ya sekalian. Pendekar tidak lagi mengupdate blog sekerap sebelum ini. Dan pendekar mengerti itu. Kali ini, biarkanlah kita bincangkan sedikit mengenai apa itu blogger dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang blogger. Adakah anda tahu itu?? Pasti ramai yang akan menggeleng kepala. So, marilah kita sama-sama belajar erti menjadi seorang blogger.

APA ITU BLOGGER?

Blogger pada asalnya adalah mereka-mereka yang mempunyai tempat untuk menulis sesuatu di internet sama ada bersifat curahan perasaan, diari, karya penulisan, ilmu-ilmu dan sebagainya di atas platform blogger.com... Kerana kewujudan platform blogger inilah, makanya, semakin ramai yang menggunakan istilah blogger untuk menggelar diri mereka apabila mereka memiliki akaun di mana-mana platform lain selain daripada blogger.com.

Pendekar terlebih dahulu mempunyai akaun di blog.friendster.com tidak lama dahulu sebelum sudah agak lama tidak mengupdatenya. Sesiapa yang mengenali pendekar di friendster, pasti akan tahu blog tersebut kerana blog itu masih wujud lagi. Hehe...

Dan jika anda seorang yang sudah bergelar blogger, terutamanya anda sudah bergelar blogger tegar, secara automatiknya anda terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang blogger. Di sini pendekar senaraikan beberapa tanggungjawab yang sepatutnya anda ambil pengajaran dan peringatan ke atasnya.

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI BLOGGER

Menjadi blogger itu mudah sahaja. Asalkan anda boleh membuat akaun di blogger.com, wordpress.com tumblr.com ataupun mana-mana platform yang menyediakan kemudahan seperti ini sudah cukup untuk anda bergelar blogger. Tetapi, ya, tetapi, tanggungjawab sebagai blogger itulah yang seharusnya malah wajib untuk anda tahu sebelum anda benar-benar layak untuk digelar blogger sejati.

Di sini ingin pendekar tekankan bahawa biar sepopular manapun anda, biar sefamous manapun anda, biar setinggi manapun trafik blog anda, selagi anda tidak memahami tanggungjawab sebagai seorang blogger, lupakan sahaja bahawa anda adalah blogger sejati. Di sini pendekar senaraikan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi oleh blogger untuk menjadi panduan dan pedoman anda di kemudian hari kelak.
1.Tidak sesekali menyebarkan aib saudara seagama dengan memasukkan gambar, image, video mahupun nama mereka di dalam blog apabila telah terbukti bahawa mereka itu melakukan kesalahan yang melibatkan antara mereka dengan Tuhan mereka. Perkara ini terkecuali apabila mereka melakukan kesalahan di antara manusia. Kerana kesalahan sesama manusia lebih daripada wajib untuk disebarkan kerana keburukannya yang NYATA~!

2. Tidak sesekali bersifat memihak kepada sesuatu pertubuhan, persatuan dan orang perseorangan di atas sesuatu isu kerana boleh jadi pihak yang satu lagi lebih baik daripada pihak lain.

3. Tidak sesekali ego jika benar telah salah dalam membuat sebarang komen atau pandangan. Mereka wajib untuk mengaku kesalahan sendiri. Jika mahu diri dihormati, belajarlah untuk menghormati orang lain.

4. Tidak memihak kepada kerajaan ataupun pembangkang secara membuta-tuli sehinggakan segala yang disuap leh pihak-pihak tersebut di sumbat terus dalam kepala otak tanpa menyelidiki kebenarannya.

5. Berusaha untuk menyajikan entry-entry yang bersifat lebih kepada ilmu dan pengetahuan. Jangan asyik fikirkan entry artis berbikini sahaja. Semua itu boleh menjerumuskan blog anda kepada blog murahan. Kerana kandungannya pun kandungan murahan. Setuju tidak?

6. Jika menghentam, pastikan bahawa anda tahu siapakah yang anda hentam. Anda perlu tahu adab untuk mengawal rasa marah. Jangan takut untuk menyuarakan kebenaran jika anda tahu bahawa anda berdiri di landasan yang tepat dan benar. Tiada yang akan berani mengganggu gugat anda jika anda BERANI KERANA BENAR.

7. Berjuanglah untuk kebajikan masyarakat, jangan berjuang untuk kebajikan diri sendiri untuk mengejar trafik, follower, duit nuffnang, innity dan sebagainya kerana semua itu akan datang sendiri di atas keikhlasan yang anda letakkan di jalan ini.
Yang di atas itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan peringatan untuk anda menjadi seorang blogger yang layak untuk dihormati pandangan dan pendapat anda. Jangan takut untuk menyuarakan kebenaran~! Jika anda benar, pendekar akan sentiasa menyokong anda. Dan anda pun tahu tidak sedikit yang berdiri di belakang pendekar ini. Mereka sama-sama punya hati dan naluri.

Pendekar adalah anggota FORUM ATAS BAWAH. Siapa yang jadi ahli, sila diamkan perkara ini ya. Kita sama-sama berjuang di atas landasan untuk mencari kebenaran. Hanya masa yang akan menentukanyya~!

Sehingga itu, salam perjuangan dari PENDEKAR BERKUDA...(^_^)

23 comments:

  1. PENDEKARRRRR t_t

    WUUUUUU! YUYU KENA DENGAN BLOGGER TAK BERTANGGUNG JAWAP...

    MAKI YUYU KAT SHOUTBOX...

    ReplyDelete
  2. thanks pendekar! :D zai nk wat oral BI pasal ni nnti =)

    ReplyDelete
  3. fuuhh...
    smoga aku x trmasuk dlm kalangan blogger yg x spatutnya jd blogger.

    ReplyDelete
  4. alhamdullillah....telah mengingatkan...terima kasih.....;)

    ReplyDelete
  5. @Hishyamuddin

    sama-sama...
    sekadar berkongsi sahaja...
    mudah-mudahan mendapat pengajaran bersama...

    ReplyDelete
  6. arghhhhhhhh...Semangatku berkobar-kobar..akan aku usahakan untuk menepati 7 tanggunjawab yg diamanatkan oleh pendekar. Oleh itu wahai pendekar, jenguk2 la blog saya. saya budak baru nak berblog. kasi tunjuk ajar ye..mekaseh..hehe

    ReplyDelete
  7. wahai pendekar berkuda. sila jenguk blog saya. kalau ada yg tak betul saya akan keluarkan sebab saya ada guna cikit nama pendekar kuda n blog pendekar kuda.

    ReplyDelete
  8. Thanks...sharing post maut....ekekkekek

    ReplyDelete
  9. slm pendekar..

    thank mengingtkn,jika ada slh silap sila tegur sy dgn cara berhemah..insyaallah sy dgr^^

    peace^^

    ReplyDelete
  10. congrts,dear..
    awk tetap berada dlm 'trade mark' awk..

    ReplyDelete
  11. betol3!!
    cik ana pun sokong blogger yg BETUL2 BLOGGER!!
    barulah bleh dilabel BLOGGER GLOKAL!!

    recent post : |PILIH KASIH perlu ke???|

    ReplyDelete
  12. nice info pendekar..TQ sharing..

    ReplyDelete
  13. sayang FAB byk mencela menyindir,mata masing2 dah dikelabui oleh perjuangan yang berlainan,padahal yang kita hendak cuma satu.hmm

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda