Thursday, February 24, 2011

AKHIRNYA~! TERIMA KASIH WAHAI "DIA"

Assalamualaikum wahai anda..anda dan anda~! Ya~! Anda~! Bertemu lagi kita dengan kelajuan kaki kuda yang sebenarnya... Pendekar sarankan untuk anda menepuk kembali kehangatan dunia blogger~! Kerana dengan ini diumumkan secara rasminya bahawa...

PENDEKAR BERKUDA TELAH KEMBALI~!!!

Terimalah kepantasan edisi baru Pendekar Berkuda ini dengan seluas-luas fikiran hati anda~! Kerana anda pasti akan terus dan terus terpana akan kehebatan Seni Pendekar Berkuda yang akan mula mengepak sayap kudanya ke arena maya~!

Dan damailah dikau wahai permaisuri.. Kamu di sana pasti akan sentiasa di hati.. Percayalah~! Dan terima kasih kepada "dia" untuk segalanya.. Sungguh "dia" itu sangat istimewa.. Dan percayalah jika pendekar bisa memeluknya.. ingin pendekar dakap dia seerat-eratnya~! Terima kasih yang setulusnya dari jiwa pendekar buat anda wahai "dia"~!

Dan terimalah juga... Pencak Puisi ini pendekar cipta demi mengungkapkan rahsia hati yang tidak terhingga kepadnya... Terimalah ini wahai "dia"... ku ciptakan puisi ini buatmu yang tercipta...

Di Balik Pinggir Kali

Sebuah kisah penuh misteri..
Akan hilangnya sinar pelangi...
Yang pernah mekar dalam taman hati..
Oleh kerana hidup yang tak mampu ku hadapi...

Namun dia...
Datang bersama senyuman...
Menghadiahkan diri ketenangan...
Pada bibit-bibit senyum yang terhampar...
Menawarkan akan sebuah pertolongan...

Aku dan dia...
Terpisah oleh satu hijab...
Pada sekelumit rasa yang tak terungkap...
Namun datangnya dia penuh bahagia...
Membikin aku ingin bersorak gembira~!

Percayalah...
Budi ini tidak akan ku lupa...
Sehingga roh di hujung nyawa...
Kerana kamu tercipta...
Untuk aku yang memuja...
Tulusnya hati insan manusia....

Terima kasih wahai "dia"...
Moga kamu akan gembira lagi...
Menikmati akan indahnya seni...
Yang kucipta lewat ketik jari...
Buat jiwa-jiwa di alam ini...

Terima Kasih.....Untuk Segalanya....

Dariku,
Pendekar Berkuda...

Dan untuk anda sekalian... Sedialah untuk ku gempur arena maya ini sekali lagi...
Percayalah... Kamu pasti akan terpesona lagi...
Pada langkah kuda yang aku lakarkan... Pada bicara bisu yang aku terakan...

TERIMALAH~! KERANA SENI PENDEKAR BERKUDA TIADA DUA~!

12 comments:

  1. PB ingin memeluknya?kejarlah dia..peluk erat2,jika si dia buat dirimu bahagia , jgn biarkan dia hilang dr pandangan matamu.

    ReplyDelete
  2. ASSALAM'KUM PB SELAMAT KEMBALI :) SAYA MMG MENANTI SOKMO KEHADIRAN PB :) SEMOGA DATANG DGN PENUH SEGAK BERGAYA SEPENUH ILMU DIDADA, YANG MANA YANG BAIK KONGSIKANLAH DENGAN HAMBA :)
    Jom Singgah "Ke Blog akuanakpahang :) "

    ReplyDelete
  3. aritu pendekar g bertapakan? memantapkan ilmu d dada lagi...
    hahaha

    welcome back bro!

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali dan selamat mengganas dengan kuntumnya...he3

    ReplyDelete
  5. wah..pendekar dah kembali eeeaaaaa....;)
    kasi semangat sikit....
    andai dapat kuhentikan laju badai
    yang menghadang perjalanan awan
    jauh didalam dasar jiwa
    tak akan pernah terhapus namamu
    yang telah memberi daya dalam hidupku<-----telah kukatakan kau adalah antara semangatku kan kan...;)
    salam hati pendekar,

    ReplyDelete
  6. pb, sila fhamkan ak.. apekah ini??? hahah

    ReplyDelete
  7. selamat kembali di persada... kudaku lari gagah berani

    ReplyDelete
  8. sekarang tukar nama..
    Pendekar Berkuda Belang..
    hahaha...

    ReplyDelete
  9. selamat kembali..
    tahniah kerna anda bertemu dengan insan yang tulus...usah kecewakn hatinya..:-P

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda