Wednesday, January 5, 2011

Yuna Paling Style [ Stailista] 2010 ??


Mengikut laman web hiburan yang kepoh-mepoh, Murai.Com , penyanyi bertudung yang meledak dengan lagu ala-ala manja gitu, Dan Sebenarnya, Yuna adalah artis yang paling stailista (stylo-mylo-lylo-stitch) 2010...  
KUALA LUMPUR 29 DISEMBER 2010: Perjalanan dunia hiburan tanah air tidak akan berwarna-warni jika tidak diserikan dengan kehadiran bintang-bintang yang bijak bergaya.
Jika beberapa tahun lalu, kredibiliti penyanyi dan sosialit popular, Camelia sering diangkat sebagai ikon fesyen yang berjaya menyemarakkan permaidani merah mahupun acara penuh trendy, namun ketiadaan si cantik manis dari bumi Sarawak itu bagaimanapun sudah ada penggantinya.
Kemunculan penyanyi remaja bertudung litup, Yuna bagaikan transisi fesyen positif di kalangan penggemar industri muzik tempatan sealiran dengan bakat nyanyiannya yang semakin menyerlahkan sirnanya.
Imej serta identiti Yuna berseri nan mewangi, malah tidak konvensional. Imej bertudung gadis ini punyai gaya tersendiri, malah dia bijak mengalunkan gaya dan cara bagaikan alunan muzik mendayu yang sering dilagukannya dikala gundah.
Jarang sekali insan yang berjaya menggabungkan citarasa muslimah ke dalam persona moden. Meskipun moden, pemilihan Yuna masih pada persalinan longgar yang sama sekali tidak menjolok mata.
Eh...baguslah kalau betul mereka menyokong pemakaian sopan macam ni.. sejuk sikit mata memandang... bukan seksa lagi menyiksa dengan segala seluar-sendat-skirt-ketat-menayang-pa****-segala tu... Sekurang-kurangnya mereka-mereka yang kononnya fashionasta (??) ni memuji penampilan Yuna yang lengkap bertudung tu... 

Namun pendekar bukannya nak gembar-gemburkan sangat pasal Yuna ni. Namun pendekar nak kondem sikit orang yang mengaku diri dia moden sangat sampai boleh cipta istilah bahasa sesuka hati dia?? Wow...sasterawan negara pun kalah tau abang-abang kakak-kakak sekalian.. 

Hari demi hari kerosakan bahasa dan budaya semakin parah...jika perkara ini tidak kita rawat, nantikan sajalah akibatnya nanti.. Jangan terkejut kalau ayah nanti dipanggil dedi, mak = mami, atuk = grenpa, nenek = greni/grenma?? kalau kat sekolah pula, sekolah = skul, buku = buk? , papan hitam = blekbod ?? pereka fesyen = fesyener ?? 

Oh.. bagi orang moden semua ini biasa saja kan?? sebab nak menampakkan diri itu seribu tahun ke depan. padahal pemikiran sejuta tahun ke belakang... alahai...

 Kredit Gambar : FlyFm.Com.My

12 comments:

  1. yuna..yuna...suke die gayakan cm hana tajima tu...

    ReplyDelete
  2. yuna and hana tajima! love both! :)

    ReplyDelete
  3. ikut suka je pendek2 kan word tue..

    ReplyDelete
  4. Prinsip leh berubah janji periuk nasik tak terusik.....apa2 hal lagu yuna sedap......

    ReplyDelete
  5. @i am S!L4H..

    memang elegan saja tengok dia dalam temuramah di Wanita Hari Ini kelmarin. Hehehe~

    ReplyDelete
  6. @Sharifah nor

    betul tu kak... bahasa bukan setakat jiwa bangsa.. malah melambangkan bangsa. Tanpa bahasa, bangsa itu tiada identiti.. ibarat parasit yang menumpang pada pokok.

    ReplyDelete
  7. @irwanpauzi

    prinsip boleh berubah? kalau perubahan itu ke arah yang baik tak apa..

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda