![]() |
| Sekadar Gambar Hiasan...(^_^) |
Kisah ini bermula semasa aku di Tingkatan 1. Dan kisahnya juga cukup setakat di situ sahaja. Oleh kerana aku merupakan seorang yang pemalu. Seperti biasa, perasaan itu hanya bermain di dalam hati sahaja. Tidak terluahkan. Hanya aku seorang sahaja yang tahu akan kisah ini. Mungkin juga dia turut merasakannya. Kerana aku yakin itu. Cuma sahaja aku bukanlah seseorang yang boleh meluahkan perasaan aku sesuka hati. Hanya permainan mata dan bahasa badan sahaja yang memungkinkan luahan perasaan ku diketahui olehnya.
Berbalik kepada kisah. Dia, yang ku namakan sebagai Siau Wai adalah gadis yang telah menarik minat aku dalam diam. Dia tidaklah cantik sangat. Tapi kerana kepintarannya dan kebijaksanaan yang dimilikinya, aku terpegun dalam diam. Dan kebanyakan gadis yang aku minati semasa usia remaja adalah mereka-mereka yang dikategorikan sebagai pintar. Yang tak pintar, jangan harap aku nak pandang. Hatta kalau mereka ini cantik sekalipun. Hehe~. Aku pun tak tahu kenapa? Kau tahu tak? Tak? Okay. Dok diam-diam di situ. Nyiahahaha~!
Di dalam kelas itu, hanya dia sahaja yang aku respect. Yang aku kagum kerana kepintarannya, dia selalu menduduki tempat pertama di dalam kelas. Aku ini hanya tergolong dalam kategori gagal lah juga. Ini semua kerana aku tak pernah lulus Subjek English sebelum ujian pertengahan tahun, meskipun bilangan A aku adalah yang terbanyak daripada yang diperolehi oleh para pelajar di kelas itu. Malu sungguh~! Hehehe~.
Namun aku gandakan usaha untuk meluluskan diri dalam subjek bahasa asing ini. Dan akhirnya aku berjaya juga lulus subjek pembunuh ini. Namun aku tak dapat A satu apa. Cuma B semua yang lain tu. Aduuhhh~! Terus pergi no.4. Dan sekali lagi ujian, aku dapat 3A di samping subjek pembunuh itu lulus, automatik aku di kedudukan pertama. Nyiahahahaha~! Kesian dengan gadis yang aku minati itu. Terpaksa turun ke bawah buat pertama kali. Adesh~!
Aku hanya berpeluang berbicara dengannya hanya apabila peperiksaan akhir tahun telah habis. Dia yang menyapa aku. Bertanya berapa markah aku untuk ujian Matematik. Haha~! Segan betul. Maklumlah. Aku kan pemalu dengan perempuan. Ini fakta. Tapi dulu lah yea.. Sekarang ni tak lagi..tapi adalah siki-sikit... Ahaks..
Dan kisah itu hanya berakhir setakat itu jugalah. Sebuah kisah klasik zaman hingusan aku. Tatkala belajar apa itu erti meminati seseorang.
Aku naik ke kelas yang pertama selepas itu, dan dia naik kelas yang ke dua walaupun aku hanya mendapat tempat ke 4 dalam ujian akhir tahun tersebut. Tapi bak kata cikgu kelas aku dalam ulasan buku laporan " Tahniah, ada potensi untuk lebih cemerlang~" Nyihahahaha~!
Sekian, terima kasih kerana membaca.
Aku akan teruskan kisah ini, kisah aku semasa di Tingkatan 2 pula nanti...hehehe~! Ada amoi lagi yea sekalian. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membaca sebuah kisah klasik dari masa silam Pendekar Berkuda~! Nyiahahahahaha~!








erkk ngan amoi la pulak diberi hati tu ?hehe
ReplyDeletedulu rupa akak memang macam cina...tapi akak bukan lah gadis itu...miyahahahaaa..
ReplyDeleteaikk!! bru nk mas0k f2 ke?? Ta0n bilerr naek f2??
ReplyDelete