Tuesday, January 4, 2011

Persatuan Portal Kreatif Malaysia Dilancarkan !

 Sejarah sekali lagi tercatat di Malaysia apabila Persatuan Portal Kreatif Malaysia dilancarkan oleh Presiden Persatuan Portal Kreatif Malaysia, Syed Mohamed Benyahya, di Sungai Penchala semalam. Berikut adalah petikan akhbar pelancaran Persatuan Portal Kreatif Malaysia.
PERSATUAN Portal Kreatif Malaysia (PORTAL KREATIF) yang baru dilancarkan di Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini, mempelawa penggiat dan peminat seni kreatif untuk menyertainya dalam mengembangkan bakat kreatif mereka, sekali gus memperluas agenda seni kreatif negara.

Presidennya, Syed Mohamed Benyahya, berkata persatuannya tidak mengehadkan keahlian dalam bidang seni kreatif tertentu, sebaliknya mengiktiraf kreativiti yang dimiliki semua individu dalam bidang masing-masing
“Ada di antara kami yang terbabit dalam bidang perfileman, tarian, penulisan, grafik komputer, sukan menembak dan seni silat, tetapi kami bergabung kerana memahami bidang yang kami ceburi memerlukan kreativiti untuk berjaya. 
“Setakat ini keahlian kami seramai 60 anggota dan menjangkakan jumlah itu akan bertambah dengan adanya promosi termasuk melalui Facebook dan laman web,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran PORTAL KREATIF.
 Sumber : Berita Harian Online

Semoga dengan pelancaran ini, karyawan-karyawan seni kreatif akan lebih mampu bergerak ke hadapan. Pendekar tidak terkecuali. Hehe~~...Laman Portal Kreatif ini bisa ditemukan di Facebook dengan keyword " portal kreatif " .... Jom ramai-ramai Like dan Join... lalala~~...

 

2 comments:

  1. salam

    kadangkala, hobi juga boleh menambah rezeki kalau kita melakukannya dengan setulus hati.

    jom..kita semarakkan portal tu. kalau kak ct lupe..ingat2kan ye..kak ct dah tua..mudah lupa gamaknya.

    ReplyDelete
  2. nice info! join... tengs ye 'dik pen dekar' syg bangat share info

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda