Tuesday, January 25, 2011

Pelajar Histeria Jilat Darah Sendiri - Tak Sangka Di Bekas Sekolah Pendekar Jadi Macam Ni~!

Assalamuaalaikum sekalian. 
Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Kali ini pendekar nak kongsikan sedikit mengenai berita muka depan Kosmo hari ini. Berita bertajuk "Pelajar histeria jilat darah, ugut bunuh diri dengan terjun bangunan sekolah" adalah berita yang sangat2 memeranjatkan pendekar.

Bukan apa, membaca tajuk berita tersebut, pendekar tak ambil pusing sangat tetapi apabila terbaca perenggan bahawa kejadian tersebut berlaku di bekas sekolah tempat Pendekar menimba ilmu suatu waktu dahulu memang sangat memeranjatkan pendekar. Bukan kerana kes histeria itu yang menjadi santapan pendekar. Tetapi hakikat bahawa perkara seperti itu berlaku di bekas sekolah pendekar memang lebih menarik perhatian.

Dulu, di sekolah inilah pendekar belajar selok-belok menjadi seorang manusia. Seorang pelajar yang cuba untuk mendapatkan ilmu yang diajarkan. Pendekar masih ingat lagi pengetua sekolah pendekar ketika itu, Puan Minah Binti Hamzah dan juga Penolong Kanan, Puan Hajah Fatimah Binti Mohd Yunus. Meskipun pengetua sekolah adalah seorang wanita, tetapi, kredibiliti yang ada pada beliau sangatlah mengagumkan ramai orang. Pendekar masih ingat lagi betapa meriahnya dan betapa gembiranya pendekar mencipta kenangan di sana satu ketika dahulu memang sukar untuk dilupakan.


Logo sekolah, "Akhlak Membentuk Manusia" adalah cogan kata sekolah kami. Cogan kata yang kami junjung setinggi mana. Cogan kata yang kami patuh akannya. Tapi kini. Cogan kata ini telah tercemar dengan banyaknya kes keburukan yang berlaku di sekolah ini. Tidak sedikit kes-kes melibatkan pelajar sekolah yang telah pendekar dengar. Pendekar sangat sedih untuk memberitahu hakikatnya.



Di sekolah ini lah pendekar menuntut ilmu satu ketika dahulu. 5 Tahun pendekar habiskan di sini. Dari Tingkatan 1 hingga tamat SPM. Di sekolah inilah pendekar mencipta kenangan. Kadang-kadang mengajar erti perasaan. Mengajar erti menghormati orang. Segalanya bermula di sini. 



Untuk itu, pendekar harap suatu hari nanti, sekolah ini akan menjadi lebih baik daripada apa yang didapati sekarang ini. Kerana pendekar sangat sayang akan sekolah ini. Setiap hari jika ingin ke bandar, pendekar wajib lalu di hadapan sekolah ini. Jadi, kepada guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Temerloh, pendekar doakan anda sekalian sentiasa gembira dan sukacita untuk terus mencipta kenangan di sekolah ini ya.

Sebelum mengakhiri helaian lembaran kalam maya ini, izinkan pendekar mempersembahkan lagu sekolah untuk tatapan anda sekalian...


Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh
Nama diberi kepadanya
Cogan kata yang kami patuh
Akhlak membentuk manusia..


Bendera sekolah sungguh megah berkibar
Melahirkan pemimpin baru
Guru-guru dan pelajar
Bersatu bergerak maju


Rukun Negara kami amalkan
Ke arah perpaduan
Rakyat bersatu negara aman
Menuju satu haluan


Mari lah kita bersatu tenaga
Untuk membentuk budaya bangsa


Pelajar bersatu cita
Supaya tetap berjaya~~~~....


Alangkah rindunya saat bersama rakan-rakan di sekolah dahulu. Jika bisa diputarkan masa. Pendekar mahu sekali lagi mengalaminya.... Anda pula bagaimana??

Jika Suka Silalah LIKE..(^_^)

16 comments:

  1. rindu nak berdiri depan sekali mase perhimpunan T_T

    ReplyDelete
  2. ooo.encik PB sekolah temerloh ke..hehe..

    tp kan..sekolah Pahang mmg femes ek suka masuk paper psl histeria..aritu kt tanjung lumpur..huhu

    ReplyDelete
  3. Laaa... Sekolah kat Temerloh awok yaa... Behh la dok sana, boleh makan patin masak tempoyak hari2... hehe..

    Org kena histeria ni mmg tak sedar apa yg dia buat... Akak bnyk gak pengalaman tgk org kena serangan ni.. tp takde la lagi sampai jilat2 darah ni.. Paling2 pun dorang menjerit sampai terselak kain... huhuhu... Sian dorang...

    ReplyDelete
  4. stress sgt kott..akut akut..hehe
    ooo.dia skolah ni..gud2

    ReplyDelete
  5. org temerloh ke?? mmg byk jadi di sekolah2. kena hafal ayat kursi ni..

    ReplyDelete
  6. Rindu nya waktu ponteng ponteng kelas dulu dulu. Hahaha :D

    ReplyDelete
  7. hish tak kan smpai bunuh diri.. dasyat betul...

    ReplyDelete
  8. pelajar ABS ke ?? nape leh kene histeria ?? Mesti klua malam nie :) hehe Blog Bebas

    ReplyDelete
  9. Aku teringat dulu cerita histeria jugak, kalau tak silap kat sekolah Padang Tengku K. Lipis, diceritakan kalau kejadian histeria berlaku, budak yang kena tu akan panjat pokok apa tah tinggi kat padang sekolah, lepas tu terjun bawah. Dengar cerita dulu ada yg mati, lepas tu pokok tu terus kena tebang, tak nak bagi budak panjat. Entah betul tak, tak tau ler.

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda