Friday, January 28, 2011

Maaf dan Terima Kasih Pendekar Ucapkan Kepada Anda...

Salam persahabatan penuh ikhlas daripada pendekar berkuda. Semoga anda sekalian sentiasa sehat dan bahagia.. Di sini pendekar mahu meminta maaf dan juga mahu berterima kasih kepada anda yang sudi untuk datang ke blog pendekar yang tidak seberapa ini.

Pasti ada di kalangan anda yang selalu sahaja menanti entry baru daripada pendekar kan? Bukan pendekar tak mahu. Tetapi pendekar punya sedikit masalah untuk diselesaikan. Dan juga buat pengetahuan anda. Pendekar tidak lagi punya kemudahan untuk mengupdate entry. Serius, pendekar update entry ini pun dengan meminjam laptop si blogger Blog Bebas. terima kasih lah pendekar ucapkan kepada beliau. Anda boleh terjah blog beliau yang penuh informasi itu di SINI...

Okay, berbalik kepada asal. Pendekar mahukan anda semua sentiasa sihat dan ceria. Jangan dirunsingkan apa masalah. Kerana pendekar akan sentiasa bersama anda. Meski bukan dalam masa terdekat ini. Tapi pendekar mahu anda tahu bahawa anda semua sangat istimewa di dalam mata pendekar. Ingat ya.(^_^)

Dan jika anda melihat entry baru pendekar selepas ini, itu bukanlah bermaksud bahawa pendekar ada di hadapan komputer. ketika itu. Entry tersebut adalah entry autopublish. Melainkan jika pendekar terangkan sebaliknya. Terima kasih di atas sokongan anda sekalian ya..

Dan pendekar nak beritahu kepada mereka-mereka yang kecewa kerana tidak mendapat tempat ke MRSM, SBP, Tawaran Biasiswa KPM mahupun yang lain-lain, kuatkanlah hati dan semangat anda. Semua itu bukannya penutup di atas segalanya. Pendekar mahu anda tabah. Jangan sampai ada yang mahu  bunuh diri pula kerana tidak mendapat tempat ke SBP... Kalau betul mahu bunuh diri, datang depan pendekar, biar pendekar tikam... Jadi anda takkan digelar membunuh diri tetapi dibunuh.. Dosa pun tak dapat malah pahala pula anda dapat... Mau?? 

Dan terima kasih kepada blogger FaizalFredley.Com serta LM dan sekalian blogger sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pendekar. Jasa kalian takkan pendekar lupakan. Terima kasih ya...(^_^)

Sehingga itu, sambutlah salam kasih sayang penuh ikhlas persahabatan daripada Pendekar Berkuda.

8 comments:

  1. tak kira la autopublish ke apa ke,janji pendekar update entry dah cukup^^hehee

    moga ibu pendekar sht2 selalu.amin3

    ReplyDelete
  2. dah subscribe melalui email..bila2 masa di mana saja..akak boleh baca n3 pendekar..tak kiralah autopublish ke..entry lama ke...asalkan pendekar jgn tinggalkan blog ni..sebab matlamat akak utk lihat pendekar menjadi B** wanna be..OK..

    ReplyDelete
  3. salm ziarah bace entr disini em.....
    nanak komen pasal post tak de mood
    singgah up traffik je...

    ReplyDelete
  4. terima kasih pendekar kerana telah mempromote link blog ku..hehehe.. btw pendekar jgn risau. setiap kjadian ad hikmah nya tersendiri :) semoga pendekar akan kekal aktif mcm dulu Sumber Informasi Rare Anda

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah pasti ada masa terluang nnt untuk meneruskan penulisan di blog ni~

    ReplyDelete
  6. pendekar nak gi mana?
    lady baru jer nak mula aktif balik berblog..
    jenguk ke teratak pendekar, pendekar lak xde :(..
    sedih tulla..
    selalu jer hilangkan diri..

    ReplyDelete
  7. harap semuanya okay ye pendekar.

    ReplyDelete
  8. terima kaseh saudare..saya terbace entry saudare mengenai autoblogwalking..memandangkan saya masih baru,tidak mengetahui mengenainye..dan memakainye sekali..terima kaseh membuka mata saye..ade entry mengenainya saya postkan pada minggu lepas..dan maaf saya pada semua..tq pendekar..;)

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda