Sunday, January 9, 2011

Letak Iklan Pada Blog ? Status Glitterati Hilang Tak ?

Assalamualaikum sekalian.. Bertemu lagi kita. (^_^)..

Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi menjengah ke mari. Walaupun blog pendekar ini bukanlah blog yang digemari. Namun pendekar nak kongsikan juga info mengenai Dunia Blog. Sesiapa yang mahu tahu mengenai dunia blog, seharusnya belajar selok-belok mengenainya terlebih dahulu.

Seorang rakan blogger, telah bertanya kepada hamba mengenai bagaimana nak minimum trafik yang diperlukan untuk promosikan blog kita kepada orang lain bagi mereka meletakkan iklan? Dan adakah iklan, iklan yang diletakkan itu akan menjejaskan status glitterati yang kita miliki?

Baiklah di sini pendekar akan jawab pertanyaan beliau. Semuanya mengikut pemahaman pendekar. Jika ada yang tersalah itu, lebih baik bertanya kepada yang empunya tuan okay?

 TRAFIK UNTUK PROPOSAL IKLAN 
Trafik ini memainkan peranan yang sangat penting dalam proposal iklan anda. Kerana pengiklan mementingkan aliran trafik yang tinggi ke blog anda, Contohnya, 200- ribu2 sehari.  Yang itu adalah penting untuk diberikan perhatian. Kerana jika trafik anda hanya sedikit sahaja, kebarangkalian untuk iklan mereka di klik dan dilihat amatlah kecil. 

Untuk iklan RM5 sebulan misalnya, tidak perlulah trafik mencanak sehingga riban2...cukuplah dalam 100-200 hits sehari.. Nama pun iklan murah kan? 100-200 tu dah memadai untuk RM5 Sebulan. Lainlah kalau blog tu blog popular macam blog Denai Hati, Ariffshah mahupun Dahlia's Journal. Yang tu kalau letak RM25 ke atas sebulan pun orang nak sanggup tau.... Hehehe~!

Kebiasannya, iklan-iklan ini sesuai di ambil oleh blogger-blogger baru yang mahu mempromosikan blognya yang baru sahaja di lancarkan. Usah takut. Promosi anda bukannya free. Berbayar. Jadi amatlah berbaloi jika anda promosikan blog anda melalui iklan-iklan ini bagi menarik trafik dan pembaca ke blog anda. Kesannya sangatlah tinggi especially jika anda meletakkan iklan anda di blog yang aliran trafiknya adalah tinggi seperti Blog Cik Fatin, Che Mat Gebu, sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh. Ingat ya, pelaburan anda di jamin berbaloi katakawwwww ~!!! Hehehe~!

  KEHILANGAN STATUS GLITTERATI JIKA LETAK IKLAN
Status Glitterati adalah status yang diberikan oleh pihak Nuffnang kepada para blogger yang bernaung di bawahnya yang hanya mempromosikan iklan daripada pihak Nuffnang sahaja. Jika terdapat iklan daripada Company lain lebih daripada 4 hari bermain di blog mereka, automatik, status tersebut akan dilucutkan pada hari ke-4 selepas hari pertama iklan tersebut dikesan.
Tetapi...ya...tetapi kehilangan ini hanya akan berlaku sekiranya blogger tersebut meletakkan iklan daripada YouthSays, Innity, Advertlet dan mana-mana syarikat pengiklanan maya yang berdaftar di Malaysia. Status ini tidak akan terjejas jika anda meletakkan iklan daripada orang perseorangan mahupun syarikat persendirian. Umpama banner contest yang selalu anda letakkan di sudut sidebar anda. Seperti yang dilihat oleh pihak nuffnang jika anda meletakkan iklan-iklan yang lain yang bukan daripada syarikat-syarikat yang disebutkan di atas tadi.
Jadi, pendekar harap penjelasan ini berguna kepada anda ya. Selamat menjana pendapatan kepada yang mahu duit lebih dengan blog... Hehehe~!

Sekian, terima kasih kerana membaca~! (^_^)

7 comments:

  1. tuan pendekar..
    trima ksih yg x terhingga atas perkongsian ilmu ini ^^

    sy perlu rujukan seperti ini b4 proceed langkah seterusnya ^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih kongsi info ni...

    ReplyDelete
  3. salam...maceh info ni.sy pn owg baru gak.. bru je follow anda ni

    ReplyDelete
  4. aq dah letak iklan says.my tapi x jejas apa2 pun?

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ilmu. Buat masa sekarang putera masih setia dengan nuffnang jer walaupun tak dapat BE

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda