Wednesday, January 5, 2011

Kepantasan VS Kebijaksanaan

Kepantasan VS Kebijaksanaan. Mana yang lebih kalian mahu? Kepantasan adalah caranya jika anda mahu cepat sampai. Namun tanpa kebijaksanaan, kepantasan itu tiada guna. Kenapa pendekar bilang seperti itu? Kerana kebijaksanaan itulah yang membolehkan anda menjadi lebih pantas. Malah lebih cepat sampai ke tempat tujuan tanpa perlu menghadapi rintangan yang besar. 

Umpama seorang pelari yang memiliki kepantasan kaki, jika dia hanya tahu berlari tanpa mengambil kira teknik-teknik larian yang betul, kesannya terhadap kaki beliau boleh di fikirkan sendiri. Kebijaksanaan untuk mengaplikasikan teknik larian yang betul, setting masa yang tepat, bila harus membuat pecutan terakhir, dan bila harus berlari perlahan. Supaya dia boleh sampai ke garisan penamat, menjadi juara, tanpa cedera, dan tanpa perlu mennggunakan kuasa yang maksimum.

Begitulah juga dalam dunia blogging, pertama sekali sebelum anda memecut adalah dengan mempelajari teknik-teknik yang betul, memahami bila anda perlu memecut, kepantasan untuk mencium sebarang halangan yang mungkin anda hadapi..

Dan begitulah yang pendekar lakukan dalam sebarang entry permainan SEO. Bukan mudah untuk melakukannya jika anda tidak punya kebijaksanaan dalam melakukannya. Namun pendekar gunakan segala saluran yang mungkin perlu untuk membolehkan pendekar menjadi juara di tempat pertama tanpa perlu bersusah payah mempromosikannya dari blog ke blog.

Update : keyword "muet result 2010" , "muet result" dan "keputusan muet 2010/2011" telah meledakkan trafik ke blog pendekar kali ini. 1000 UVs tidak mustahil untuk didapati hari ini... pageviews setakat ini adalah 1710 semasa entry ini ditulis. 

Seni Permainan SEO, menjamin trafik ke blog anda. Percayalah.
Sekian. Terima kasih kerana membaca...(^_^)...

7 comments:

  1. dua2 itu perlu kena sama rata huhu penting tu

    ReplyDelete
  2. tidak mengharap soal SEO nih..sbb..masih banyak benda yg nak belajar..

    ReplyDelete
  3. ermm..kene selalu up to date la ek?
    kalo x mne nk taw latest news nye ape kan?

    ReplyDelete
  4. @efa

    honestly... memang itupun maksud pendekar...tapi jika lebih kebijaksanaan daripada kepantasan.... lebih bagus kan?? hehe~~

    ReplyDelete
  5. @Sharifah nor

    belajar dulu tak apa... bukannya kita kena mati pun kalau nak belajar...hehehe~~

    ReplyDelete
  6. @Bulan

    haah...especially kalau keyword itu orang cari...hehehe~~

    ReplyDelete
  7. cayalah pendekar,..jom memecut naik kuda,hehee slmt mlm^^

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda