Tuesday, January 4, 2011

Bukan Mudah Bermain Dengan SEO Kalau Malas

Assalamualaikum sekalian...

Terima kasih kerana masih sudi lagi bersama-sama pendekar. Kita masing-masing punya tujuan sendiri untuk berblogging. Namun sedikit sebanyak kita perlu tahu bahawa jika tanpa niat yang betul, kekuatan mental dan kesabaran yang tinggi, maka setiap usaha kita dalam dunia blog ini hanyalah sia-sia... okay?? boleh faham tu?

Ramai yang mahu belajar tentang SEO... ramai yang mahu bikin entry SEO. Namun berapa kerat yang mahu mendapatkan trafik SEO ini dengan kewajaran anda sendiri? Yang pentingnya dalam permainan SEO ini adalah kepantasan. Kepantasan untuk mencium berita. Kemudian mengaplikasikannya semahu anda. Bukan mudah untuk anda mendapatkan capaian di Page 1 enjin carian jika anda tidak memiliki kepantasan. Meskipun anda membuat entry yang sama. Namun nasihat pendekar, anda mesti pantas dan lebih dulu dari orang lain untuk menyajikannya kepada khalayak. 

Pendekar dah buat. Pendekar dah amalkan. Entry SEO yang paling latest pendekar adalah, " Permohonan Biasiswa KPM 2011 " dan " Karam Singh Walia Menghina Melayu ?? " ...keyword itu masih lagi berlegar-legar di statistik. Bukan mudah jika melakukannya tanpa kepantasan. Kerana jika anda terlambat. Entry yang anda bikin hanyalah sia-sia sahaja.

Selepas ini, pendekar akan berikan anda Tips SEO yang lain. Bagaimana untuk kekal di tempat teratas selepas ditendang jauh ke bawah. Di sinilah kekuatan dan keajaiban yang perlu anda tahu. Jika anda pintar. Anda sendiri yang akan menikmati kejayaannya.. Percayalah..

Sekian. Terima kasih kerana membaca..(^_^)

5 comments:

  1. salam..sebut pasal KPM rasa kecewa...sebab student pend. Islam xleh mohon...kecewa sggh...

    ReplyDelete
  2. nice entry

    keep it up

    p/s : jom komen sini

    http://officialaenlicious.blogspot.com/2010/12/contest-fesyen-untuk-semua.html

    wish me luck taw

    thanks

    :)

    ReplyDelete
  3. ellen happy sebab sedang bercinta ngan CEO..hahahhaaa....

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda