Mudahnya bukan?? Hehe...entahlah..tak tahu nak jawab apa dah...masing-masing orang lain cara pemikiran.. Tapi kat sini bukannya tentang isu shoutbox itu semata-mata. Takkanlah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar?? Senang macam tu ke?? Adesh~!
Pendekar berikan anda pengetahuan kenapa sebenarnya ShoutBox itu penting dalam entry ini - LINK. Tapi apa yang pendekar nak perangi di sini adalah penipuan ! Ianya bukan tentang shoutbox semata-mata. Tetapi lebih kepada sikap anda sendiri yang suka menipu orang. Fikir-fikirkanlah perasaan orang yang telah anda tipu itu.. Siap ada yang telah memaki anda. Masih lagi tak mahu mengakui kesalahan anda ke??
Pendekar minta tak banyak mana. Dan pendekar tahu mereka-mereka yang lain juga tak minta banyak mana. Kami cuma mahu anda sekalian meminta maaf dan hentikannya sahaja. Bukannya suruh kalian bunuh diri ke apa?? Pendekar bukannya nak tutup periuk nasi anda. Dah cukuplah dengan segala maksiat dan keburukan semua kat luar tu. Janganlah dibawa kat sini pula. Adesh~!
Sesetengah blog tu sangat memberikan inspirasi dan ramai yang suka sebenarnya. Kalau anda nak satu contoh blog yang cepat meningkat naik dengan kerja kerasnya, kenalkanlah diri anda dengan blogger ni -> LINK . Beliau rajin nak singgah mana-mana., rajin nak follow blog orang, rajin dan bersungguh-sungguh untuk mengejar trafik dan pengikutnya sendiri. Dan rajin juga mengupdate entrynya sendiri. Pendekar tabik dengannya. Belum sempat sebulan dah boleh kumpul 3++ follower?? Bukannkah itu antara yang anda sekalian mahukan??
Janganlah ego sangat. Apa salahnya mengakui kesalahan dan kesilapan sendiri? Bukan susah sangat pun. Cuma akui kesalahan anda dan mulakan langkah yang baru. Jangan support orang lain buat benda bodoh macam tu lagi. Walaupun nampak expert dan power lagi canggih, tapi sangat bebal sebenarnya. Jagalah maruah sendiri jangan bagi orang hentam anda disebabkan keegoan anda sendiri ya.
Pendekar yakin sangat ramai yang akan memaafkan anda dan akan kembali semula ke blog anda seperti biasa jika anda mahu mengakui kesilapan sendiri dan memulihkan kembali persahabatan anda dengan rakan-rakan blogger yang lain. Pendekar percaya mereka juga menyayangi anda. Cumanya, itulah, anda telah menipu mereka dan anda masih lagi buat dek atau pun buat macam tak tahu apa-apa sedangkan hakikatnya dah tersebar.
Beritahu pendekar, adakah anda lebih pentingkan ego anda lagi sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa anda telah melakukan kesalahan yang sangat sukar dimaafkan di sini?? Apalah salahnya sekali sekala kita berjalan menunduk hanya demi memberikan kita peluang untuk terus maju ke depan? Belajarlah untuk menghormati orang lain sebelum anda mahu dihormati. Susah sangat ke?
Janganlah kerana ego kita tu kita akan mati sekerat jalan. Pendekar hanya harapkan anda memohon maaf kepada rakan-rakan yang lain. Janganlah tambah lagi rasa sakit hati kami dengan perbuatan anda sekalian. Tolonglah ya....
To Ayie - Kebenaran itu sudah terserlah. Tapi kerana sifat mengenang budi seorang kawan dan rakan. Aku campakkan sahaja kebenaran ke tepi dahulu. So, harap faham okay...
Aku masih ingin lihat persahabatan di mana-mana. Jadi, tolonglah buangkan dan campakkan ego kalian itu ke tepi. Susah sangat ke?
Lagi Cerita dari Belalang Hijau --> LINK
Seminar Buat Duit dengan Blog penuh Inspirasi
23 hours ago







TQ bro...atas segala info itu...muchas gracias...
ReplyDeleteterima kasih sudi berkongsi.tp sorang pun x da dtg minta maaf..huhu.mereka x rasa bersalah ke buat saya dtg 3-4 kali sehari balas ziarah?
ReplyDeletetrima kaseh sharing info ni PB..
ReplyDeletecik ana pun geram gile kat spesis2 nih..aah betol ckp LM..xde pun yg dtg nk mintak maaf..heshh~~
recent post : |maksud tersirat pelekat P|
salam pendekar....perlu kembali kepada tujuan asal kita menulis,kita hendak mengasah bakat bukan..?kita gunakan ruang yang terbuka ini dengan mengenengahkan idea2 nukilan kita sendiri.Kita tak bolih paksa untuk orang mengikut,lihat blog saya berapa orang yang mengikut, saya tak kisah langsung....Begitu juga dengan entri....satu minggu sekali.....itu pun kalau ada idea....saya pernah menulis diakhbar lagi teruk......editor sering bakulsampahkan....mungkin tak sesuai...tapi saya sabar.....sabarlah.....teruskan menulis......dihujung sana ada kejayaan...
ReplyDeletehmm..apa dia ni..sory la tak berapa nak paham..sape yang tipu sape ni?
ReplyDeletetidak akan ada pencuri yg akan mengakui kesalahannya..
ReplyDeletememang tak ada sorang pun yg dtg minta maaf..ada jugak saya terbaca kat sebuah blog yg di kira memang otai sgt dah..di suruhnya buang shoutbox..helloooo..blog kamu tak apa la tak ada shoutbox pun..sebab setiap hari beribu ribu orang datang..tak ada shoutbox pun tak apa..hehe..memang macam kitaorang yg baru nak naik ni memanglah nak kena ada shoutbox jugak kan.. :)
ReplyDelete@zul permatang badak
ReplyDeletememang benar...tapi tidak semua orang yang berblog ini tujuannya hanya mengasah bakat sahaja... ramai yang tujuannya ada banyak... nak jadi popular, duit, menulis karya, diari hidup, dan macam-macam lagi.
kita sahaja yang kadang2 lupa pada tujuan asal bila dah nampak jalan singkat...
@Rafina Mimi Zairul Murni
ReplyDeletememang mudah saja memberikan jalan pintas tanpa membrikan penjelasan kewajaran tindakan tu..
tapi terpulang juga kepada semua orang untuk melakukannya kan??
kita sendiri yang memilih nak jadi apa...
tul tu
ReplyDeleteboleh minta maaf secara umum dengan buat entry
tapi momoy dah tak rasa marah dah
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI
kcian kt shoutbox tu.. shoutbox x bersalah, hukk...
ReplyDeletethanx pendekar atas pendedahan @ info ini...sgt membuka mata bg org baru macam saya...tq.
ReplyDeleteOK TUAN RUMAH. sCRIPT ANALYTIC YG DIGUNAKAN PADA GET CLICKY, HISTAT, NUFFNANG, MAHUPUN GOOGLE ANALYTIC BOLEH DI BLOCK MENGGUNAKAN SRCIPT BLOCKER, EDIT HOST FILE DAN BEBERAPA TEKNIK LAIN. BERMAKNA, KUJUNGAN YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG BERBUAT DEMIKIAN TIDAK DAPAT DIJEJAKI. JADI MUNGKIN BERLAKU SEDIKIT RALAT.
ReplyDeleteuik? org yg same dtg drop komen d blog belalang...cuma d blog belalang dia berani meletakkan nama sbg 'RALAT'...tp kat sini name anon lak...hahaha...
ReplyDeletex tau pun entry nih ade link ke entry belalang...tq bro...
terima kasih pendekar berkuda kerana promote blog bebas sebagai contoh blog yang rajin :) sokong pendekar berkuda :) on the way nk update entry nie..hehehe
ReplyDelete