Sunday, January 30, 2011

Antara Perempuan Bertudung dan Free Hair. Pilihan Anda?


Assalamualaikum dan salam 1Dunia sekalian~! 
Walau di manapun anda berada, pendekar doakan anda sekalian sihat sentiasa...
Kepada para pembaca tegar blog pendekar berkuda, Pendekar ucapkan ribuan terima kasih kepada anda ya..(^_^)

Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah sama-sama menyokong pendekar di sini. Pendekar doakan kebahagiaan buat anda sekalian...Terima kasih yang tak terhingga buat anda. Mudah-mudahan anda sekalian akan lebih berjaya lagi di masa-masa akan datang. Pendekar ungkapkan rasa sayang pendekar kepada anda sekalian di sini. Tanpa kalian semua, siapalah pendekar saat ini kan? Hehe...

Okay..berbalik kepada tajuk.. Antara Perempuan Bertudung dan Free Hair. Pilihan Anda? Hehe...Tajuk agak mencetus isu. Tapi jika anda hanya memperjuangkan pepatah lapuk. Sila pangkah "X" di atas ya..(^_^)... Kerana pendekar tidak ingin anda membaca apa yang bakal pendekar utarakan di sini....

Okay, kita teruskan. Meski ramai yang akan mengatakan bahawa bertudung atau tidak, langsung tiada bezanya. Huh~! Gila~! Apa dia yang tiada beza? Cuba kamu umpamakan antara sebuah mahkota di dalam sebuah bilik kebal dan sebuah mahkota di atas sebuah meja hidangan. Bukankah itu berbeza? Mahkota yang manakah lebih mempunyai nilai? Dan lebih sukar untuk diperolehi? Anda pasti mendapat jawapannya sendiri bukan?

Jadi, untuk apa kalian bikin isu lagi. Sedang kebenarannya terpampang jelas di depan mata~! usah di canang satu dunia bahawa kalian sajalah yang benar. Kalian sajalah yang betul-betul hebat. Walhal hakikatnya kalian adalah yang terburuk segala~!

Namun intipati bertudung itu mestilah dihayati "definisi tudung" yang sebenarnya. Jika tanpa memahami definisi sebenar tudung itu dan hanya memakainya hanya untuk memenuhi kehendak fesyen dan hawa nafsu semata, tiada gunanya~! Lupakan saja ya~!. Tiada istilah bertudung sedikit demi sedikit di sini~! TIADA SAMA SEKALI~! Jika mahu bertudung, bertudung saja~! Jangan diberi alasan seribu juta~! Pendekar benci begitu.

Dan ini pula untuk menempelak si FREE HAIR. Apa kalian beri seribu juta kali alasan untuk membenarkan perbuatan kalian itu akan membolehkan kalian dihormati orang? Begitu susahkah untuk memahami kehendak lahiriah dan fitrah kejadian? Kalian sungguh hebat dalam mencipta alasan. Kalian hebat dalam memberikan sejuta alasan remeh dan boleh dibidas. tapi kalian selalu mengabaikan perintah Pesuruh Agung. Kalian selalu menidakkan perintah yang lebih layak untuk ditaati~! Ciss~! Bikin apa kalian gelar diri itu Islam? Hanya pada nama? Alangkah Hebat~!

Pendekar akan hormati kalian biar setinggi gunung dan seluas lautan dosa kalian semasa hidup. Asalkan kalian bertudung mengikut apa yang diperintahkan olehNYA yang empunya langit dan bumi. Pendekar akan lebih menyayangi kalian biar sejahat manapun kalian asalkan kalian bertudung~! 

Percayalah, dosa yang kalian lakukan itu diantara kalian dengan Pencipta, pendekar tidak punya hak untuk meyentuh satu apa. Apa yang pendekar ingin kalian tahu. Turuti saja perintahNya, asal jangan kalian langkah kehendak fitriah demi kepuasan dan keseronokan sementara cuma~!

Dan pendekar akhiri segalanya di sini. Peringatan tulus ikhlas penuh awas buat anda daripada PENDEKAR BERKUDA~!


10 comments:

  1. Ya! Itu dia pendekar telah beraksi! Like this entry!


    Blog Saya|Klik Sini

    ReplyDelete
  2. kalo kita tengok skg ni, tak ramai lelaki muslim sejati memperjuangkan haknya.. tahniah pendekar krn anda cukup berani. cikgu bangga :)

    rentetan isu free hair byk mengundang masalah..fikiran terbuka yg xbertempat TAK menunjukkan kendiri muslimah hakiki..kalau dgn isu nk pakai tudung atau tidak boleh bertolak ansur.apetah lagi dgn ibadat fardhunya, akhlakny, sudah tentu boleh bertoleransi juga..hmm..bila kecantikan dipamerkan, maka semakin murahlah nilainy atau tiada nilai lgsung! bila murah..generasi seterusny pon ikut murah.bogel je terus kn senang >.<"

    hm..buat yg btudung, atau tidak, atau btudung tp cm xbtudung..fikir2 lahhh.. jgn bila tgk jasad sendiri terbujur br nk menyesal...

    ReplyDelete
  3. bertudung tu salah satu cara nak pelihara diri dari fitnah.. :)

    ReplyDelete
  4. tak perlu bagi pilihan kat SM Banjamin... Yang 'bertudung' menjadi pilihan... Entry yang bagus..

    ReplyDelete
  5. n3 yg pnh dgn kta2 tajam lagi pedas +berbisa tapi bgoz utk sedarkan umat islam
    best,suka nih

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda