Isu ini bukan aku pinta untuk jadikan sampai begini sekali. Tapi betullah kata kak pah dulu, apa yang Pendekar cakap lebih mudah untuk diberikan perhatian oleh orang lain. Sungguh berbisa kata kak pah ni. Masa aku utarakan isu ini, aku tak pernah nak jadikannya panas seperti ini. Tujuan aku cuma satu, menghentam sesiapa yang melakukan penipuan di sini. Kerana aku sangat sakit hati sebenarnya dengan semua ini.Kak pah, bisa betul apa yang kak pah cakap. Sampai pendekar pun rasa sendiri apa yang kak pah pernah cakap sebelum ini.. Sungguh bisa kan kata-kata kak pah ni. Aduuhhh...
Oh~! Biasa saja jika pendekar bilang pendekar hanya blogger picisan cuma. Tapi jangan ingat pendekar bisa membenarkan ulah dan onar meraja di hadapan mata~! Tidak akan sekali-kali~!
Oh~! dan Biasa saja jika pendekar letakkan simbol seru di hadapan kata. Biasa saja jika pendekar bergelak ketawa seperti itu juga. Kerana pendekar mahu menegaskan apa yang pendekar perkatakan~! Bukan bererti pendekar marah. Bukan bererti pendekar sangat benci atau tidak suka. Tetapi pendekar ingin anda tahu bahawa tidak mudah menggalas beban ini. Tidak mudah untuk pendekar melakukan semua ini~!
Sudah pernah pendekar bilang, pendekar tidak takut untuk dicaci-keji-maki-nista oleh sesiapa saja. Kerana pendekar tahu bagaimana untuk menjadikan sebuah cerita itu terlakar. Jika kalian ingin membuat onar, abaikan saja entry ini. Pendekar tidak ingin anda membacanya~!! Cukuplah apa yang telah pendekar sajikan kepada anda sebelum ini. Sudah cukup sebenarnya~!
Pendekar tidak minta dipuji-puja. Pendekar tidak minta di angkat setinggi mana. Kerana pendekar pun hanya bersemayam di kerusi plastik cuma~!! Ini hakikat yang sebenarnya~!! Jadi apa kalian mahukan lagi pendekar memancing isu berapi-api? Cukuplah sampai di sini. Kerana kalian memang tidak mudah untuk mengerti~! Ilmu di hujung jari, tapi tidak pernah mahu ditimba dari perigi~! Oh, alangkah "BIJAKnya"~!
Pendekar tidak meminta kalian memuja membuta tuli. Pendekar hanya mahu anda buka mata dan pasangkan pancaindera. Dunia blogger ini bukan di kiri-kanan-depan-belakang anda cuma~!! Nun jauh di sana, ada lagi yang memerhati akan anda~!
Pendekar mohon, jika ada yang terasa. Butakan sahaja mata dan pekakkan pancaindera. Kerana pendekar tidak mahu anda tahupun, apakah yang sedang pendekar perkatakan ini~!
Kak pah, sekali lagi pendekar mengiyakan perkataan kak pah itu. Memang ada benarnya jika sekali pendekar ini meluahkan kata. Dunia ini pasti bisa goncang dibuatnya. Oh, alangkah hebat~! Sehinggakan blogger-blogger di atas itu sudi untuk memandang ke bawah ini~! Meski mereka cuba untuk menutup kebenaran di atas isu ini, tapi pendekar yakin mereka pasti tahu kebenarannya yang hakiki~!
Terima kasih di atas keprihatinan anda wahai abang-abang, kakak-kakak di "sana"~!
Pendekar bakulsampahkan semua isu ini di sini. Ingat ya, pendekar tidak mengharap trafik berjuta seperti mereka. Pendekar cari trafik dari apa yang pendekar dapati dari ilmu yang di pelajari.. Bukan dengan cara menipu. Ingat ya. Ramai yang bisa membuktikannya~!
Isu ini hanyalah buat peringatan anda. Tapi jika masih berulang lagi. Seperti kata kak pah sebelum ini, "Sekali pendekar bersuara, pasti mampu menggegar dunia~!" . Tak percaya? Ini salah satu buktinya~! Dan anda sedang melihatnya di hadapan mata anda~??
Sekian, terima kasih kerana membaca...(^_^)
Sampaikanlah salam perjuangan dari Pendekar Berkuda kepada rakan-rakan blogger yang lain..
Salam perjuangan seindah darah jihad yang mengalir dalam diri...(^_^)







well done..
ReplyDeleteawk xbminat pun..at least dh buka mata byk org..
keep it up..
susunan kata dn bahasa yg sgt mempesonakan..hehe
terima kasih pendekar..kerana telah membuka mata banyak pihak..
ReplyDeletependekar..kadang kadang apa yg kita lakarkan bukan semua mereka terus menghadam..ada dikalangan mereka mengunyah hingga putus lalu ditelan tanpa dirasa..jadi tutp mata pekak telinga...
ReplyDeletedan ada juga dikalanagn mereka merasa dengan ratah nya lalu kita dikeji kerna segala yang basi..Jadi salah siapa lagi..
Kalau bukan kerna pendekar takkan celiknya sinar minda segelintir blogger,
err...momoy tak pandai nak berbahasa indah macam PB
ReplyDeletetapi apa yang Momoy nampak bila PB utarakan isu ni so newbie tahu apa yang berlaku
dan yang membuat benda ni faham kesannya pada blogger lain
dear PB nanti jangan lupa yer request momot petang tadi
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI
Beza Antara HARIMAU MALAYA Dengan HARIMAU MALAYSIA
jika tiada yang memulakan, hal ini tiada penghujungnya...malah mungkin masih bermaharajalela.
ReplyDeletekpd pendekar, terima kasih kerana telah menyedarkan, memberi pengetahuan kpd semua kawan2 kita...
Ahaksss.Berpuitis der.Banyak aku ta paham.Neway,bagus la tu sedarkan blogger kite yang dok lamun cinte dengan isu ni.Relakssss sudeh.hahaha
ReplyDeletememang banyak isu camni pendekar..sume nak ikut jalan mudah tanpa usaha..TQ sbb menyedarkan...;)
ReplyDeleteyes2.. hahaha
ReplyDeleteayat en pendekar ni tnggi sngt,ssh nak msuk dlm pala otak,,tapi rasanya tak slh kita nak tgur org lain,demi kebaikan bersama^^
ReplyDeletebetul lah.. ayat pendekar ni wat saya baca 2 kali entry ni.. huhu..
ReplyDeleteapa-apa pun kalau kita asyik ikut ape org kata, x kemana la kita.. ape2 pn tepuk hati tnya iman.. waahhh...
@Zaer!!
ReplyDeleteang ni memang la...bikin aku mau pengsan~! Nyiahahaha~!