Tuesday, January 4, 2011

1Care - Skim Penjagaan Kesihatan Nasional

[ 1Care - Dana Kesihatan Rakyat ] Siapa bilang kerajaan tidak prihatin? meskipun kerajaan telah menaikkan harga minyak petrol dan diesel, namun dalam pada kenaikan itu, kerajaan memberikan imbuhan yang lain kepada kita. Memang ada hikmahnya atas segala yang berlaku.

Terbaru, kerajaan telah mengumumkan untuk melancarkan Dana Kesihatan Rakyat 1Care. Berikut adalah petikan daripada Berita Harian Online mengenai dana tersebut.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan pelaksanaan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care yang antara lain memberi pilihan kepada rakyat mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau hospital swasta tanpa mengira kedudukan sosial dan kewangan mereka.

Skim yang akan membabitkan penggabungan sistem pengurusan kesihatan kerajaan dengan swasta itu dijangka mewajibkan rakyat memilih atau melantik pengamal perubatan di klinik pilihan sebagai doktor keluarga dan pesakit hanya dirujuk ke hospital dengan sokongan doktor keluarga masing-masing.
Memang bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang memuaskan hati semua pihak. Namun dalam keperitan itu pasti akan adanya kelapangan. Asalkan kita buka hati dan minda kita. Bukan malah menyempitkannya lagi dengan emosi yang mendalam.

Pendekar amat berharap agar skim ini akan menjadi kenyataan secepat mungkin memandangkan kos perubatan sangatlah membebankan rakyat. Menurut sumber lagi, 90% daripada kos perubatan akan dibiayai oleh kerajaan, hasil cukai LHDN yang dibayar oleh rakyat. Jika Skim ini menjadi kenyataan, sedikit sebanyak rakyat pasti akan merasa lega. Mudah-mudahan, ya, mudah-mudahan kita semua akan mendapat manfaat yang sebaiknya. Amin..

 

1 comment:

  1. sebab akak ni ambik ubat berkala di hospital..jadi benda2 mcm ni nak kena ketahui dgn lebih lanjut lah...

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda