Monday, September 20, 2010

ADA APA DENGAN THE WAKE UP PROJECT??

بسمالله الرحمن الرهيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

...assalamualaikum dan salam sejahtera buat pelawat-pengunjung-pembaca dan penyelidik blog Pendekar Berkuda...semoga dan mudah-mudahan anda semua sihat sejahtera hendaknya...
..pada entry kali ini pendekar akan kupas sedikit mengenai satu widgets video dari YouTube yang terdapat di ruang paling bawah blog pendekar berkuda dot blogspot dot com..

...mungkin anda masih tertanya-tanya apakah The Wake Up Project ini?? dan pendekar masih belum menerangkan kepada anda semua mengenai apakah sebenarnya project ini...kerana pendekar merasakan pada masa itu keadaannya masih belum sesuai...

The Wake Up Project


...The Wake Up Project merupakan suatu badan dan organisasi yang menjurus kepada memberikan kebenaran dan realiti kehidupan pada hari ini berdasarkan fakta-fakta...ulasan...perbincangan...kajian dan sebagainya oleh sekumpulan individu yang sedar akan kepalsuan yang bermaharajalela di dunia ini.....info utamanya adalah mengenai ketibaan Dajjal dan tanda-tandanya...


The Arrival Series


 
...The Wake Up Project ini disasarkan kepada semua orang...tidak kiralah bangsa apa...warna kulit apa...agama apa..( Islam, Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya..  )...pangkat apa...dan sebagainya...hasil kajian yang mendalam tentang unsur-unsur Benedictine Order...dan juga mengenai FREEMASON , DAJJAL , INJIL / BIBLE, QUR'AN , dan sebagainya

...kajian yang dilakukan oleh mereka sangatlah teliti..sehingga kita mahu atau tidak mahu terpaksa menggunakan pemikiran kita yang paling kritis untuk menafikan kebenarannya...kerana semakin lama kita menontonnya...semakin jelas kebenaran yang dipaparkan kepada kita yang boleh kita kaitkan kepada dunia hari ini....

...video-video yang disiarkan sangatlah teliti cara pembikinannya...kerana sebarang kesilapan akan membuatkan video tersebut menjadi sangat kontroversi dan dengan mudah dipatah-patahkan hujahnya oleh para penentang...hubungan antara 3 agama terbesar dunia iaitu ISLAM, KRISTIAN dan YAHUDI juga dipaparkan dengan jelas... 

..pembohongan pemimpin-pemimpin ketiga-tiga agama besar ini juga turut dipaparkan... jika anda tidak keberatan...silalah tonton video tersebut...kerana banyak info-info yang mungkin tidak anda tahu ataupun tidak tahu langsung mengenainya.... pendekar dedahkan perkara ini kerana pendekar berasa bertanggungjawab untuk menyebarkan perkara ini kepada anda sekalian...

...video-video ini telah lama pendekar lihat sebenarnya...sejak 3 atau 4 tahun yang lepas..tetapi akibat kekangan masa dan keadaan, pendekar tidak mampu untuk mengongsikannya bersama orang lain.... namun pendekar tidak pernah lupa mengenainya.... kerana itulah..pendekar letakkan link ke video tersebut di blog ini sejak hari pertama pendekar membikin blog ini lagi...

...jika anda mahu menonton video ini...anda perlulah memiliki tahap pemikiran yang sangat kritis...sangat tajam..dan penuh ilmiah...kerana video ini tidak sesuai untuk ditonton oleh mereka2 yang mempunyai pemikiran yang mudah dan rileks...kerana nanti akan disalahfaham kandungannya....

...sekian pendekar kongsikan untuk entry kali ini...InsyaALLAH..nanti akan pendekar kongsikan lagi di entry yang lain..selamat menonton...(^_^)



SETINGGI BINTANG DI LANGIT MALAM....

..setinggi bintang di langit malam...
..seluas laut yang terbentang...
..sedalam jurang yang terhidang...
..sederas air yang mengalir di jeram...

..tidak akan mampu..
..untuk menampung sebuah ceritera..
..yang tercipta di antara aku,dia, kamu, kalian, kita dan mereka...

..kerana ceritera ini...
..membawa kita jauh melepasi langit angkasa...
..menembusi jurang yang memisah...
..tidak mampu ditanpung oleh laut yang luas terbentang...

..dan ceritera ini..tidak akan pernah surut...
..tidak akan pernah putus..
..tidak akan pernah berhenti...
..selagi ada hayat dunia...
..walaupun jasad telah terbujur sepi...

..wahai teman-teman...
..hargailah detik ini...
..saatnya kita menjadi isi cerita...
..menjadi watak-watak dalam ceritera...
..tanpa mengira apa bangsa kita...
..tanpa mengira apa pangkat kita...
..tanpa pernah menuntut gelaran kita...
..kerana di sini...kita semua sama...

..sambutlah...
..salam persahabatan yang ku hulur...
..dari hati yang penuh tulus...
..tanpa mengharap sedikitpun balasan...
..hanya ingin berkongsi perasaan...
..dariku buatmu sekalian...


NUFFY TIDO? APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN...

....bismikALLAHumma ahya waamut...eh..terbaca doa tido la pulak....hehe... sorry ya....
 ...Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan sekalian... 

...kali ini pendekar nak sentuh sedikit tentang cik nuffy yang tertidur....hanya sekadar memberikan maklumat tentang sifat-sifat cik nuffy ini dari pengalaman pendekar yang singkat di arena blogging dan blogwalking....tujuan pendekar berkongsi juga hanya untuk memberikan anda tips untuk membantu rakan-rakan blogger serta membantu diri anda dan pendekar sendiri....

...hidup untuk memberi....kunci kata yang dimiliki oleh blogger Denaihati.com pendekar pinjam untuk entry kali ini..maaf ya tuan punya blog..hehe...dan juga quote "sharing is caring" yang selalu kita dengar yang sangat popular di arena blogging community...

...maka dipendekkan ceritera oleh sahibul hikayat...apabila kita atau anda berblogwalking ke blog-blog atau page teman-teman...anda akan dapati DUA keadaan cik nuffy ini...sama ada sedang tidur..ataupun telah terjaga....

...keadaan pertama..cik nuffy sedang menari-nari...apabila anda mempunyai sifat murah hati..anda tidak akan teragak-agak untuk menderma kepada tuan punya blog bukan?? begitulah yang sentiasa pendekar lakukan....kerana pendekar sangat "respect" lagi "kagum" kepada para blogger ini... tidak kiralah sama ada mereka ini berblog hanya untuk suka-suka...ataupun untuk mendapatkan income pasif (passive income)...

...keadaan kedua...cik nuffy sedang berehat..tidur (tido)...ataupun menyorok...di sini lah tindakan anda...sama ada anda akan jeritkan di kotak jerit a.k.a shoutmix bahawa cik nuffy sedang tidur dan menyorok ataupun diam dan tinggalkan sahaja...dan teruskan berblogwalking...

...tetapi tidak bagi pendekar...pendekar dapati sesuatu yang jarang anda tahu ataupun tidak tahu langsung...mahupun anda tidak sedar mengenainya.... daripada apa yang pendekar perhatikan...jika pada lawatan kali pertama anda sampai ke blog yang menunjukkan bahawa cik nuffy sedang tidur atau menyorok.... ada satu langkah yang boleh anda lakukan untuk membangun-bangkit-bom-letup-kan cik nuffy ini sehingga dia terjaga...apa yang perlu anda lakukan?? hehe...di sinilah rahsia yang pendekar ingin kongsi bersama anda...

..oleh kerana cik nuffy ini mementingkan aliran trafik kepada blog2 yang menjadi kediamannya...maka di situlah rahsia cik nuffy yang sebenar....tindakan untuk membangun-bangkit-bom-letup-kan cik nuffy ini sangatlah mudah... anda hanya perlu REFRESH atau RELOAD blog itu semula...anda faham maksud pendekar bukan?? cukuplah hanya sekali dua anda refresh / reload page itu...jadi jumlahnya hanyalah tiga kali... tapi pastikan sebelum itu page tersebut telah loading complete...jika tidak...lain jadinya...hehe...

..insyaALLAH..cik nuffy ini akan menari-nari dan berjoget2 di hadapan anda pada kali pertama...jika tidak kali pertama pada kali yang kedua anda refresh page / blog berkenaan... jika pada kali yang kedua itu cik nuffy tidak juga muncul...maka tindakan yang seterusnya terpulanglah kepada anda...pendekar hanya memberikan tip sahaja... okay...

...pendekar kadang kala akan memberitahu anda tentang perkara ini...kerana setiap kali pendekar singgah ke blog rakan-rakan....pendekar tidak akan lupa untuk melakukan dan melaksanakan tip ini....tujuan pendekar hanyalah satu...membalas budi para blogger yang berkunjung...dan juga membantu para blogger...pendekar tidak berkira pun siapa orangnya...hehe...

...sekali lagi pendekar ingin sampaikan..."sharing is caring".... quote for our community...(^_^)...

...terima kasih kerana membaca... zupppssssssssss............

HANDPHONE PENDEKAR HILANG?? KRISIS PENING KEPALA....

....assalamualaikum semua...

pendekar sebenarnya dalam mood sedih sekarang ni...dua buah handphone kesayangan pendekar dah hilang.... =(( .... semuanya kerana kecuaian dan kelekaan pendekar sendiri...tapi yang pendekar lebih sakit hati..hp tu hilang di depan rumah pendekar sendiri...di atas tangga...siapalah agaknya yang ambil ya...

...hp pendekar adalah Nokia 6280 yang sliding tu...hp kesayangan pendekar...dah 3 tahun bersama pendekar... banyak karya-karya puisi pendekar tersimpan di dalamnya...walau banyak kali rosak pun..pendekar sanggup baiki hanya kerana sayangkan hp tu...malah kos baiki dia dah lebih daripada kos beli hp baru..huhu....
Macam inilah hp kesayangan pendekar yang hilang tu...
   ...hp yang kedua pula adalah Nokia E75 yang baru pendekar beli 4 bulan yang lepas... hp ini sangat juga sangat pendekar sayang dan suka kerana boleh online FB dan tengok YouTube serta buat online banking hanya di hujung jari...di hp ini penuh dengan nama-nama rakan yang penting...orang-orang penting...rakan niaga...clients...karya-karya baru pendekar... gambar-gambar kenangan... gambar raya...gambar pendekar bersama rakan-rakan...nota-nota peribadi...yang sangat penting kepada pendekar....sungguh sedih kerana pendekar beli hp ini dengan titik peluh pendekar sendiri.... betapa susahnya baru pendekar dapat memiliki hp idaman hati seperti ini.... (*mood sedih...*) 
HP Nokia E75 seperti yang pendekar pakai...

...dan kerana kehilangan kedua-dua hp ini...pendekar seperti kehilangan punca...tidak tahu hendak melakukan apa-apa...kerana apabila kita telah terbiasa dengan sesuatu...apabila ianya tidak ada dalam tangan kita lagi..kita akan terasa sangat-sangat kehilangan...inilah natijahnya apabila terlalu bergantung dengan teknologi.... hendak tak hendak..mahu tak mahu..terpaksalah pendekar terima dengan redha...apabila hp hilang..kita susah untuk menemuinya kembali....sudah pasti ia sudah bertukar tangan mahupun dah sampai ke kedai...(jadi hp 2ndHand la gamaknya...)

...ada rakan yang menyarankan pendekar untuk menggunakan khidmat bomoh...tapi pendekar tolak mentah-mentah...kerana apa? kerana pendekar tak mahukan perkhidmatan yang terang-terang bercanggah dengan hukum Islam... cukuplah dengan doa sahaja..kerana DIA Maha Pengasih lagi Maha Adil... pendekar redha... semoga dibukakan hati orang yang mengambil hp pendekar itu untuk memulangkannya kembali....Amin... itu sahaja doa pendekar..... yang lain-lain..biarlah DIA yang menentukannya.... Harta yang hilang boleh ditukar ganti...namun akhlak yang buruk..selamanya akan tersemat di hati...sehingga di ampuni...

P/s : sekurang-kurangnya pendekar masih ada laptop Apple ini..yang membolehkan pendekar berhubung dengan dunia luar.... sekurang-kurangnya terubat jugalah krisis pening kepala pendekar...tidak banyak..sedikit pun jadilah....
Semoga Laptop ini tak akan hilang/kena curi..AMIN..



Sunday, September 19, 2010

KENAPA DENGAN NUFFNANG??

...assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman blogger sekalian....di sini pendekar nak kongsi sikit tentang nuffnang yang wujud bila pendekar buka blog kawan2...pendekar letak gambar di bawah ya...
Blog Cik Sherry
Blog Cik Yuyu..(klik utk tengok URL)
Blog Cik Yaty
Blog Mr Shareh
Blog Cik Tiefa
Blog Zaer
 ....hatta semua blog or site yang ada nuffy adds semua jadi macam tu...pening2...ads tak keluar2 pun....

...ada tak sesiapa yang boleh terangkan atau bantu pendekar kenapa boleh jadi macam tu??
...bantuan anda sangatlah dihargai..terima kasih... (^_^)

"DATUK" PATMANABHAN :: BUKAN DATUK BERGELAR...

 
...assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian....

...ketika kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya semakin menampakkan bukti-bukti dan pembongkaran yang semakin meluas sehingga ke peringkat atasan dan ke arena politik negara...tersisip suatu fakta yang tidak dapat disangkal lagi..."Datuk" Patmanabhan ini bukanlah Datuk yang bergelar rupa-rupanya.... si penjenayah ini rupa-rupanya adalah seorang penipu lagi pembohong besar yang meletakkan "title" Datuk di pangkal namanya.... kita sudah tertipu dengan mainan sandiwara si pembunuh ini... (pendekar merasakan dia tidak layak untuk dipanggil "beliau" disebabkan jenayah kejam yang dilakukannya...)


...merungkai rahsia ini...ketika semakin banyak gelaran-gelaran Datuk disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin untuk mengaut keuntungan dan kepentingan diri sendiri...kita tidak akan tahu sama ada benar-benarkah mereka-mereka yang bergelar ini mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dari Kesultanan Negeri ataupun melalui penipuan...kerana kita tiada tempat rujukan tepat dan pantas seperti mana kita boleh rujuk bila kita kena saman dengan polis...hantar "sms" sahaja sudah memadai..


...kerana lompong-lompong yang terdapat dalam institusi-institusi beraja dan juga kelemahan-kelemahan penguatkuasaan...kita tidak akan sedar bagaimana kita ditipu... Institusi-Institusi beraja mungkin sahaja disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk mendapatkan gelaran secara mudah supaya dihormati dan dikagumi oleh ramai pihak....dan memudahkan mereka-mereka ini mendapatkan kepercayaan daripada orang lain... seperti yang berlaku kepada Datuk Sosilawati Lawiya dan teman-temannya...Al-Fatihah buat beliau dan juga Takziah dari pendekar buat keluarganya....


...berbalik kepada topik asal....Si Pathy ini bukanlah datuk bergelar yang sebenarnya...kerana menurut laporan dan maklumat dari pihak polis...tiada Institusi Beraja di negara ini yang menganugerahkan gelaran Datuk kepada Si Pathy ini....menampakkan betapa kemaruknya dia hendak menjadi orang yang dihormati.... sekaligus menghalalkan kerja-kerja jenayah yang dilakukannya...


...Kesilapan kita...kita terlalu mempercayai orang-orang yang mengatakan bahawa mereka ini orang yang bergelar...sedangkan kita tidak tahu dan tidak ada pautan untuk mencari sumber dan maklumat mengenai kebenaran ceritanya...tidak mungkin kita akan bertanya kepada pihak istana kerana sudah pasti kita akan melalui proses-proses birokrasi yang rumit lagi leceh...apatah lagi kita hanya orang biasa...


..mungkin begitu juga agaknya yang berlaku kepada Datuk Sosilawati Lawiya...mempercayai bahawa Si Pathy ini merupakan orang bergelar yang diiktiraf oleh istana sekian-sekian sehingga beliau dan rakan-rakannya terjerat dengan mainan sandiwara penjenayah...dan natijahnya...kita semua tahu apa yang berlaku...


...pendekar mengulas kerana pendekar telah mendapat tahu mengenai fakta ini...kerana sebelum ini pendekar sangat marah kepada mereka-mereka yang memberikan gelaran Datuk kepada si Pathy pembunuh ini....


...cerita selanjutnya..sila KLIK LINK INI....



Saturday, September 18, 2010

KITA HANYA SELEMBAR DAUN...

Menyinar kalam menggamit pualam..
Lewat mentari yang mula menerpa..
Sinar mata yang redup tak terleka...
Menggamit kenangan yang pernah tercipta....

Kita....
Hanyalah sehelai daun...
yang menumpang hidup di pohon nan rimbun....
hanyalah kita yang tahu....
apakah jasa yang telah kita perbuat...
kepada pohon yang telah lelah...
menampung akan kehidupan kita....

dan sungguh...jika bisa ku gapai langit...
tak tergambar dengan madah...
tak tersisip oleh lidah...
kerana alamnya yang indah....
hanya terungkap oleh hati...
tak terluah oleh madah...

dan kutitipkan madah terulung...
menggamit teman, sahabat dan saudara...
menjunjung suatu wadah nan agung...
menggapai jihad kita...
biarpun hingga bergelumang darah segunung...
kan ku juang jua selagi bisa...

Pendekar Berkuda

Friday, September 17, 2010

#4 :: KISAH MASTURA ZAINI...(Sambungan Kepada Masitah Zaini..)

....Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada rakan-rakan blogger dan pembaca yang dikasihi sekalian...kali ini pendekar akan sambung semula kisah Mastura Zaini iaitu adik kepada Masitah Zaini yang mengakui ketuhanan Jesus Christ... 

...Kedua-dua adik beradik ini merupakan keturunan Melayu yang tinggal di Singapura...kisah hidup mereka penuh dengan kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan...
Bikini Model

...Mastura Zaini Robert dan kakaknya Masitah Zaini merupakan anak dari keturunan Melayu-Indonesia...Mastura Zaini merupakan seorang pekerja di Las Vegas, Amerika Syarikat di lapangan minyak dan gas yang menjadi "residual income" nya....kisah cerita beliau yang penuh dengan kisah perit kehidupan kononnya...berasal dari keluarga yang miskin... terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarganya...mungkinkah satu penipuan alasan untuk menghalalkan segala tindakannya??

...ramai lagi yang lebih susah..lebih perit kehidupan mereka...namun itu tidak menjadikan mereka semua buta iman dan hati untuk membezakan di antara yang benar dan yang batil....
Sedikit info mengenai Mastura Zaini

PAK NGAH.....

..."Pak Ngah..." suara anak kecil itu....kedengaran gemersik di telinga... ketika pertama kali bertemu dengan anak kecil itu...pendekar terharu...

...anak kecil itu adalah anak saudara pendekar yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kakak pendekar... sungguh comel...keletah..nakal...dan lasak....tak berhenti2 bergerak... tidur pun selepas jam 12 tengah malam.... kasihan ayahnya....

...pendekar sangat bahagia mendengar panggilan "Pak Ngah" yang dituturkan oleh anak kecil ini... sangat bahagia... 

DAYAT NAK BAGI DOMAIN FREE??

Klik Banner untuk pergi ke DUNIA DAYAT...hehe...

....assalamualaikum sekalian....entry kali ini tentang kali pertama pendekar nak join GA atau CONTEST yang dianjurkan oleh blogger kita... pendekar berminat bukan sebab apa...kerana hadiahnya itu sangat menarik iaitu DOMAIN PERCUMA.... hehe...siapa yang tak mahu domain sendiri kan?? anda juga pasti mahukan domain sendiri betul tak??

...Contest ini dianjurkan oleh CIK DAYAT...yang mahu mempromosikan blog beliau di samping menghargai para blogger yang sudi berkunjung dan memeriahkan blog beliau... Pendekar pun tak tahu bagaimana nak join contest ini sebenarnya...

....syarat penyertaan cuma buat entry dan link-kan ke DUNIA DAYAT dot COM..... dan syarat ini pendekar penuhi dengan entry kali ini... pendekar harap CIK DAYAT berpuas hati... Pendekar mahukan domain :: www.pendekarberkuda.com..masih available lagi...

Thursday, September 16, 2010

KES BUNUH SOSILAWATI :: BAGAIMANA KITA MENGAITKANNYA DENGAN POLITIK??

....Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca dan pengunjung sekalian...anda semua sihat?? pendekar harap anda semua bahagia dan gembira selalu di samping orang yang tersayang (wah3...macam iklan keselamatan jalanraya pula...hehe..)


...Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya rasanya masih belum tamat selagi pembunuh2 itu bebas dan belum dihukum..apa yang pendekar nak sentuh di sini bukan mengenai cara pembunuhan atau peralatan apa yang digunakan...tapi jauh lebih luas lagi kepada kaitannya dengan politik di Malaysia...


Si Pembunuh
Partinya :: DAP ?? = Darah Anak Penjenayah
..kes ini merupakan kes berprofil tinggi...kerana apa?? kerana ianya melibatkan salah seorang pemimpin parti politik yang dikenali... Datuk Patmanabhan Naliennen merupakan ahli parti DAP dan juga penyokong kuat HINDRAF.... siapa yang tak tahu apa itu HINDRAF..silalah Google ya...kerana jika pendekar mengulas tentang ini..entry ini akan menjadi sangat panjang....dan lari daripada topik yang ingin pendekar usahakan...


Datuk Patmanabhan Naliennen dan adiknya merupakan orang kuat Parti DAP...boleh dikatakan bahawa mereka ini menyumbang kepada kewangan DAP.... kerana apa?? kerana mereka punya wang..dan dengan wang itu mereka membeli kuasa... dari mana mereka mendapat wang itu?? sedikit demi sedikit telah terbongkar....MEREKA ADALAH PENJENAYAH!.... Penjenayah yang berselindung di sebalik topeng undang2 dan profesion guaman....


...rupa-rupanya ada sumber kewangan DAP ini didapati hasil daripada perbuatan jenayah...membunuh..peras ugut...melenyapkan mangsa dan sebagainya...dan penjenayah ini yang kita bela...kita agungkan...kita angkat sebagai pemimpin..kita beri gelaran DATUK!..... kita telah terpedaya...kerana marahnya kita kepada kerajaan kerana berasakan kita terabai...kita pilih mereka2 yang jahat lagi kejam ini menjadi pemimpin kita?? salah siapa?? jangan salahkan orang lain..salahkan diri sendiri yang buta mata dan hati!...


....dengan duit yang diperolehi hasil daripada melakukan jenayah ini...DAP mendapat sumber kewangannya....PENJENAYAH ini mungkin salah seorang daripada sekian banyak PENJENAYAH yang menyumbang kepada tabung kewangan DAP..siapa yang tahu bukan?? kita boleh sahaja membuat hipotesis...Conclusionnya hanya terdapat di akhir proses...


....Ketika kita masih bersedih dengan pembunuhan kejam ini...pemimpin PAS Perak, Datuk Nizar Jamaluddin dan juga Mahfuz Omar...telah awal2 lagi mengaitkan pihak berkuasa dengan pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.... siapa pihak berkuasa itu... tentulah POLIS!.... kenapa dengan mereka ini?? mereka ini ISLAM...menganggotai part politik yang kononnya memperjuangkan ISLAM...namun mereka menyalahkan pihak POLIS yang rata2nya dianggotai oleh orang2 ISLAM... sedangkan telah terang lagi bersuluh bahawa pembunuh itu semuanya adalah orang INDIA yang menganut agama PAGAN!... 


...dan semalam..Ketua Angkatan Muda PKR pula "menembak" pihak Polis dengan mengaitkan kes pembunuhan ini dan menyelewengkannya sejauh mungkin... Beliau merupakan seorang peguam dan juga rakan kepada si PENJENAYAH ini.... sama-sama cari makan....dan kerana ilmu yang diberikan kepadanya..beliau menjadi seorang yang bongkak lagi angkuh.... membela kawan yang terang-terang telah membunuh dan menumpahkan darah Saudara SeISLAMnya sendiri!!... 


....berita hari ini telah menyebut bahawa pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya telah dirancang seminggu sebelum 30 Ogos 2010.... maknanya perkara ini telah diatur dengan teliti.... sungguh jahat si penjenayah ini.... 

PENDEKAR MENYOKONG HUKUMAN MATI KEATAS PEMBUNUH-PEMBUNUH DATUK SOSILAWATI LAWIYA DAN TEMAN-TEMANYA!!


....wahai teman-teman blogger.... sokonglah ini.... buatlah satu entry yang menyokong....jika setiap blogger membuat entry ini....pendekar pasti kita akan berjaya menuntut keadilan kepada semua mangsa2 yang terlibat...dan keadilan juga buat ahli keluarga mangsa-mangsa ini....pendekar merayu kepada kalian....tidak perlulah panjang2.... CUKUP SEKADAR MENYATAKAN BAHAWA ANDA MENYOKONG HUKUMAN MATI KE ATAS PEMBUNUH...


..kerana komuniti blogger mempunyai pengikut yang tidak sedikit...pembaca yang tidak sedikit.... SEKALI KITA BERSUARA.... DUNIA INI MAMPU KITA GEGAR!!!! 


PENDEKAR BERKUDA


PENDEKAR DAPAT AWARD LAGI...

...Assalamualaikum...entry kali ini pendekar nak ceritakan tentang award yang pendekar terima dari teman2 blogger...dah lama sebenarnya award ni pendekar dapat..tak sempat nak publish...terperap kat posting entry...haha..sorry ya kawan2...

Award ni dari N4di3ra
Award ni Dari Zaer
....terima kasih kepada anda berdua kerana sudi nak beri pendekar award ni...walaupun sebenarnya pendekar rasa masih belum layak untuk terima award... tapi untuk menjaga hati dan perasaan si pemberi..pendekar terima jugalah ya....

...sebenarnya ada lagi satu award yang pendekar terima tapi pendekar lupa dari siapa..so, pendekar tak dapat nak ambil...nanti bila dah ingat..pendekar publishkan ya...

...award2 ini menyemarakkan lagi semangat pendekar untuk berblogging... terima kasih sekali lagi kepada ZAER dan NADIERA atas award ni ya... (^_^)

 Pendekar Berkuda

p/s :: entry ini cuma bertahan selama 2 jam sahaja..maaf ya..ada entry yang lebih penting....

Wednesday, September 15, 2010

KENAPA DENGAN KITA?? - KES DATUK SOSILAWATI LAWIYA DIBUNUH...

...keyword penting ini...Datuk Sosilawati Lawiya Dibunuh oleh manusia-manusia durjana yang berhati syaitan lagi jahanam....

kenapa pendekar emosi?? kerana pendekar sangat marah... jika benar mereka ini yang membunuh Datuk Sosilawati dan 3 orang yang lain....mereka ini tidak layak untuk hidup menghirup udara di malaysia ini walaupun untuk sekali nafas lagi...

kerana mereka ini sangat kejam..sangat tidak berperi kemanusiaan... di bela oleh ahli politik yang berselindung di sebalik ketirisan undang2 negara.... yang boleh bersandiwara dan memutarbelitkan fakta kerana mereka tahu tentang kelemahan undang2 NEGARA.... seperti mana Pemimpin-Pemimpin parti politik Pembangkang (Pakatan Rakyat) memutarbelitkan fakta2..mencipta isu-isu baru yang tidak ada kena mengena...begitu jugalah mereka ini akan bebas... bebas ..dan bebas lagi...

lihatlah apa yang mereka lakukan dengan kuasa yang ada pada tangan mereka?? membela penjenayah! tidak pernah ada di dalam sejarah negara kita sebelum ini seorang banduan boleh menjadi pemimpin! kedunguan telah terserlah di merata-rata...



bagaimana Dato' Patmanabhan Naliennen ini mendapat gelarannya?? pendekar sangat musykil !!... tolonglah...anda semua hanya mampu bersuara...berteriak sendirian...  apalah salahnya jika anda semua melaknat mereka ini dan sekutu sekapat mereka dengan membuat entry yang menyokong hukuman mati ke atas mereka (jika benar mereka bersalah...)..ini kerana...

PENDEKAR MENYOKONG HUKUMAN MATI KE ATAS PEMBUNUH DATUK SOSILAWATI LAWIYA DAN TEMAN-TEMANYA !!! BUNUH DIBALAS BUNUH!

...nyawa yang hilang tidak mampu untuk ditukar ganti! 

p/s :: kemarahan pendekar memang bukan sedikit....apa lagi bila mendapat tahu bahawa mereka membakar mayat-mayat tersebut....tidak boleh kah jika mereka itu ditanam sahaja? tanamlah di mana-mana asalkan tidak dibakar...kerana mangsa2 itu orang Islam dan bukan orang Hindu, atau Buddha!!!

...ANJING SUNGGUH KALIAN INI WAHAI BANGSAT!

Tuesday, September 14, 2010

Bank Soalan: Wanita Jepun Tabah Pelajari Al Quran

..kisah bagaimana seorang wanita jepun yang tabah memeluk Islam dan mempelajari bacaan Al-Quran...

Puan Afiyah yang berkahwin dengan seorang lelaki Melayu mendalami dan mempelajari al-Quran sedikit demi sedikit... sehingga beliau fasih kemudiannya membaca al-Quran...

...dengan lidah yang berbelit-belit..beliau mula mengenai huruf2 al-Quran...menyebut satu demi satu ayat yang terkandung di dalamnya....

...namun kita?? yang realitinya beragama Islam...memikul beban dakwah yang tidak sedikit di bahu...melepaskan tanggungjawab kita yang sebenarnya kepada yang Maha Esa hanya kerana kita terlalu cintakan dunia dan takutkan mati sedangkan kita tahu bahawa mati itu pasti dan setiap masa dan waktu kita dihujani dengan berita-berita kematian...

sudah alpakah kita?? wahai teman-teman...
ambillah ikhtibar dari saudara kita ini....


...Sila Klik Link Di Bawah Untuk Bacaan Yang seterusnya mengenai wanita ini...

Bank Soalan: Wanita Jepun Tabah Pelajari Al Quran

p/s :: sedikit ilmu harus dikongsi....kerana ilmu yang sedikit itu bisa menjadi banyak.... sedangkan ilmu yang banyak itu bisa sahaja menjadi sedikit... Wallahua'lam...

TERLAMBAT SHARE :: KEK HARI JADI...(^_^)

.... assalamualaikum dan selamat sejahtera....

rakan-rakan blogger sekalian apa khabar??? Pada entry kali ini pendekar akan siarkan gambar kek hari jadi pendekar pada 11 September lalu ya...kek ini adik-beradik pendekar yang belikan.... buat surprise.... sungguh terharu....

sumpah pendekar tak tahu mereka belikan kek untuk pendekar walhal pendekar seharian di rumah.... hehe... kek yang sebesar itupun pendekar tak perasan...hadoi........

kek nya adalah di bawah ini....

Kek dah kena makan...haha...

...tak dapat nak cover nama...malas nak edit..hehe.... pada yang wish pendekar tu....terima kasih ya....

...semoga anda semua berbahagia dan bergembira selalu...hehehe...

..salam sayang dari Pendekar Berkuda....

Pendekar Berkuda

KEYWORD BLOG PENDEKAR = MASITAH ZAINI

.....assalamualaikum dan salam sejahtera....

...pada entry kali ini pendekar kongsi sedikit tentang keyword blog pendekar...
...nampaknya masitah zaini masih lagi menjadi keyword tertinggi untuk blog Pendekar Berkuda....
...Tak pernah putus2 orang mencari maklumat tentang masitah zaini ini ya....
KLIK UNTUK BESARKAN

....siapa Masitah Zaini?? jika anda masih belum mengetahui siapa masitah zaini ini..klik pada namanya.... 



....yang di bawah ini keyword untuk blog pendekar minggu lepas....
KLIK UNTUK MEMBESAR
...dan yang ini pula bila pendekar taip "masitah zaini" di Google Search....wah...blog pendekar berkuda mendapat rating yang tinggi dari Google... tak sangka betul..hehehe...
Klik Untuk Membesar dengan sihat....

....tak sangka betul boleh masuk ranking page first..hehehe....rasanya kalau ramai yang buat entry tentang masitah zaini..pasti akan dapat banyak trafic...selain dari sosilawati lawiya mati dibunuh seperti di bawah ini....semuanya blogger yang bolot rating tu..hehe....

Tak sangka blogger DunSpeakMe dapat rating no 3...wah...cemburu betul dengan anda...

 
....untuk itu kawan2 sekalian...buatlah entry yang mengandungi keyword yang bernilai tinggi..... kat malaysia ni keyword yang bernilai paling tinggi buat masa sekarang adalah keyword SOSILAWATI LAWIYA.... namun yang paling tinggi sepanjang masa adalah keyword melayu boleh, melayu seks, melayu lucah, melayu sabul dan sebagainya yang berunsur 18SX.... sungguh hebat minda orang2 Malaysia ya.... Minda paling kotor....aduhai....


Namun..perjuangan masih perlu diteruskan...

Sunday, September 12, 2010

Dato' Sosilawati DIBUNUH?? DIBAKAR???

Gambar Ihsan Metro
Dato' Sosilawati Lawiya

..khabar angin bertiup kencang di internet...
Dato' Sosilawati Lawiya yang dilaporkan hilang sejak 30hb Ogos 2010 lalu dan gagal dikesan di syaki telah mati dibunuh dan dibakar bersama-sama 3 orang yang dilaporkan hilang bersamanya...
Khabar angin yang tersebar menyatakan bahawa mayat beliau (Dato' Sosilawati) dan 3 orang yang hilang tersebut ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Morib, Selangor...

Saturday, September 11, 2010

SELAMAT HARI RAYA KE-2.....DAN ULANG TAHUN PENDEKAR KE-25 (^_^)

...Assalamualaikum sekalian....selamat hari raya Aidilftri lagi..hehe..bagaimana dengan sambutan hari-raya anda sekalian?? pendekar nak minta ampun dan maaf jika ada yang khilaf dan salah...sudah agak lama pendekar tidak meng"update" entry terbaru... kerana kesibukan pendekar sendiri...tambahan pularamai yang datang ke rumah pendekar untuk beraya... semua adik beradik pendekar pun datang juga ke sini dari kampung...jadinya pendekar sangat sibuk...maafkan pendekar ya...

..oh ya...pendekar terlupa... pada tarikh yang penting hari ini....sejarah yang tercipta pada tarikh ini 25 tahun yang lalu... pada tarikh inilah pendekar dilahirkan...(Selamat Hari Jadi untuk diri pendekar sendiri...)....

Tekan untuk membidik dengan lebih tepat...









11 September...memberikan pelbagai peristiwa yang tidak kurang pendtingnya di dunia...pelbagai macam peristiwa berlaku di sekeliling kita semua.... KLIK SINI untuk maklumat lanjut tentang 11 September dan peristiwa2 yang berlaku di sekeliling kita....

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA.....(^_^)

.....اسلام عليكم ورهمةالله وبركاته ........
دكسمڤتن اين ڤنديكر ماهو مڠوچڤكن سلامت هاري راي ايديلفيتري كڤد تمن٢ سكاليان...
موده٢ن كيتا سموا ديڤليهارا عليه الله دان ديمورهكن رزكي...امين....


Pendekar Berkuda

...sempena hari yang mulia ini..pendekar nak mohon maaf pada yang terkhilaf...terkasar bahasa secara tak sengaja....terambil mana-mana yang dipunya...tercuri di mana-mana...terlanjur kata terluka hati....dengan penuh rendah hati...pendekar memohon ampun dan maaf pada anda semua.... setahun dosa dihimpun...bersama rendahnya hati merafak ampun....pendekar susun sepuluh jari penuh tuntun....bersama hidup yang penuh santun... maafkanlah diri pendekar zahir dan batin ya...

....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MINAL AIDIL WAL FAIZIN.... JAZAKALLAHUKHAIRUN....(^_^)

Pendekar Berkuda
 

Tuesday, September 7, 2010

SURAT CINTA BUAT SANG BIDADARI DUNIA....


اسلامو عليكم ورحمةالله وبركاته

....assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai gadis, wanita, puteri, bidadari yang tercipta dan terlahir ke dunia....di sini pendekar ingin menyampaikan warkah dari hati buat pujaan hati pendekar sekalian.... bukan niat untuk menimbulkan rasa benci...jauh sekali membangkitkan ghairah berahi... namun izinkanlah pendekar meluahkan apa yang tersirat di hati...


...kalian...tercipta dengan selembut2 dan seindah-indah ciptaan ILAHI...yang tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok...yang perlu dibentuk dan di didik dengan hikmah yang lemah-lembut...yang perlu dikasihi dengan lembutnya belaian hati.... kerana kalian adalah pujaan hati para lelaki...termasuklah pendekar di sini....

...namun sayang....betapapun pendekar mencuba untuk memberikan kasih sayang itu...kalian tewas juga dengan pujukan sang perosak iman....kalian sangat rapuh untuk menangkis godaan dunia... kalian menjadi tipu daya dan fitnah untuk lelaki yang sepatutnya menjadi tempat kalian berpaut dan berlindung...  kenapa begitu wahai bidadariku??

...dalam kelembutan kalian...tercipta suatu kekuatan untuk menahan beban dunia...namun kalian tewas pada permainan silap mata dunia....kalian tidak dapat membezakan di antara yang sebenar-benar cinta..dan sepalsu-palsunya sandiwara....
...pendekar sering memerhati...dari sejak lahir ke dunia sehingga kini....dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perlakuan kalian.... masihkah ada sinar untuk pendekar lihat kalian berwajah indah di mata....tenang kala dilihat.... damai tika di sapa....sopan tika di ajak bicara...

Monday, September 6, 2010

PEREMPUAN DAN LELAKI IMPIAN............

sekadar hiasan hantu menjerit...


...Dup..Dup...Dup....debaran jantung makin laju waktu nak menulis entry ini.....tapi digagahkan juga....


....ASSALAMUALAIKUM....dan salam sejahtera buat sekalian teman-teman dan para pmbaca serta follower blog pendekar yang tidak jemu2 mengiringi pendekar dan menemani pendekar berpencak dan bersilat....ekekeke..terima ksih sekalian... (^_^)...


..entry kali ini akan menyentuh mengenai Perempuan/Gadis especially yang Melayu dan Lelaki Idaman mereka....ekekeke....topik yang murah namun sarat dengan isi....dan kritikan dari kaca mata pendekar yang melihat dan memerhati alam sekeliling....


...ketika merangkak..menapak dan berlari mengejar masa yang semakin ligat berputar... pendekar mencari arah..tujuan dan segala macam maklumat dan info yang perlu demi menjadi manusia yang lebih baik...namun keterbatasan masa menghambat keinginan itu... dan dalam pencarian ini..pendekar temui bermacam2 ragam manusia....


...yang pendekar ingin sentuh di sini adalah mengenai perempuan@gadis remaja dan kegilaan mereka kepada lelali2 kafir/fasik sebagai pujaan hati.... alangkah sedihnya hati melihat perkara2 begini....sangat sedih....hiba...sendu dan sayu semuanya berlegar dalam hati..terdetik pertanyaan dalam hati... apa sudah tidak wujudkah lelaki2 yang beriman yang layak menjadi pujaan hati kalian wahai wanita!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


.....kalian mengharap yang soleh..yang baik dan yang taat dan tidak tinggal solat lagi bertakwa...namun dalam hati kalian memilih lelaki fasik lagi kafir sebagai pujaan dan dengan bangganya kalian mencanang kepada seluruh dunia bahawa lelaki seperti inilah pujaan hati kalian!!!!! apa sudah butakah mata dan hati kalian!!!! Ciss...perempuan seperti kalian tidak layak untuk mengharap hormat dari pendekar!....


...maaf agak emosi..namun pendekar menulis kerana penuh rasa marah dan benci dengan perempuan yang selalu menyalahkan lelaki melayu dan muslim jika mereka diperlakukan dengan seburuknya..namun tak pernah sdar bahawa mereka sendiri yang menyumbang kepada perlakuan tersebut!!!


...tidak akan kucing menyambar ikan jika tidak kerana ikan itu menggedek2..... ptuiihhh!!!


.....salam hari isnin dan selamat berpuasa....



 

Wednesday, September 1, 2010

PERMINTAAN PENDEKAR...

anda sangat istimewa....(^_^)
... Assalamualaikum semua.... pendekar baru balik dari bazar.... nak buat entry tapi masa suntuk....nak ajak kawan2 semua check balik widget anda ya... sebab ada di antar blogger yang buat "HIDDEN SHOUTBOX" membawa bersama malware ke apa namanya yang keluar pop-up tu.... tolonglah ya.... banyak sangat yang keluar macam tu especially yang guna widget2 tambahan yang diragui... 

bukan apa....kadang2 benda itu menyebabkan pendekar rasa malas nak masuk ke dalam blog anda.... sebab setiap kali masuk keluar pop-up.... klik je shoutbox pop-up lagi.... hadoi....pening nak men"delete".....

so...pendekar harap kepada rakan2 blogger yang memiliki "HIDDEN SHOUTBOX" tu....silalah check semula ya... nak check sama ada ada pop-up ke tak....klik aja kat shoutbox anda....pls...pendekar merayu kepada anda... atau jika tidak, pendekar minta maaf jika pendekar tidak datang lagi ke blog anda ya.... semua ini untuk kebaikan semua pihak....

...kerjasama anda amat dihargai....pendekar kasih akan anda semua....(^_^) 
..pendekar mengkritik bukan untuk mengutuk atau bermusuh... namun pendekar terpaksa juga memberitahu kerana perkara ini sangat penting...silap hari bulan..ada virus yang keluar...

Salam Kasih dari Pendekar Berkuda....



COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda