Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA DARI KACA MATA PENDEKAR...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

...Assalamualaikum teman-teman....dan juga rakan-rakan pembaca sekalian... Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ! Apakah yang anda sekalian lakukan di malam merdeka ini ya??

...syukur...kita masih lagi bebas dan bergelar rakyat kepada sebuah negara yang merdeka....
 ...dan pendekar ingin mengulas dan memberikan pendapat sendiri dari kacamata pendekar tentang kemerdekaan kita pada entry kali ini....

..saban tahun kita meraikan Hari Kemerdekaan...Saban tahun juga kita menyambutnya dengan pelbagai ragam, acara dan persembahan....namun yang terpenting dan yang paling atas sekali ialah bagaimana kita menafsirkan kemerdekaan itu sendiri dari sudut diri kita...

...kenapa ya...di sebalik laungan kemerdekaan itu...kita telah mencemarkannya dengan pelbagai ragam2 dan kelakuan yang melampaui batasan... jika anda buka mata dan pasang telinga... anda akan dapati bahawa banyaknya kecacatan yang dibawa oleh malam merdeka ini... kerana di malam merdeka inilah juga segala masalah sosial mencapai titik kemuncaknya.... pendekar harap anda faham apa yang pendekar maksudkan kerana pendekar tidak mahu menceritakan dengan panjang lebar tentang masalah ini.... kerana bukan itu tujuannya pendekar menulis entry kali ini....

...Situasi malam merdeka..di mana kebebasan muda mudi mencapai kemuncaknya memandangkan esok harinya adalah cuti umum...maka berlambaklah "couple2" , "golongan hedonisme" , "mat2 rempit" dan sebagainya menunjukkan kehandalan dan kehebatan masing2 yang tidak terfikirkan oleh kita....malam ini merupakan malam di mana gerombolan pelaku kejahatan dan maksiat yang paling besar berpesta dan bersuka-sukaan dalam jumlah yang besar...jika anda tidak setuju dengan pendekar...ABAIKAN entry pendekar kali ini....


Monday, August 30, 2010

TEKA-TEKI BIJAK PANDAI..HEHE...

.................ASSALAMUALAIKUM..........  

disini pendekar nak bagi jawapan secara ilmiah bukan secara ilmu matematik...sebab kalau pakai ilmu matematik sahaja..jawapan tu tergantung...jawapan pendekar pula ada unsur-unsur sindiran dan pematah putar belit..ekeke..jom tengok teka teki ini..ekeke...


....soalannya..mana pergi RM1 ???

MEMECAH REKOD VISITOR HITS....

اسلام عليكم ورهمة الله وبركاته


Penangan Blogwalking
.....salam sejahtera buat teman-teman dan para pengikut serta pembaca blog Pendekar Berkuda....mudah-mudahan anda sentiasa ceria, gembira dan bahagia dalam apa jua yang anda lakukan....

 ...entry kali ini akan memberikan info dan maklumat kepada anda sekalian tentang blog Pendekar Berkuda yang pendekar miliki....

..TERPERANJAT...TERKEJUT...TERHARU..

Sunday, August 29, 2010

PENDEKAR BERKUDA = SOUND TROUBLE PERSON....

Bahana jiwang sangat...ekekeke...

...assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger serta penyelidik di sini..pengembara..penchari ilmu..penchari cinta..penchari makrifah...dan sebagainya...semoga anda sihat sentiasa...(^_^)...

...entry kali ini akan sedikit menyentuh tentang diri pendekar.... siapa pendekar?? 

...okay..dimulakan...pendekar dilahirkan dari keturunan kampar dan siak dari sumatera, INDONESIA....maaf jika ada yang menjadikan ini sebagai suatu isu....terutamanya kepada mereka-mereka yang memandang isu INDONESIA-MALAYSIA sebagai isu yang sangat menjengkelkan lagi jijik ....kita berhenti setakat ini tentang isu ini..kerana jka diteruskan mesti tidak akan cukup ruang untuk menulis....


.....ibu dan ayah pendekar merupakan perantau untuk mencari sedikit rezeki...walaupun kehidupan di kampung sudah lebih dari cukup untuk menampung keperluan hidup mereka...arwah abah pendekar lebih suka merantau....dan dari situlah beliau tiba ke sini.... sedikit selitan..

:: RESULT KALI PERTAMA :: UNTUK POLL ::



.........ASSALAMUALAIKUM.....Dan Salam Sejahtera buat teman-teman dan pembaca sekalian..tidak kiralah siapa anda.. selamat datang ke entry baru pendekar...hehehe...


...Sebelum itu pendekar nak tanya....berapa ramai yang tahu bahawa pendekar ada buat poll kat bawah tu..bawah blog post...mesti tak ramai kan?? (padan la yang yang vote cuma 7 orang termasuk pendekar sendiri..ekekeke...kantoi sudaaaaahhhh.......hehe~.....) dan kalau ada pun yang tahu pun mesti ada yang segan/malu/taknak terlibat dengan polling yang pendekar letak tu kan?? 
Apa-apapun biarlah pendekar beritahu resultnya okay....

#3 :: ISU MURTAD MASITAH ZAINI....


...ketika membaca entry ini di blog PAPAGOMO...memang terperanjat pendekar... Masitah Zaini...warga Singapura berketurunan Melayu terang-terang mengaku bahawa dia mengakui ketuhanan JESUS! (maaf teman2 christian...pendekar cuma berhujah mengenai seorang penganut agama ISLAM...tidak berniat menghina...)
......pengakuan oleh nya dibuat terang2 di laman sosial FACEBOOK nya....yang memeranjatkan teman-teman dan rakan sekalian...namun ramai juga yang suka....seperti salah seorang yang menarik perhatian pendekar...adiknya sendiri... Mastura Zaini (dah tukar nama menjadi Mastura Zaini-Robert...)

Saturday, August 28, 2010

#2 :: ISU AHLI PARLIMEN SERDANG MEMBERI CERAMAH DALAM SURAU KAJANG SENTRAL

isu
Credit to - my-sensasi
Credit to - my-sensasi

...entah bagaimana dan kenapa isu macam ni boleh berlaku... sama ada di atas kebodohan si penganjur dan jawatankuasa masjid yang mendahulukan kepentingan diri daripada menjaga kesucian rumah ALLAH... menurut laporan MALAYSIAKINI, si Teo Nie Ching (MP Serdang) telah bertanya kepada AJK surau sama ada perlukah beliau memakai Tudung ketika memasuki surau?? namun jawatankuasa membenarkannya dan dari itu terjadilah kes seperti ini.... anda fikirkanlah sebabnya.... dalam banyak2 tempat...kenapa surau pula yang menjadi pilihan?? tiadakah tempat lain?? adakah mereka-mereka ini sudah tumpul otaknya sehingga perkara yang begitu mudah tidak mampu untuk difikirkan??
.....bengang lagi...

ARRRRGGGGHHH ! ! ! ! PANAS + BENGANG + MARAH = !@#$%^!*! !



...Assalamualaikum dan selamat sejahtera... khusus buat teman-teman blogger dan silent readers Pendekar Berkuda....semoga anda sihat selalu.... dan tabah menghadapi dugaan dan ujian....

...okay straight to the point..pada entry kali ini pendekar akan menyentuh 3 isu yang sangat memeningkan dan membengangkan kepala otak pendekar...pendekar dah baca, lihat dan perhatikan 3 isu ini sebanyak yang mungkn...walaupun sebenarnya pendekar awal2 lagi dah marah... namun pendekar cuba untuk tahan dan kaji selidik perkara itu sebenar-benarnya...



#1 :: NAMEWEE dan VIDEO RACISM TERBARUNYA...

SI LAHANAT YANG KURANG AJAR LAGI BIADAB

...siapa yang tak kenal dengan Namewee... si pengkhianat yang berkali2 memburukkan dan menghina segala aspek kehidupan kita di malaysia...dari lagu Negarakuku yang diciptanya sehinggalah macam2 lagi yang dibuatnya... dan yang terbaru adalah Video Clip menghina Cikgu Siti Inshah, seorang guru besar dari Johor... 

...Si lahanat lagi sangat kurang ajar Nameewee menggunakan bahasa kasar lagi biadab terhadap Cikgu Siti yang  beragama ISLAM...seperti FUCK YOU dan SUCK BANANA (anda semua pasti tahu apa yang si lahanat ini maksudkan bukan...)..cuba letakkan jika Cikgu Siti itu adalah mak./ibu/mama/mummy/ummi anda! apa yang anda rasa??

..Si Namewee ini juga menggunakan perkataan kurang ajar kepada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia...).. Bukankah itu sudah melampau namanya?? 
..asalnya..isu ini hanyalah kecil jika tidak kerana si pengkhianat2 dan pemuka2 fitnah itu menyebarluaskan cerita ini seluas2nya...dari sejengkal maka akhirnya jadi berbatu2! sungguh bijak pemuka2 politik murahan ini..ciss! 

...Pendekar berterus-terang sahaja..jika pendekar dapat si Namewee ini di depan muka pendekar...jika tidak merasa sebijik penampar dan penumbuk dari pendekar memang pendekar sanggup berhenti menulis!
...bengang!....

......................................PENDEKAR BERKUDA.........................................

PEMANDANGAN DI DALAM KAABAH..MASYAALLAH....

...Assalamualaikum...dah dua hari tak buat entry..maaf...masih belum ada mood untuk menulis...
...namun pendekar dapat ini dari TiubAnda dan nak kongsikan bersama anda semua sebagai info untuk kita semua... kepada sesiapa yang belum pernah lihat... dan ingin melihat.....LIHATLAH......dan..NIKMATILAH....


...Pendekar nak tanya...apa perasaan anda ketika dan selepas menonton video in?? berdebar-debar bukan?? jantung berdegup laju sekali.... kemudian terasa sayu sekali.... betul tak??


p/s :: kepada saudara seislam..mudah-mudahan kita dimurahkan rezeki untuk menemuiNYA di rumahNYA....kalau dapat masuk ke dalam lagi syukur kan kan kan?? Selamat beramal teman-teman sekalian... (^_^)

Thursday, August 26, 2010

VIDEO MALAIKAT DI ATAS KAABAH HANYALAH REKAAN

ASSALAMUALAIKUM....
KALI INI PENDEKAR KONGSI SESUATU DENGAN ANDA...
JANGAN PERCAYA SESUATU YANG DATANG DENGAN MEMBUTA-TULI...

:: ORIGINAL ::


VIDEO MALAIKAT DI ATAS KAABAH SEDANG MELETUP DI FACEBOOK SEKARANG NI... MUDAH-MUDAHAN INFO INI MEMBANTU ANDA...



PENIPUAN YANG TERCELA....PENJELASAN KEPADA VIDEO MALAIKAT DI ATAS KAABAH...

VIDEO INI DI BERIKAN OLEH SEORANG SAUDARA KITA DARI SEBERANG....
NAUZUBILLAH...

SEMOGA INI DAPAT MEMBANTU ANDA...(^_^)...

P/S : Pendekar tak nafikan kebaikan berdakwah...tetapi biarlah dakwah itu benar dalam segala segi...supaya kelak tidak akan ada orang mempertikaikan mengenai kebenaran sumber dan fakta yang kita sajikan.... Salam Perjuangan....(^_^)

Wednesday, August 25, 2010

ANUGERAH ke AWARD??? = YANG PERTAMA....(^_^) dari ANNA...TQ...

...ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA......

...Perhatian kepada semua blogger-blogger... di sini ada satu pengumuman....
...bahawasanya Pendekar Telah Menerima Award dari Cik ANNAZIRAH
...Terima Kasih kepada beliau kerana sudi memberikan award kepada pendekar yang baru seminggu jagung membikin blog ini... Credit Kepada Cik ANNA okay??

Actually dari blogger lightofdaprincess... haha...
 ...tahu apa kelebihan award ini?? Backlink...haha... siapa-siapa yang yang dapat award ni akan dapat backlink sekian2 dari sini... betul??

... okay....straight to the point....kena jawab 1 soalan cepumas dulu ni...haha....

1. Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka ataupun bersahur.

:: berbuka dengan air...especially air kelapa....
:: kuih tat nenas...ada ka?? ahaks...
:: ayam golek kingkong... haha...
:: nasi putih dengan tempe goreng pedas...
:: kuih muih sudah pasti... haha...
:: kurma...
:: kari kambing biri-biri...haha...

okay dah jawab...ahahaha...

Kemudian, masa untuk menge'tag' siapa-siapa yang patut terima award ni... anda yang kena tag ni ambil sendiri award ni tau...pendekar takda duit nak bayar kos posmen...hahaha...

2. Kemudian, tag 5 rakan blogger yang lain.  

:: -zaer- yang gila tenet...haha... ::
:: -cik sherry- yang nak jadi pendekar juga...haha... ::
:: -imesra- yang selalu kene serang dengan pendekar...haha ::
:: -jipang- tokey kedai mp3...haha... ::
:: -n4dhier4 -yang selalu kena serang jugak...haha... ::   
:: -CgMas- yang selalu komen entry pendekar...terima kasih..(^_^) ::
 
Semua blogger yang singgah pendekar nak kasi.... camna ni??
So, pendekar amik keputusan...anda ambillah hadiah ni ya...hehe... setiap orang satu... (^_^)  
 
 
Actually dari blogger lightofdaprincess... haha...
Terima Kasih Sekalian...(^_^)
 

Tuesday, August 24, 2010

MAKA...BERMULALAH PERJUANGAN...

.....Assalamualaikum teman-teman sekalian....mudah-mudahan anda sekalian di bawah lindungan rahmat-Nya...Amin...kepada saudara-saudara yang berpuasa... pendekar ucapkan tahniah dan syabas kerana masih lagi kental jiwa dan iman menghadapi dugaan berpuasa... tahniah! (^_^)...

....Seperti tajuk entry pendekar pada kali ini.... maka mulai saat ini bermulalah PERJUANGAN pendekar yang sebenar...menyampaikan apa yang perlu disampaikan... mencurah apa yang perlu di curah... pendekar harap mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari teman-teman sekalian serta para pembaca....

...." sampaikanlah olehmu walau satu ayat "... perkataan yang mudah...

LELONG.MY = APA YANG PERLU ANDA TAHU??

......Waccchhhhaaaaaaaaaa............ooopppsssssssss.....terbabas....hehe...(^_^)
......Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman sekalian.... 

...untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan..(haih...melebih-lebih pulak dah pendekar ni...haha...)... STOP!  ....untuk makluman teman-teman sekalian....pada entry kali ini pendekar akan huraikan sedikit mengenai sponsor-sponsor kita yang sudi untuk menabur duit $$ kepada kita bagi mempromosikan perkhidmatan / barangan mereka... haha....murah hati betul kan kan kan??..haha...

...entry yang pertama... LELONG.MY..... 
Lelong.My....KLIK SINI

...apakah Lelong.My ini?? fungsinya? perkhidmatan yang ditawarkan? boleh buat duit tak? boleh tambah side income tak di sini?? itulah antara kupasan pendekar pada kali ini...


...LELONG.MY.... portal lelongan umum....

...mukaddimah :: sila tonton Cerita 3 ABDUL lakonan Tan Sri P. Ramlee...hehe...lelong itu sendiri dah terpacak kukuh dalam minda kita sebagai suatu cara untuk melariskan jualan dan mendapatkan wang melalui jualan (biasanya barangan) secara bidding... dengan harga yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli.... penjual akan meletakkan satu harga terendah bagi sesuatu produk bagi menarik minat pembeli untuk membida produk tersebut (kadang2 ja kena bida...kalau barang murah jarang orang nak bida...) hanya pembida yang meletakkan harga tertinggi daripada semua pembida akan memiliki barangan tersebut... (kena bayar la dulu...haha...ingat free ka??..)


...Kewujudan portal Lelong.My memudahkan para penjual untuk menjual produk mereka dengan cara yang lebih pantas...hatta kalau anda mahu melelong jam ke...rantai ke...kereta ke.... pergilah ke Lelong.My... mana tahu anda boleh dapat harga yang lebih daripada yang ditawarkan oleh orang lain...hehe... di sini..para pembeli pula boleh mendapatkan barangan yang diingini oleh mereka dengan harga yang mungkin lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai atau shopping mall...haha...untung tau...

...di portal ini...anda bisa perlu mendaftar sama ada sebagai BUYER (Pembeli) mahupun SELLER (Penjual / Orang yang memiliki barangan...)... anda tidak perlu membayar apa-apa pun di sini... cuma mungkin selepas setiap urus niaga yang berjaya...penjual akan di caj sekian sekian...haha...faham-faham sendirilah ya... hehe...hak-hak pembeli akan dilindungi di sini... jadi tak perlu risau tak dapat barang lepas bayar ya...bagus tu...(^_^)

...yang bagusnya tentang portal ini...ia membantu para peniaga untuk menjual barangan yang tidak dapat dijual di waktu biasa..ataupun stok-stok lama yang tak dapat dihabiskan jualannya selepas tempoh masa yang ditentukan.... kalau pasal makanan...jangan harap boleh lelong.... sedekah bagi kat anak-anak yatim ja la ya..haha...dapat juga pahala..kan kan kan??



....Justeru itu...kepada para-peniaga yang mahu melariskan / menghabiskan stok barangan / perkhidmatan mereka dengan lebih cepat tanpa mengeluarkan kos promosi yang tinggi... pendekar sarankan kepada anda sekalian untuk mencuba di Lelong.My...


...portal ini juga mengandungi commnunity site ataupun forum yang membolehkan para penjual/pembeli berinteraksi dan berkongsi ilmu/maklumat tentang barangan yang ditawarkan.... boleh juga join walaupun anda tak jual/beli barang...nak usha awek atau pakwe pun boleh..haha....


...Sekian tentang sponsor kita yang pertama untuk minggu ini....


P/s :: Kredit ditujukan kepada WWW.NUFFNANG.COM.MY kerana membantu para blogger untuk menjana pendapatan tanpa mengetepikan semangat tolong-menolong di antara kita... SYABAS Mr NUFFY!  semoga kalian terus sukses!...hehe... (^_^)
 
Pendekar Berkuda - " Pendekar Terulung Tidak Tercipta Sedetik Cuma "

Monday, August 23, 2010

MASA PALING IDEAL UNTUK BERPENCAK-MENEMBAK-MENENDANG-MEMIJAK....

Harap maaf...gambar ini tiada kaitan dengan entry..terima kasih...KLIK SINI

....Wacchhhhaaaa.....bertemu lagi...(sambil melangkah ke arena dengan penuh sigap...hehe...)....apa?? tak tahu apa itu sigap?? pergi balik sekolah semak balik kamus....tak pun tanya cikgu...haha...(=.=)

...kali ini pendekar akan pecahkan satu rahsia yang mungkin akan memberikan idea kepada anda sekalian...anda pasti faham maksud tajuk entry di atas bukan?? kalau tak faham...sila msg pendekar kat SHOUTBOX ya...


...straight to the topic... pendekar dah perhatikan keadaan dan perjalanan trafik si mangsa... pendekar dapati mangsa akan muncul secara beramai-ramai setiap 6 jam sekali... bermula jam sebelas malam - dua belas malam.... antara 5pagi hingga 7 pagi.... serta dari jam 12pm sehingga 1pm.... namun kurang sedikit ketika maghrib menjelma...pendekar pun tak tahu kenapa...hehe... 

maka, pendekar nasihatkan anda semua untuk menyediakan peralatan, ilmu serta strategi yang terbaik bagi menghadapi mangsa ini.... ini bagi memastikan anda berjaya menumpaskan seberapa banyak mungkin mangsa yang memunculkan dirinya.... selamat berjaya!!... haha...




:: Pssssttt :: jangan bocor rahsia ya..pendekar taknak di lucutkan pangkat oleh bos nanti...huhuhu....biar pecah di otak..jangan pecah di blog okay??? selamat berpencak-menembak-menendang-memijak dan sebagainya...(^_^)

...Pendekar Berkuda... - Pendekar Terulung Tidak Tercipta Sedetik Cuma

BE PERTAMA....THANK YOU MR NUFFY..(^_^)...

...assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman sekalian.... pendekar doakan anda sekalian sehat sentiasa.... terutamanya kepada blogger-blogger yang rajin dan gigih berusaha untuk mendapatkan buffered earning atau ringkasnya BE...

...hari ini...pendekar baru sahaja check earning pendekar..RM4.75...hehehe..walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya ada juga earning untuk pendekar kan?? TERIMA KASIH MR NUFFY yang baik Hati...(^_^)...

...tapi kan..yang anehnya..pendekar tak dapat pun CTR untuk campaign mastercard or digi blackberry.... pening2..kenapa agaknya ya...banyak betul campaign yang di listkan...tapi hampir separuh daripadanya langsung tak ada CTR...huhu...betul2 tak faham.... tak apa...nanti tanya mr nuffy la....


....alhamdulillah...BE yang pertama ini telah menyemarakkan lagi semangat pendekar untuk berblogging dan berblogwalking.... haha...harap2 pendekar tak kena turun pangkat la ya.... takut juga jadi ordinary... jangan ya mr nuffy... pendekar orang baru..huhu...


...apa yang pendekar perasan...pendekar dapat 100% CTR untuk Lelong.My... masyaALLAH..besar tu..hehe...lihat data di bawah ni...klik pada gambar untuk besarkan ya...


Campaign yang ada CTR....
...di bawah ini pula campaign-campaign yang pendekar tak dapat CTR...




...sekali lagi pendekar nak ucapka TERIMA KASIH pada Mr NUFFY...teman-teman sekalian, pengikut Pendekar Berkuda dan juga kepada silent readers pendekar...terima kasih yang tak terhingga ya... lain kali rajin-rajinlah singgah lagi ke mari ya... terima kaseeehhh!....


...selamat berbuka puasa... (^_^)


Pendekar Berkuda

 


SHOUTBOX + CBOX = BLOGGING ENTITY

.....salam sejahtera semua...bertemu lagi kita...hehe....macam tak ada ayat lain...biasalah kan..pembuka kata... hehe...

...okay...straight to the point.... pada entry kali ini pendekar akan ceritakan tentang apa yang biasa pada kita tapi pentingnya kewujudan entity ini dalam menjamin kesinambungan blog kita....

 SHOUTBOX
&
CBOX

anda :: apa ni pendekar?? tak ada topik lain ke nak cerita??
pendekar :: sabar-sabar....dengar baca dulu apa yang pendekar nak tulis....


Shoutbox a.k.a Kotak Jerit/Pekik
Shoutbox
....apa itu shoutbox? kenapa penting?? apa yang dia boleh buat??
...semasa mula-mula berblogging...pendekar tak letakkan lagi entity ini... maklumlah orang baru... banyak lagi yang perlu pendekar pelajari....lagipun tujuan asal pendekar berblogging hanyalah untuk berkongsi pandangan dan pendapat dengan anda sekalian... bagaimana nak promosi blog...pendekar langsung tak tahu... (memang newbie sangat...)

....dan kalau pendekar tak promosi blog...bagaimana pendekar nak dapatkan pembaca untuk membaca entry-entry dan pandangan-luahan-cetusan-rasa hati pendekar..betul tak??
...mula-mula...pendekar melangkah dari satu blog ke satu blog menggunakan blogger punya option... (nexk blog option la...apa lagi kan??)....kemudian...pendekar dapati kebanyakan blogger ada satu entity..(shoutbox/cbox la..apa lagi...hehe...) yang membolehkan para pelawat meninggalkan jejak.... dari situ...pendekar dapati keistimewaan entity ini pada blog....maka, tanpa buang masa...pendekar terus click pada GET YOUR SHOUTMIX....hehe...macam ya-ya ja pendekar ni...tapi memang betul pun... 

.....after that (haih....speaking pulak...hadoii....), pendekar dengan penuh ketelitiannya...(tipu la pendekar..punya la senang nak install shoutmix tu kat blog...) meny'install'kan entity ini pada blog pendekar...kerana apa?? supaya pendekar dapat detect para pengunjung yang datang...dan bila pendekar pergi ke shoutbox mereka...pendekar boleh nampak blogger lain...sudah pasti anda semua dapat mengagak apa yang pendekar lakukan...kan?? hehe.... dari situlah pendekar mula tahu dan kenal kebanyakan blogger... hatta mungkin anda sendiri...hehe...

....bermula dari hari itu..(saat ke hari pendekar??..haih...)....pendekar mula rajin berblogwalking.... lompat sana sini naik kuda....haha....mana kuda?? kuda kepang ke kuda jipang....(alamak...ampun jipang...tersasul...haha...jangan marah...(^_^)....)

... kemudian...traffic pendekar tidak pernah turun kurang daripada 100 hits sehari....syukur alhamdulillah...tapi takut juga...semalam traffic macam kurang ja..(semalam tak online..huuu....)...ngeri....huuuu.......

....oleh itu... pendekar nasihatkan supaya anda sekalian mengutamakan SHOUTBOX / CBOX anda diletakkan di tempat yang mudah dilihat...jangan disorok...(ramai juga yang sorok..jenuh pendekar cari...kalau jumpa..nasiblah...kalau tak jumpa pun nasib juga...kan kan kan??...)..dan pada yang belum ada tu..cepat-cepatlah install SHOUTBOX anda ya...KLIK SINI...
...keduanya...setiap kali anda melawat atau mengunjungi halaman orang lain..tinggalkan lah jejak...atau pijak lah mana-mana karpet yang sepatutnya..supaya tuan rumah dapat mengesan dan mengetahui sipakah anda...kerana bukti cap jari tapak kaki anda terdapat di halaman rumahnya.... jadi tuan punya rumah mungkin atau sudah pasti akan mengunjungi anda untuk mengetahui dan membalas kunjungan anda...(walaupun anda berkunjung cuma 5 saat...haha...)

...selain itu..ya selain itu...hargailah pengunjung anda...tidak kira siapapun mereka...hatta jika mereka pijak merata-rata di halaman anda...ataupun tanam semak/belukar di kotak jerit anda...kerana tanpa mereka...anda (termasuklah pendekar..) tak mungkin akan memperolehi kunjungan yang tinggi di rumah anda....apabila tiada kunjungan yang tinggi...maka tiadalah pembaca untuk entry anda...(segelintir sahaja yang tahu bahawa rumah anda wujud....)...macam rumah terpencil gitu...hehe...

...sekian untuk kali ini....nanti pendekar buat entry yang lain pula ya..mata dah pejam-celik-pejam-celik dah ni...kuyu..haha....dah mengantuk...huuuu........selamat malam...wassalam...
p/s :: jangan lupa tinggalkan jejak ya...dan pijak karpet yang berkelip2 sekali....hehehehe... terima kaseeehhh!...

PENDEKAR BERKUDA - " Pendekar Terulung Tidak Tercipta Sedetik Cuma "

Sunday, August 22, 2010

....BARU SEHARI....MENDAPATKAN >100 UV SEHARI

...assalamualaikum....

...apa khabar teman-teman sekalian?? baru sehari pendekar tak menghadap skrin lappy...dah rindu rasanya pada teman-teman blogger sekalian...hehe... maaflah pada yang pendekar tak dapat lawat  ke blog anda lagi ya.... insyaALLAH...pendekar akan balas juga kunjungan anda sekalian selepas ini...


...mudah-mudahan bulan ramadhan ini tidak mendatangkan ujian dan dugaan yang besar pada teman-teman pendekar yang disayangi...(jiwa-jiwa lah pulak..hehe...)


...ada setakat ini...5 hari berturut-turut pendekar mendapat hit melebihi 100...terima kasih pada yang sudi singgah ke sini melawat pendekar ya.... maaflah sebab pendekar tak hidangkan entry baru untuk anda.... bukan bermaksud pendekar tidak mahu...tetapi pendekar kesuntukan masa untuk mengarang entry baru buat anda...maafkan pendekar ya??


...pada entry sebelum ini, ada teman yang bertanyakan tentang bagaimana pendekar mendapat lebih daripada 100 UV sehari...


...di bawah ini pendekar sertakan data tentang UV untuk blog PENDEKAR BERKUDA ya...lihatlah...


Hits yang pendekar dapat untuk 7 hari...sejak kali pertama pendekar buat blog ini...
...pendekar masih baru...baru lagi menapak di laman blogging ini...sungguh tak sangka...baru seminggu blog pendekar berkuda dilancarkan..sudah lebih daripada 1000 hits yang pendekar terima...terima kasih pada anda sekalian...dan juga kepada silent readers pendekar... tanpa kalian semua...tak mungkin pendekar akan mendapat hits seperti ini... terima kasih daun keladi sekali lagi... (^_^)...


...pendekar tidak mempunyai kepakaran bagaiman nak terangkan tentang ini sebenarnya... apa yang pendekar lakukan...cuma blogwalking dan blogwalking.... bagaimana?? di sini pendekar terangkan tentang satu keistimewaan dan bagaimana hendak berblogwalking dengan berkesan....


...kalian lihat di blog pendekar tiada satu pun exchange link yang pendekar letakkan di sini (sebelum ini...hehe...)..... pendekar cuma letakkan sesuatu yang biasa anda semua lihat...yang biasa pada kebanyakan orang...tapi yang luar biasa pada pandangan orang lain... apakah itu?? jawapannya di entry seterusnya... hehehe....tunggu.....
Yang ini dari nuffnang... lihat ya jumlah visit...jangan tengok jumlah UNIQUE...hehehe...


Friday, August 20, 2010

SELEPAS PENAT KEMBARA

...assalamualaikum...

...entry kali ini mungkin agak berlainan dari entry-entry sebelum ni...hehe...saja pendekar nak tukar style sebentar...bukan tukar style dalam berfikir ya...tapi tukar style dalam penulisan entry.... ahaks...


...hari ni pendekar pergi kembara dari satu halaman/blog ke satu halaman yang lain... pendekar jumpa macam2 ragam blogger... entry2 yang menarik dan kadang2 memecahk-lumat-letup-kan perut dan usus pendekar....sungguh bahaya mereka-mereka ini...hahaha...


...di antara semua itu juga..pendekar dapar menimba ilmu-ilmu penting dalam arena blogging...tentang coding...cara nak increase traffic...bagaimana nak kekalkan traffic anda...(pendekar maintain traffic >100 hits sehari sejak 3hari lepas..hehe...terima kasih..(^_^)...)

...ramai juga di antara blogger2 senior yang komplen tentang bloggers kejar-trafic-dot-com dan kejar-duit-dot-com...yang pada pendapat mereka sangat-sangatlah annoying.... itu apa yang pendekar perhatikan lah...bacalah entry mereka...DI SINI (maaf amoi...promot anda di sini...takda niat lain...hehe...)

...tidak kurang juga yang buat entry kritikan yang berunsur ilmiah seperti yang pendekar dapat dari laman MyAdsFeed, BenAshaari, Kujie , DenaiHati, MariBinaBlog , Teratak Muncet,  dan sebagainya...


...juga terdapat blogger yang membebel-tazkirah-tarbiyah-ceramah-omel-kan diri mereka...namun semuanya penuh dengan isi dan inti..bukan hanya omongan kosong....hehe..
salute to.. Sherry, CikguFarha, CengkihKali dan ramai lagi yang tak dapat pendekar coretkan di sini...


oh ya...pendekar juga terjumpa blog Penceramah-Komentator-Pengkritik-Pendakwah kegemaran pendekar iaitu DrMaza dan Ridhuan Tee....


ramai lagi sebenarnya yang belum pendekar jumpa... semuanya bertebaran di dunia blogging...

namun apa yang pasti...semakin jauh kita pergi...semakin banyak rasanya yang perlu kita pelajari... nauzubillah...





p/s :: kalau ada yang tak diletakkan di sini..pendekar mintak maaf ya...malas nak letak banyak-banyak...letak saja apa-apa yang terlintas di kepala..hehe...

Salam Ramadhan dan Selamat Berbuka Puasa... (^_^)





MERANGKAK, BERTATIH DAN BERLARI


merangkak aku bertatih dan berlari untuk mengejar pelangi cinta semalam...
namun masa yang pantas...melenyapkan sisa sisa harapan yang ada...
tapi akan ku terus merangkak...
akan ku terus bertatih...
dan akan ku terus berlari...
untuk mengejar pelangi esok...
meski tak pernah ku tahu...
masih adakah pelangi esok buatku....


kerana...
tika malam mula menyisip...
cengkerik pun  mula  berbisik...
dan saatnya mentari mula melirik...
mimpi berlabuh bersama kicauan unggas di perbukitan...
aku terdampar di lautan gelora...
bagai layaran yang hilang kemudinya....


ku labuhkan sauh duka...
sebelum ku teruskan pelayaran hidup...
mencari erti sebuah cinta...
lewat ombak yang beralun duka....


:: Prince of Knight ::



Thursday, August 19, 2010

DUNIA PUISI PENDEKAR

....assalamualaikum teman-teman seperjuangan....

...entry kali ini pendekar akan muatkan koleksi puisi-puisi yang pernah hamba hasilkan....

...pada yang terasa nak mengklik butang "comment" tu silakan ya...

...pendekar mengharapkan kritikan dan cadangan dari anda semua....

...selamat menikmati puisi terindah dari pendekar... (^_^)

Perhatian :: Harimau ini ada sedikit kaitan dengan entry kali ini...tafsirkan..hehe..

 

......BUUURRRP...ALHAMDULILLAH...

:: Ikan masak 3 rasa... ::
 ....selamat berbuka puasa kepada teman-teman blogger...hari ini anda semua berbuka dengan apa ya?? gambar di atas adalah salah satu daripada juadah berbuka hamba hari ini... (credit to my sis...sedap plak dia masak...hehe...)


....di mana pun kita...apa-apapun yang kita buat..hanya orang yang berpuasa sahaja tahu nikmatnya berpuasa.... hanya orang yang berpuasa juga tahu nikmatnya berbuka....


....hamba berkata bukan sekadar omong-omong kosong....jika anda salah seorang daripadanya..hamba pasti anda akan bersetuju dengan pendeapat pendapat hamba bukan???....


....di kesempatan yang sedikit ini... hamba ingin mengucapkan selamat menikmati IBADAH RAMADHAN kepada teman-teman pendekar sekalian.... 


....ingatlah betapa mewahpun kita....betapa kuatpun iman kita...betapa mampu pun kita..... pasti akan ada suaatu ketika kita akan merasa sangat miskin....sangat lemah...dan sangat tak berdaya....


...jadi marilah kita nikmati kehidupan dengan seadanya dengan tidak melupakan pada yang tidak berdaya seperti kita... 


Salam Ramadhan.. :: (^_^)


:: hamba terjumpa satu blog yang menarik :: klik sini :: ya teman-teman.. :: (^_^) ::



RATAPAN GAZA


...ketika di selempangkan selendang putih...
...ketika dihadiahkan ayat suci.... 
...menangis sang syuhada melihat jasad....
...namun bukan tangisan penuh hiba....
...hanya tangisan penuh makna....
...menyambut hamba kembali padaNYA.....

....nun di luar sana....
...sang keluarga meratap hiba....
...ibu ayah isteri dan saudara...
...menatap jasad tidak bernyawa....

..dan ratapan itu...
...berterusan tanpa henti....
..ketika melihat...
..satu demi satu tubuh gugur ke bumi...
...di persemadian...
...tertera sebuah janji...
....akan diperjuangkan kebebasan Kota Suci ini!....

...dan kita...
...hanya melihat dan mengeluh....
...tanpa usaha... 
...menyambut obor perjuangan....
...telah ternyata...
...kita kalah pada mereka!....
...di manakah kita...
..di hadapan yang Maha Esa?...

..aku...
..ingin sekali menemani mereka...
...namun aku...
..masih punya perjuangan yang lebih utama...
...sungguh jika aku...
...punya kekuatan untuk ke sana....
...kan ku gempur...
..meskipun kehilangan nyawa!...

Pendekar Berkuda!
...berjuang aku melalui mata pena...
...hanya tidak terlihat di alam nyata...
...ku seru kalian marilah kita bersama...
...berjuang bagai Singa yang Gagah Perkasa!....
..demi kebebasan Kota Suci TERCINTA!


 ...nukilanemosi ::  Pendekar Berkuda

:: tagging :: wikipedia , google , gaza , malaysia , perjuangan , pahlawan islam , mujahid , syahid , syuhada , tanah suci 

Wednesday, August 18, 2010

SURAT CINTA DARI PENDEKAR???

.....assalamualaikum...

kehadapan teman-teman bloggers yang dikasihi sekalian...semoga berada dalam keadaan sihat wal'afiat.... hamba di sini sihat-sihat sahaja...begitulah juga hendaknya dengan anda semua di sana...


di sini hamba ingin menyampaikan kepada anda semua bahawa anda sekalian sudah menarik hati hamba...(boleh tarik hati ke?..hehehe...)...oppsss....memikat sebenarnya.... hamba ingin memberitahu bahawa hamba sangat rindu kepada anda semua....hamba sudah jatuh cinta dengan anda semua...(ayat terbaik...hehehehe...)...hamba harap anda semua juga sudi untuk menerima kata-kata cinta dan rindu yang hamba sampaikan....(jiwangnya....hehehehe...)

bersama dengan surat ini..(patutnya entry...apa la ang ni pendekar... rosak..rosak
)...hamba sampaikan pesanan bahawa hamba akan kembali untuk menziarah ke halaman anda sekalian... hamba akan singgah di halaman anda untuk pelbagai tujuan..sama ada untuk beristirehat... berpencak.... berburu....dan menikmati keindahan di halaman anda.... dan hamba ingin memohon maaf jika hamba terpijak...tertembak...terlastik...terkutip...terculik...tercuri....dan macam-macam lagi ter... di halaman anda.... (nuffy la...apa lagi kan?? hehehe....)




....sekian surat dari hamba untuk anda sekalian....
hamba akan mula bermusafir dan berkembara....(^_^)

 wabillahi taufik wal hidayah...wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
(macam bagi ucapan ngan pidato la pula...hehehe....)




Yang merinduimu...


Pendekar Berkuda

PESANAN BUAT TEMAN-TEMAN

....assalamualaikum...

selamat menikmati kembali entry hamba....di sini hamba ingin memberikan sedikit komen dan kritik kepada teman-teman yang dihormati.... semoga pandangan dan kritikan hamba akan memberikan anda suatu idea yang lebih jitu dalam arena blogging dan blogwalking....

hamba mahu berterima kasih  kepada teman-teman sekalian kerana sudi singgah ke arena persilatan hamba yang tidak seberapa ini... sehingga hamba mendapat lebih daripada 100 hits sehari... bukankah itu menakjubkan dan menerujakan hamba yang baru sahaja 3 hari mencipta blog ini.... (^_^) .... hamba sangat-sangat teruja sebenarnya..juga sangat terharu dan gembira sekali... hehehe.... terima kasih sekalian....

...juga pada yang sudi memijak-memukul-mengetuk-menembak-menggali-mencantas dan lain-lain lagi pada Nuffy di blog hamba...hamba ucapkan terima kasih..(sangat terharu sebenarnya)...dapat title Glitterati oleh Mr. NUFFY yang baik hati... (puji sikit..hehe..




....berbalik kepada topik asal....hamba ingin mencadangkan kepada sekalian blogger agar anda meletakkan SHOUTBOX dan CBOX di tempat yang mudah dilihat oleh teman-teman lain supaya senang meninggalkan jejak di blog anda....supaya anda membuat lawatan sambil belajar semula di blog mereka....dan juga apabila anda melawat mereka...tinggalkanlah jejak anda di SHOUTBOX atau CBOX tuan rumah supaya mereka dapat mengesan jejak anda..tulislah apa yang patut....hehehe....

...yang satu lagi adalah tentang FOLLOW atau IKUT button.... letakkanlah di tempat yang mudah dilihat seperti di bahagian atas ataupun di bahagian kiri/kanan blog anda....itupun jika anda merasakan bahawa blog anda sangat MENARIK, PENUH INFORMASI, CUTE, WAJIB DI BACA dan sebagainya.... ini untuk memudahkan pengunjung anda mengikuti blog anda dan menikmati entry-entry yang anda paparkan....

....lastly tentang iklan.... NUFFY ataupun mana-mana iklan yang anda join... haruslah diletakkan di tempat yang mudah dilihat juga.... supaya para pengunjung blog anda dapat klik  pada iklan anda dengan lebih mudah.... dan anda juga dapat menikmati keenakan berblogging... (^_^)....




...Ketiga-tiga perkara di atas adalah yang paling penting di arena blogging pada pendapat hamba... selain daripada entry yang anda paparkan....kerana perkara-perkara di atas akan menjamin traffic dan kemampuan blog anda kekal meskipun anda tidak meng'edit' entry anda sejak sekian lama.... kerana hamba percaya.... teman-teman blogger anda pasti akan melawat blog anda nanti... hehehe....


sekian dari PENDEKAR BERKUDA

 SELAMAT BERBLOGGING dan BERBLOGWALKING... (^_^)

 p/s :: terima kasih pada teman-teman yang sudi singgah dan meninggalkan jejak di karpet rumah hamba.... insyaALLAH...hamba akan balas kembali kunjungan anda semua... :-)



 

Tuesday, August 17, 2010

KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR YANG MENCERNAKAN MINDA

.....berikut adalah gambar-gambar yang boleh membuatkan kita berfikir dan memerah otak kenapa boleh jadi begitu....mungkin ada yang kata pelik...menakjubkan...hairan...aneh....dan sebagainya.... namun begitu...sama-samalah kita menikmatinya..... di samping mencernakan pemikiran kita.... 
(p/s :: klik pada gambar untuk pergi ke website asalnya...terima kasih.....)

Jenuh nak gikir...camne boleh jadi camni?? mane kaki n badan??
ulasan pendekar :: kecanggihan dunia pengeditan gambar memungkinkan segalanya...

Fakta : anjing menjelirkan lidah untuk hilangkan haba...
 ulasan pendekar :: sebab dah sejuk main ngan kipas...anjing ni dah tak blh nak jelirkan lidah...beku agaknye...hehehehe...
Ayah dia kene bunuh dengan ninja...nak balas dendam la tu...
  ulasan pendekar :: taktik tak boleh pakai... cakap jela berhutang ngan ah long ke..lintah darat ke...kan senang?? kan kan kan??? hehehehe...

Terperanjat beruk sudah....sampai ternganga mulut....
ulasan pendekar :: nampak tak botol kat tangan dia tu?? sah-sah mabuk dah... sebab tu nampak mumia pun disangkanya hantu...lagi satu..pasal mumia tu plak...kenapa nak terlopong sama?? cam tak mati lagi je....hehehehe...
Signboard yang mengundang kontroversi...
ulasan pendekar :: bahasa inggeris memang banyak mengundang kontroversi... ape nak heran... hehehehe...

Camnelah agaknya kereta polis boleh masuk bawah tu??
ulasan pendekar :: waktu nak landing...captain kapal tak nampak pun benda kat bawah...yelah...mana ada side mirror or rear mirror kan?? apatah lagi bottom mirrow... hehehe...pastu si pegawai tu pulak maybe tengah main polis sentri kot.... sampai tak perasan benda kat atas.... ahaks...

sampai setakat ini dululah entry kali ini.... nanti pendekar sambung lagi okay?? teruskan bersama pendekar.... pendekar akan cuba untuk paparkan entry-entry yang lebih menarik...berinformasi...humor...dan yang pelik-pelik pada pandangan kita... tetapi tidak pada pandanganNYA..... wallahua'lam....

Sambil membaca sambil mengingati ALLAH...pencipta yang menciptakan.... (^_^)



















TUDUNG UNTA

.......اسلام عليكم ورهمةلله وبركاته.......

..terlebih dahulu biarlah pendekar memohon maaf jika ada yang terasa dengan entry yang bakal pendekar paparkan ini.... entry ini bukanlah untuk mengutuk mahupun melukakan perasaan anda....jauh sekali ingin menunjuk-nunjuk..... pendekar paparkan entry ini sebagai pedoman dan peringatan buat kita semua.....

Di sini mungkin terdapat kesalahan ejaan...namun pendekar pasti anda faham...
..ramai di kalangan kaum wanita tidak sedar tentang ini...ataupun masih tidak mengetahui mengenainya....pada yang tidak tahu itu..pendekar tidak akan menyalahkan anda... dan pada yang telah tahu..semoga rahmat ALLAH dan syafaat Rasulullah bersama-sama anda....

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda