Saturday, December 18, 2010

Siapakah Kalbu Muslimah ini?

..assalamualaikum wahai sekalian...mudah-mudahan anda semua dirahmatiNYA..amin... hari demi hari...kehidupan semakin perit untuk ditempuhi...duka tidak dapat dihitung... malang tidak dapat di bilang... andai saja kita ini pendek akal...bunuh diri adalah jalan yang paling mudah...seumpama tanda-tanda kiamat yang pernah kita dengar...

"...beratnya dugaan di dunia...sehingga seseorang itu merasakan
bahawa mati itu lebih baik dari hidup..."

...namun pendekar yakin bahawa anda bukanlah salah seorang daripada mereka ini..andai saja di fikiran anda pernah terlintas begitu...bawalah beristighfar sebanyak yang boleh...memohon keampunan dari Rabbi Izzati 'Amma Yaasifun... semoga kita semua akan dilindungi oleh payung hidayah dan ketabahannya... Amin...

...dan juga...kali ini...pendekar juga ingin mengetahui...siapakah gerangan gadis ini... Kalbu Muslimah namanya... puas sudah pendekar selidiki...tiada juga ketemu siapakah gerangan gadis ini... dan jika anda membaca entry pendekar ini wahai saudari... pendekar mohon padaNya mudah-mudahan hidup anda bahagia dan diberkatinya...Amin...

...bukan mudah untuk pendekar berblogging sehingga ke tahap ini...namun kerana dorongan para sahabat seperguruan di bawah inilah pendekar masih lagi gagah berdiri di sini... bukan sedikit dugaan yang mendatang...bukan kecil aral yang melintang...namun pendekar gagahkan jua... mengenang bahawa anda sudi menyinggah di teratak buruk pendekar ini... Terima Kasih ya sekalian...(^_^)...

....dan buat anda saudari Kalbu Muslimah...pendekar tujukan ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi untuk menjadi sahabat seperguruan pendekar yang pertama... meski tiada siapa yang peduli...wujudnya pendekar di alam maya ini sedari awal.... terima kasih wahai anda..(^_^)..

...kepingin juga pendekar mengenalinya...jika dia mempunyai blog...sudah pasti akan pendekar letakkan di tempat yang istimewa... kerana dia layak untuk menerimanya... biar siapapun anda.... jika terbaca entry ini...pendekar sampaikan senyuman terima kasih...buat anda yang istimewa..(^_^)...

....sekian...terima kasih kerana membaca...(^_^)

...salam perjuangan....

2 comments:

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda