Friday, December 31, 2010

S Kunalan - Hero Yang Dipinggirkan?

..menyentap hati betul.. pemain bola kita semuanya adalah satu pasukan. namun yang lebih dicari adalah individu.. S Kunalan adalah salah seorang daripada pemain utama pasukan bola sepak Malaysia di kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. Beliau yang bermain di bahagian sayap adalah intipatii penting kepada sejarah yang dicipta oleh Malaysia.

Kejuaraan kita, kebanggan kita.... Yehahahahaah.....
Kepantasan, kelincahan dan kelicikan pengawalan bola adalah aset yang dimiliki oleh beliau. Jika dibandingkan dengan pemain luar negara, pendekar ingin nyatakan bahawa beliau mempunyai kualiti yang hampir setaraf dengan Nani yang bermain dengan Manchester United. Tiada sebarang kekecualian. Kerana segala gerakannya boleh membahayakan lawan-lawan.  Namun beliau terperangkap dalam persekitaran permainan yang kurang mencabar ini.

Namun, dalam kita sibuk memberikan penghargaan kepada orang lain. Especially kepada khairul Fahmi Che Mat, (sumpah..pendekar buat entry tentang gf dia sajohh untuk kejar keyword...lalala..hehehe..).. Safee Sali juga tidak kurang hebatnya.... Namun yang paling popular sudah pastilah KFCM..*psss..jom makan kepci...hehehe...

Begitu jugalah pemain-pemain lain. Malaysia tidak akan menang jika hanya bergantung kepada segelintir pemain dan menafikan sumbangan pemain-pemain lain. Nyata, kita lebih lebih mudah terpikat kepada yang lebih menonjol, kerana itulah sifat lahiriah manusia. Menyukai kelebihan dan kelainan.. Betul atau salah? anda tentukan sendiri.

Sebelum menghabiskan entry ini, mari kita godek-godek gambar gambar mereka ketika bersikap seperti orang biasa dan kebanyakan...meh meh meh...kita senyummm....(^_^)

Gandingan berbahaya...
Manja-manja Gituuu...lalalala....miyahahahah....
S Kunalan : "Lepas ni aku nak main dengan Real Madrid or ManYou pulak la..hohoho....
  ...titik...

3 comments:

  1. Alahai..
    kecian Kuna !!!

    Takpe2,,suatu hari Kuna akan pemes amos jugak :)

    ReplyDelete
  2. setuju dgn PB...Malaysian Tigers semua adalah satu team. Tapi sejak menang hari tu, nama KFCH dgn SS je yg byk terpampang didada akhbar. Tapi xpe..cuti umum ari ni, at least menghargai kejuaraan sulung skuad Malaysia. yeay...

    ReplyDelete
  3. takde kuna,pincang la yang lain..itulah namanya team..hehe:D

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda