...kenapa pendekar berkata begitu? kerana anda yang sudi membaca dan menikmati seni permainan bahasa, seni perjuangan pendekar bukanlah orang yang biasa. Tidak ! anda lebih luar biasa daripada apa yang anda tahu tentang diri anda. Seni permainan bahasa itu indah. Namun begitu, seni perjuangan pendekar itu, tidak akan mampu anda turuti jika tidak punya kekentalan semangat ! Jika anda lemah semangat, lupakan saja untuk bersama-sama pendekar di arena perjuangan ini.
...Perjuangan ini bukanlah mudah. Sudah acapkali pendekar kritik para blogger, pendekar pohon dan pendekar rayu agar mereka tidak mengusung bangkai dan menyebarkan baunya merata-rata. Namun siapa yang sudi untuk mendengar? mereka takut untuk dikritik. namun mereka berani pula menyebar aib ! Emang apakah yang bermain dalam batu keras jemala anda sekalian wahai teman ?
...Pendekar tidak ingin mencari musuh, jika ada yang terasa dengan entry pendekar, oh biasa saja. Anda sendiri yang mengakui anda biasa jika terasa dengan entry pendekar. Jadi apa salah ? Pendekar bukannya berbuat ulah, hanya cuba untuk mencegah, jika anda merasa marah, muka memerah, tiada patut anda begitu. Kerana pendekar tidak menyinggung, pendekar papar secara umum. jika terasa, apakah salah ?
...Pendekar hanya ingin menghidangkan yang benar, yang tiada ulah di papar-latar. Pendekar harap anda bersabar, gunakan akal penuh sedar. Kerana sekalipun pahit, pendekar pasti akan berkata benar. Biar pedas tapi beralas. Terima kasih kak pah kerana memberikan pendekar kosa kata tambahan ini ya.
...Emang pendekar akui pendekar masih baru. Namun pemikiran itu di nilai dengan penuh sadar ! Bukan dengan kurang ajar. Tidak sesekali pendekar akan melatah, pada kebenaran yang terpampang di hadapan anda. percayalah.
...Jika anda mahu pendekar menghormati anda, belajarlah untuk menghormati diri anda sendiri. Kerana apabila anda menghormati diri sendiri. Kelak anda pasti akan dihormati pula oleh orang lain. Jika anda takut untuk di kritik, jangan cuba menyebar aib !
...Pendekar tidak takut untuk dikritik. Kritiklah segala apa, semahu anda, sepuas mana, tidak sesekali pendekar akan goyah. Jika kritikan itu cuma tidak lebih dari sampah. Yang sekian banyak di buang merata-rata.
...anda ? takut ? tidak usah. Pendekar tidak makan orang. Salam Kalamullah ! (^_^)







aku hormat ngan PB ni^^heheee
ReplyDeletememang tabik spring kt PB...sy pun blogger baru, tp susah nk nk jd mcm PB
ReplyDeletetiada yg mudah dalam hidup ni bro
ReplyDeleteTerkini : Ini Fakta Bukan Auta Bahagian 2
PB memang terbaik ! semangat beta kembali membara :)
ReplyDeleteterkini http://bantalhaticoklat.blogspot.com/2010/12/hargailah-wanita.html
http://bantalhaticoklat.blogspot.com/2010/12/apa-itu-pisang.html
salam..
ReplyDeleteperjuangan bukannya mudah..ianya memerlukan pengorbanan..
@Woofer Storm
ReplyDelete...oh...terima kasih teman...(^_^)
@sekamar rindu
ReplyDeletewsalam...
sememangnya perjuangan ini tidak mudah..hanya yang merasa saja tahu betapa sukarnya...
nilah yg dinamakan kehidupan...
ReplyDelete