Sunday, December 5, 2010

Kuala Lumpur...Dunia Pura-Pura...

...oh...andai bisa telapak tangan ini ku hayunkan....kan ku hayun kepada setiap manusia yang menyombong-riak-bangga-diri-angkuh di kota ini.... biar sahaja apa yang akan dibalas...takkan ku hitung biar sedikit cuma...

...oh...biasa saja di kota lumpur ini...bila mana hati gelap bagaikan tar jalanan yang masih panas membakar...bagaikan arang yang masih pekat di pelantar....manusianya melangkah bagaikan semut-semut kecil terkejar-kejar...

...oh...biasa saja di kota raya ini...hati nurani bukan lagi sejati...penuh palsu bagaikan mereka ini bukan manusia lagi...haiwan-haiwan yang mengejar kepentingan diri...tanpa peduli naluri insani...yang kini terbenam nun jauh di dasar hati..lalu mati...

...oh...biasa saja bila ku lihat seseorang yang memerlukan pertolongan di bandar raya ini...namun tiada tangan yang sudi menghulur simpati...hanya penuh caci-keji...konon dialah terbaik sekali...walhal...dialah yang paling buta hati !...

hei makhluk penghuni kota ! jangan angkuh sombong sikapmu itu...tolonglah pada yang perlu... kerana mereka...bukan picisan-picisan yang hina-dina...bukan kehendak diri mereka...namun oleh kamu punya angkara...hanya memandang sepicing cuma...

...bentar tadi siang...ku lihat si buta mahu melintas jalan... namun dalam seramai-ramai manusia...tiada tangan yang sudi menghulur sapa...hanya sekadar melihat saja...apakah ? ? kalian takut dipukau-tipu-perdaya? sudah terang lagi nyata...si buta itu tiada terlihat jalannya ! oh...alangkah bebal... mahu ku hayun tangan menampar...dengan hati yang panas membakar ! sakitnya bukan kepalang ! serasa kepala ku bagaikan ingin memuntahkan lava ! ... namun aku pasrah... biarkan lah..

...terhenti melangkah...ku pamit pada si buta... apakah dia perlukan bantuan?? ku tanya ke mana arah... namun jawapan yang serba salah...ku terima dari si buta yang resah... emang ku tahu...rasa hatinya mengapa begitu...namun ku gagahkan jua..bertanya lagi ke mana arah... di bilang mahu menahan teksi... ku bantu juga seberapa mampu... mudah-mudahan...mereka selamat tiba ke destinasi... Amin...

...di sebalik semua ini...menangis daku dalam hati..alangkah sombongnya manusia-manusia di sini...di kota raya yang penuh tipu daya ini...sungguh aku benci ! ! ! benci ! ! benci ! !

p/s : ...jika anda masih bergelar manusia...bantulah selagi anda mampu...bantuan sekecil mana pun...jika kena pada tempatnya... pahala yang terhidang...bisa menggamit anda ke syurga ! Percayalah....

4 comments:

  1. oh, malasnya nak pulang ke Kuala Lumpur!

    ReplyDelete
  2. Salam

    Ya, jika diberi pilihan untuk penempatan, saya tolak KL. Suara hati kita serupa.

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda