Saturday, December 25, 2010

Akhirnya Terjawab Juga...

...setelah puas mencari, berkelana, berkembara dan bertanya...pendekar temui juga akhirnya sahabat seperguruan pendekar yang pertama...Jika anda pernah membaca entry pendekar sebelum ini di SINI dan SINI . anda pasti akan mengetahui isinya...betapa pendekar ingin sekali mengenali siapakah beliau...

...Dan baru sebentar tadi pagi...pendekar masih ingin tahu mengenai kewujudannya... dan pendekar temui blognya di sini selepas penat lelah mencari...namun pendekar tidak pasti lagi...takut juga tersalah bicara...takut juga tersalah orang.... dan untuk itu, pendekar tanyakan kepada tuannya sendiri di ruangan komen blognya....dan lihatlah sendiri jawapan yang pendekar dapati...

....alhamdulillah...akhirnya terjawab juga segala persoalan yang bermain di benak-jemala pendekar selama ini...dan tanpa sedar..pendekar juga telah lama menjadi follower blog Cik Kalbu Muslimah ini...sungguh tak sangka...dia yang pendekar cari selama ini...dia yang menyebabkan pendekar berkelana merata-rata...rupa-rupanya sudah beberapa kali pendekar lawati blognya....jika tak keberatan, silalah singgah ke blog beliau di bawah ini ya...
Klik pada gambar (^_^)
...buat cik Kalbu Muslimah @ Cik Nurina Izzati , pendekar ucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi untuk menjadi sahabat seperguruan pendekar yang pertama di sini... dan pendekar tujukan entry ini khas buat anda...(^_^)... semoga anda akan lebih berjaya di masa depan dalam bidang penulisan anda... pendekar akan sentiasa menyokong anda dari jauh...Insya-ALLAH... jika anda perlukan pertolongan di dalam dunia blogging ini... maklumkan sahaja ya.... pendekar pasti akan membantu anda...


...dan teman-teman pendekar sekalian..jika anda membaca entry ini...silalah jenguk juga blog sahabat pendekar yang istimewa ini ya...blognya penuh dengan karya-karya, Cerpen, Puisi, Madah dan sekian banyak lagi karya... anda pasti akan terhibur...terutama sekali jika anda adalah kaki novel...hehe...(^_^)


...dan akhirnya terjawab sudah segala kembara-kelana pendekar untuk mencari sahabat yang seorang ini... syukron jazilan...amin... 


...terima kasih kerana membaca ! ! (^_^)

5 comments:

  1. alhamdulillah.. tertunai jgak hajat tuan pendekar ^^

    ReplyDelete
  2. pernah jugak buat blog untuk karya sendiri tp alih2 tukar jd blog contest sbb jarang update. Nak manage 2 blog rasanya bkn mudah

    ReplyDelete
  3. bagusla,hrp orang yg dimaksudkan memang betul...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,
    ada entry buat Pendekar.
    sila baca jika tidak keberatan, ya?
    =)

    ReplyDelete

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

COPYRIGHT & HAKCIPTA

Semua yang dimuatkan di dalam ini merupakan hasil nukilan tuan empunya blog.... selain yang dinyatakan sebaliknya..atau di "link" kan kepada yang berkaitan....

Hamba berikan anda kebebasan untuk menyalin atau memuat turun sebarang artikel..video dan sebagainya dari blog ini... kerana hamba hanya ingin berkongsi ilmu dengan anda sekalian... Kendatipun begitu..hamba harap anda sekalian dapat memberitahu hamba apa-apa bahan yang telah di salin atau dimuat turun supaya hamba tahu kegunaannya dan statusnya agar tidak disalahgunakan....

JazakALLAHu Khairun...

Pendekar Berkuda